Jabatan Radiologi

KETUA JABATAN

 Dr. Sharifah@Mastura Binti Syed Abu Bakar
sharifamas@moh.gov.my
radiologiserdang@moh.gov.my
1315

 

PENGENALAN

Jabatan Radiologi  Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan

diagnostik dan  intervensional radiologi untuk semua pesakit di Hospital Serdang dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain.

Jabatan mempraktikkan konsep “fim-less”dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu  (THIS)  Hospital Serdang.

 

Perkhidmatan Radiologi yang disediakan:

Radiology services provided:

 

  1. Perkhidmatan pengimejan diagnostikdi Jabatan Utama :
  • Radiografi Am 
  • Digital OPG & CBCT
  • Computerised Tomography (CT)
  • Magnetic Resonance Imaging ( MRI )
  • Mammografi 
  • Bone Densitometry 
  • Floroskopi
  • Angiografi 
  • Ultrasound
  1. Perkhidmatan pengimejan di luar Jabatan Induk :
  • Radiografi Am (mudah gerak )
  • Ultrasound (mudah gerak )
  • Floroskopi di Dewan Bedah / Rawatan Harian & Makmal Invasif Kardiologi ( ICL )
  1. Perkhidmatan Radiologi Intervensi
  • prosidur untuk tujuan diagnostik dan terapeutik   dengan panduan modality Angiografi, CT , Ultrasound,

   Latihan dan Penyelidikan

  • memberi sokongan kepada penyelidikan  bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf serta pelatih.
  • pusat latihan untuk  Sarjana Perubatan  Radiologi
  • pusat latihan tempatan untuk   subkepakaran  bidang Cardiac Radiology , Musculoskeletal Radiology dan Uroradiology.
  • pusat latihan untuk Juru  X-Ray  bagi  pengkhususan   perawatan kesihatan kardiovaskular.
  • pusat latihan klinikal/ teknikal  untuk  pelatih dari institusi yang mempunyai MOU dengan KKM
  • memberi bimbingan dan latihan kepada  pegawai perubatan dan paramedik  KKM dan UPM yang  menjalankan latihan sangkutan.

Program Perlindungan Sinaran

Implementasi program perlindungan sinaran yang selari dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 ( Akta 304 ) dan peraturan berkaitannya .   Penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Sinaran Hospital §   Melaksanakan Program Jaminan Kualiti dalam perkhidmatan Radiologi . Contoh  pemantauan dos radiasi yang diterima oleh pesakit.   
  • Pemantauan dosimetri pekerja sinaran hospital 
  • Pemantauan dedahan kawasan kerja
  • Pemantauan peralatan perlindungan sinaran (PEP) hospital dan juga klinik kesihatan dibawah zon seliaan.                            
  • Mengadakan kursus kesedaran keselamatan sinaran untuk staf Hospital Serdang setiap tahun.
 

 

Waktu Perkhidmatan

 

 

Urusan Kaunter  Pendaftaran / Pertanyaan Umum    

Talian talipon:

03-89475257 / 89475258

              

Kaunter Temujanji

Talian talipon

03-89375555 . samb: 1323

 

 

Isnin hingga Khamis 
 8:00 pagi - 1:00 tghari
 2:00 petang - 5:00 petang

 

 Jumaat
 8:00 pagi - 12:15 tghari
 2:45 petang - 5:00 petang

Perkhidmatan Kecemasan                  & ‘Urgent’

24 jam – perkhidmatan panggilan

Permohonan  Hardcopy / CD dan  Digitizing                               Talian talipon:                              03-89475257 / 89475258

Waktu pejabat saja

( kecuali kes kecemasan untuk rujukan segera ke hospital lain)

Perkhidmatan OPG / CBCT                  ( Rujukkan dari Klinik Kesihatan dibawah zon jagaan Jab. Radiologi Hospital Serdang.)

Jumaat  ( Walk – in )
 8:00 pagi     – 11.30 pagi
 3.00 petang – 4.30petang

 

#Perkhidmatan biasa tutup  pada hari  Sabtu, Ahad dan  cuti umum Malaysia dan cuti umum Negeri Selangor .

E-mail jabatan: radiologiserdang@moh.gov.my

 

Objektif

 

Visi

Menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan interventional yang berkualiti  dengan penggunaan teknologi yang canggih dan terkini oleh warga kerja yang komited dan professional

Misi

Kami berazam menyediakan perkhidmatan pengimejan yang berkualiti, berdedikasi dan saksama, inovatif serta efisyen dengan menekankan sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

Piagam Pelanggan

  •  Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra , penuh hormat , cekap dan berprivasi.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan serta perlindungan sinaran yang optima
  • Jabatan Radiologi akan berusaha supaya  kehormatan dan keselamatan setiap pelanggan terpelihara serta kerahsiaan semua maklumat pesakit akan dijamin kerahsiaannya.
  • Jabatan Radiologi akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan masa pemeriksaan Radiografi Am tidak melebihi  60 minit selepas pendaftaran
  • Pemeriksaan Radiografi kecemasan akan  diberi keutamaan.

 

  • Last Modified: 02 December 2019.