Jabatan Obstetrik & Ginekologi

KETUA JABATAN

  Dr Zainab binti Yahaya
dr.zainab@moh.gov.my
1996

 

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu-ibu mengandung,kelahiran bayi,rawatan asas bayi-bayi baru lahir dan juga pesakit-pesakit ginekologi. Jabatan ini mula beroperasi semenjak 25hb.November 2005 , dimulakan dengan perkhidmatan asas sehingga kini sudah diperkembangkan perkhidmatan ke arah rawatan tertiari dengan adanya jaringan perkhidmatan subkepakaran Maternal-Fetal ,Uro ginekologi, Reproduktif dan Gine Onkologi dengan adanya perkhidmatan pakar-pakar subkepakaran dari Hospital Kelang,Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang.

Kerjasama dengan Jabatan O&G Universiti Putra Malaysia ( UPM ) juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan, ditambah lagi dengan perkhidmatan subkepakaran yang disediakan seperti Reproduktif ( Untuk kes-kes ‘ Infertility’ ) dan Maternal Fetal.

Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi tiga daerah dalam Negeri Selangor iaitu Petaling , Sepang dan Hulu Langat dengan penduduk yang berjumlah 2 million . Jabatan juga menerima banyak rujukan-rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta dari luar kawasan liputan seperti Putrajaya,Nilai,Shah Alam,Petaling Jaya,Cheras,dan lain-lain kawasan dari Lembah Kelang.

Peruntukan dan penyediaan perkhidmatan kami adalah selaras dengan pekeliling perbendaharaan bil.11 tahun 1988 dan perlembagaan memberi kuasa kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi, Akta Perubatan (1971), Akta Racun (1952), dan Fees Ordinance ( 1982 ). Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan O&G yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan,efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih,menggunakan kaedah prosedur terkini, peralatan yang cukup dan dipercayai dengan kaedah pemantaun berterusan juga dalam keadaan sekitaran yang kondusif bersesuaian dan mengikuti piawaian standard Kebangsaan dan Antarabangsa , berlandaskan polisi , standard proses kerja dan Garis panduan Jabatan.

Sehingga kini Jabatan sudah beroperasi selama 6 tahun dan adalah salah satu penyumbang terbesar bilangan pesakit hospital ini. Kelahiran saban tahun meningkat sebanyak 10-20%. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran seramai 9920 bayi dengan kelahiran 30-40 bayi sehari dan hampir 900 bayi lahir sebulan.

 

PERKHIDMATAN JABATAN OBSTETRIK

1.RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK PAKAR :

  1. Antenatal
  2. Postnatal
  3. Ginekologi
  4. ‘Detailed’ Ultrasound
  5. Klinik ‘Maternal Fetal’
  6. Rawatan Harian Obstetrik
  7. Klinik ‘Combined’
  8. Klinik ‘Prepregnancy’
  9. Klinik ‘Wellness’
  10. Klinik Kolposkopi
  11. Klinik Histeroskopi

2.‘Patient Admission Centre’ (PAC)
3.Panggilan Ambulan untuk kes Materniti
4.Rawatan Pesakit Dalam :

  1. Rawatan Bersalin
  2. Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi.
  3. Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi.
  4. ‘External Cephalic Version’ ( ECV )
  5. Pengumpulan darah tali pusat untuk ‘Cord Blood Stem Cell ‘
  6. Wad Obstetrik ( 5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan PostNatal )
  7. Wad Ginekologi ( 6B)
  8. Wad 8B ( Kelas pertama )

5.Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
6.Pembedahan Harian Ginekologi
7.Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
8.Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan.
9.Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan.
10.Rujukan ’Interdepartmental’
11.Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
12.Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/Perancangan Keluarga.

KEMUDAHAN JABATAN OBSTETRIK

LOKASI

Bilik / Kawasan

Peralatan

Klinik Pakar

Ruang Penilaian Jururawat

Makmal ((Pemeriksaan Air Kencing)

Pejabat

Bilik Fail

Bilik rundingan (8)

Bilik prosedur (1)

Bilik Rawatan( 1)

Bilik Ultrasound

Rawatan Harian Obstetrik

Bilik Laktasi

Ruang Menunggu ( 2)

Bilik Pendidikan Kesihatan

Mesin ultrasound

Mesin CTG

Kolposkopi

Histeroskopi

Wad-wad

WAD 5E ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 5F ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

Bilik Transit ( 10 katil )(Kelas 3)

WAD 6B ( 28 katil )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 8B ( 28 katil ) ( Wad Kelas 1 )

Integrasi Antenatal dan Postnatal

Integrasi Antenatal dan Postnatal

Kongsi sama dengan Pembedahan Perempuan .

Multidisiplin

Kompleks Dewan Bersalin

PAC

BILIK BERSALIN (SUITES)

DEWAN BEDAH MATERNITI ( MOT )

12 katil

18 bilik individu ( 2 bilik kongsi 1 bilik air)

2 dewan bedah Materniti

Dewan Bedah Utama

Dewan Bedah 8

Dewan Bedah 1

Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi

Peruntukan untuk kes kecemasan ( multidisiplin )

Dewan Bedah Harian

Dewan Bedah 18

Peruntukan untuk kes bedah Harian Ginekologi

 

Waktu Operasi

Hari

8:00pg - 1:00ptg

2:00ptg – 5:00ptg

Isnin

Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Pendidikan Antenatal / Orientasi Pesakit / Penyusuan Susu Ibu(10:00 – 10:45 pagi )
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Postnatal
Klinik ‘Detail scan dan Doppler’
Rawatan harian Obstetrik

Selasa

Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Klinik Pre pregnancy ( Minggu Ketiga setiap bulan )
Klinik Wellness untuk kakitangan ( Minggu pertama)
Rawatan Harian Obstetrik

Rabu

Klinik Ginekologi ( Susulan)
Klinik Kolposkopi ( Minggu pertama dan ketiga)
Klinik Histeroskopi ( Minggu Kedua dan Keempat)
Rawatan Harian Obstetrik

Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Combined

Khamis

Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Klinik Detail Scan ( oleh Pakar Maternal Fetal ) (Minggu kedua dan keempat)
Rawatan Harian Obstetrik

Klinik Post natal
Rawatan Harian Obstetrik

Jumaat

Rawatan Harian Obstetrik

Rawatan Harian Obstetrik

 

Objektif

 

Visi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi komited dalam menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi yang bermutu tinggi, oleh kakitangan terlatih menggunakan tekanologi yang sesuai, kemudahan yang mencukupi dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta mesra pelanggan bagi mencapai hasil yang memuaskan terutama dalam mengurangkan mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi.

Misi

Memberi rawatan terbaik melalui perkhidmatan beretika dan berkualiti menerusi budaya kerja korporat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Piagam Pelanggan

 

 

 

  • Last Modified: 02 December 2019.