FAQ

Frequently Asked Questions (FAQ)

 

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Bagi mendapatkan rawatan kepakaran di Hospital Serdang, anda perlu diperiksa dan mendapatkan surat rujukan dari pegawai perubatan di klinik kerajaan/swasta terlebih dahulu. Setelah itu, serahkan surat rujukan tersebut untuk mendapatkan temujanji atau rawatan di klinik pakar Hospital Serdang.

 

 

Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Bagi warganegara wang cagaran dikenakan mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan, dan RM 15 bagi kes Sakit Puan.

 

Bagi bukan warganegara, RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

 

 

Siapakah yang boleh mendapatkan pemotongan atau pengecualian bil hospital?

Semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka yang berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat/MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

 

 

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

 

 

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (eGL).

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya/ ditempat kerja/ domedtik) seranagan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

 

 

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya, Ibu/Bapa/Penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.

 

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda aau kenderaan pesakit/waris?

Tidak. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharta semasa berada di hospital.

Tags:
  • Last Modified: 21 September 2018.