change biru-default  change blue muda  change oren  change black

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran?

Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik terlebih dahulu sebelum dirjuk kepada doktor yang berkaitan.

Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara?

Bagi warganegara wang cagaran mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

Siapakah yang boleh mendapatkan pemotongan atau pengecualian bil hspital?

Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka yang berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat/MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan pengecualian bayaran?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (eGL).

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya/ ditempat kerja/ domedtik) seranagan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?

Ya, Ibu/Bapa/Penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda aau kenderaan pesakit/waris?

Tidak. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharta semasa berada di hospital.

 

 

Jumlah paparan: 11668

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif