text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Web Tools
Print

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kesihatan gigi dalam konteks penjagaan kesihatan.

Pengenalan

Jabatan ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit mulut, rawatan pembedahan dan juga rehabilitasi kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut, maksilofasial dan pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’.

Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan dengan kepakaran Pembedahan Mulut & Maksilofasial dari semua hospital/klinik kerajaan mahupun swasta dengan keutamaan kepada penduduk dari daerah Ulu Langat, Sepang dan Petaling. Jabatan ini mula dibuka pada 8 Disember 2005 dan penerimaan pesakit bermula pada awal tahun 2006.

Jabatan menjalankan fungsi utamanya melalui perkhidmatan klinik pakar, pesakit dalam (Wad 6A), rawatan pembedahan, rawatan kecemasan dan klinik gabungan.

Misi

Menjadi pusat rujukan pilihan bagi kes-kes pembedahan mulut dan maksilofasial serta perubatan mulut.

Visi

Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bertimbang rasa terhadap pesakit dengan memberi rawatan yang berkualiti tinggi dan menepati keperluan dengan menggunakan teknologi terkini dalam pengendalian pesakit.

Piagam Pelanggan

  • PERKHIDMATAN
    • Pesakit akan diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, serta pilihan rawatan oleh pakar atau pegawai pergigian
    • Pesakit baru akan diperiksa dan diberi temujanji untuk rawatan selanjutnya mengikut keutamaan
    • Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan bagi masalah pergigian/pembedahan/perubatan mulut akan mengambil ubat di Farmasi Hospital Serdang setelah membuat pesanan (preskripsi) melalui Hospital Information System (HIS)
    • Pesakit boleh mendapatkan salinan laporan perubatan atau pergigian mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
    • Menyediakan dokumen yang diperlukan – surat rujukan, surat jaminan jabatan dan dokuman pengenalan diri
    • Memberi maklumat tepat mengenai alamat rumah, majikan, nombor telefon dan sebagainya
    • Memahami bahawa keutamaan rawatan diberikan kepada pesakit yang dalam kecemasan /kurang upaya
  • PENDAFTARAN
    • Pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kemalangan dan Kecemasan akan diberi keutamaan pendaftaran dan rawatan
    • Pesakit yang datang dengan rujukan biasa akan didaftarkan dalam tempoh 15 minit dan akan diberi rawatan mengikut keutamaan/keperluan rawatan
  • RAWATAN
    • 30min - 1jam - Pemeriksaan , penyiasatan dan rawatan asas Pergigian
    • 1jam - 2jam - Rawatan pembedahan kecil
    • Prosedur rawatan yang melibatkan Jabatan Pengimejan,Patologi.Hematologi dan sebagainya.
    • 2jam - 3jam - Rawatan kemalangan yang melibatkan kecederaan tisu lembut & fraktur tulangmuka dengan (midface/ rahang bawah mandible)

Perkhidmatan Yang Disediakan

Klinik Pakar

Jabatan/klinik ini menerima kes-kes seperti berikut:

  • A. Kecederaan Oral & Maksilofasial
    • Kecederaan tisu lembut dibahagian muka
    • kepatahan tulang muka
    • kecederaan gigi
  • B. Kecacatan Oral & Maksilofasial
    • Pesakit sumbing bibir dan lelangit
    • Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘Orthognathic’
  • C. Perubatan & Kaji Penyakit bahagian mulut
    • Kesakitan bahagian muka (Facial Pain)
    • Penyakit Bahagian Mulut (Oral Pathology)
    • Kanser mulut (Oral Cancer)
    • Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut
    • Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit/ ketumbuhan
    • Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut & muka (Cystic Lesion)
    • Masalah kelenjar air liur
    • Perubahan pada saluran darah bahagian mulut & muka
  • D. Masalah Oral & Maksilofasial
    • Pembentukan berulang kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka
    • Pembedahan ‘Pre- Prosthesis’
    • Pembedahan tulang sokongan gigi
    • Masalah-masalah Temporomandibular Joint / sendi rahang
  • E. Masalah perubatan (Medically Compromise Patient) yang memerlukan rawatan pergigian asas seperti berikut:
    • Cabutan gigi
    • Tampalan
    • Penskaleran
    • Gigi palsu
    • Rawatan endodontik mudah
  • F. Rawatan Implantology
  • G. Pergigian Forensic (Forensic Odontology)
  • H. Lain-lain Rawatan
    • Rawatan Pergigian Am untuk Kakitangan Hospital Serdang sahaja,
    • tidak termasuk ahli keluarga.

Perkhidmatan Pesakit Luar.

  • Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar yang hanya menerima pesakit yang dirujuk. Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan/Pergigian samaada dari Hospital / klinik Kerajaan ataupun Swasta
  • Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji samaada dengan datang sendiri atau mendapatkannya melalui telefon. Kes-kes Kecemasan akan diberi keutamaan dimana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Jumlah pesakit luar pada setiap sesi klinik dihadkan bilangannya bergantung pada tenaga Doktor yang sedia ada. Ini adalah bertujuan supaya setiap pesakit menerima rawatan yang optima dan sebaik mungkin.
  • Kebanyakan kes yang dirawat di Klinik Pakar Bedah Mulut adalah terdiri daripada kes-kes baru, ulangan dan di klinik ini juga dijalankan prosedur-prosedur rawatan pergigian dan pembedahan kecil mulut yang dilakukan di bawah bius setempat.

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam ditempatkan di wad-Bedah Mulut yang terletak di wad 6A.
  • Pesakit-pesakit dalam sedia ada yang dirujuk ke jabatan ini akan dirawat di wad yang asal.
  • Pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad adalah mereka yang akan menjalani pembedahan mulut dan maksilofasial, memerlukan pemeriksaan khas sebelum rawatan selanjutnya atau memerlukan rawatan antibiotik intravena serta mereka yang telah menjalani pembedahan tetapi memerlukan perawatan selepas pembedahan.

Perkhidmatan Pembedahan

  • Perkhidmatan pembedahan mulut dan maksilofasial dijalankan di klinik Pakar, unit rawatan harian dan dewan bedah umum. Kes-kes pembedahan yang boleh dijalankan di bawah bius setempat akan diberi temujanji mengikut jadual klinik (prosedur).
  • Kes-kes pembedahan minor dan masa pembedahan yang singkat akan diberi temujanji di Unit Rawatan Harian pada setiap hari Jumaat.
  • Kes-kes pembedahan major akan dijalankan di dewan bedah umum pada setiap hari Isnin dan Rabu.
  • Kes-kes yang memerlukan pembedahan kecemasan boleh dilakukan pada bila-bila masa samaada waktu pejabat atau lepas waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am selepas berbincang dengan Pakar/doktor bius.

Perkhidmatan Rawatan Kecemasan

Jabatan juga menyediakan perkhidmatan kecemasan di mana pesakit-pesakit akan dirawat pada hari yang sama apabila dirujuk sama ada dirujuk pada atau selepas waktu pejabat. Terdapat pegawai pergigian dalam panggilan yang bertugas mengikut giliran selepas waktu pejabat.

Perkhidmatan makmal pergigian dan radiologi pergigian

Jabatan juga menyediakan perkhidmatan makmal pergigian di mana prosthesis pergigian/mulut dan maksilofasial boleh dilakukan di makmal ini.

Terdapat satu unit mesin x ray pergigian untuk memberikan perkhidmatan x ray pergigian dalam mulut(intra oral x ray). Untuk x ray di luar mulut(extra oral x ray), pesakit akan dihantar ke unit pengimejan dan radiologi hospital.

Perkhidmatan klinik Gabungan (Oncology & Orthonagthic)

Pesakit-pesakit kanser mulut yang mendapatkan rawatan di jabatan ini akan dibawa ke klinik gabungan onkologi di hospital Kuala Lumpur dimana kes-kes ini akan dibincangkan bersama pakar onkologi dan pakar bedah mulut lain sebelum rawatan diberi. Klinik ini beroperasi dua minggu sekali pada setiap hari Jumaat.

Kes-kes ‘’deformity maxillofacial’ pula akan dibincangkan di klinik gabungan örthonagthic bersama pakar pakar bedah mulut dan orthodontist. Klinik ini beroperasi sebulan sekali dan diadakan di jabatan Bedah Mulut hospital Serdang, Putra Jaya, Kajang dan Ampang mengikut giliran.

Perkhidmatan Forensik Odontolgi

Perkhidmatan pemeriksaan carta pergigian mayat bagi tujuanpengenalan anggaran umur (identification and age estimation) serta penyediaan laporan forensik dilakukan di jabatan ini . Perkhidmatan ini dilaksanakan setelah menerima rujukan dari Jabatan Forensik Hospital Serdang.

Ketua Jabatan

Dr. Kok Tuck Choon
Sambungan : 1186

Waktu Operasi Klinik Bedah Mulut

HariPagiPetang
Isnin

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

Selasa

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan 

 - Prosedur

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

Rabu 

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

Khamis

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

 - Combine Orthognathic Clinic 

   (Pada Hari Khamis Minggu Pertama Setiap Bulan) 

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

 

Jumaat

 -  Pembedahan di Unit Rawatan Harian / Kes Ulangan 

 - Combine Oncology Clinic HKL (2 Kali Sebulan)

 - CME Jabatan

Catatan : Menerima Rujukan Kecemasan / Segera - Setiap Hari.

Direktori

(sila Hubungi Klinik Untuk Keterangan Lanjut Sebelum Merujuk Kes. No Tel : 03-89475279)

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on Monday, 30 September 2013 16:45