Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA Hospital Serdang

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO dan slogan EKSA HOSPITAL SERDANG

 

Jawatankuasa EKSA Hospital Serdang dengan sukacitanya menganjurkan suatu pertandingan mencipta logo dan slogan. Logo dan slogan yang terpilih akan dijadikan logo rasmi dalam semua urusan berkaitan EKSA Hospital Serdang. Hadiah istimewa menanti anda!

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

  • Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua anggota Hospital Serdang sahaja.

 

  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo dan slogan akan dipilih sebagai pemenang.

 

  • Setiap Jabatan diwajibkan untuk menghantar sekurang-kurangnya SATU penyertaan untuk logo dan SATU penyertaan untuk slogan.

 

  • Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

 

  • Pemenang akan menerima hadiah istimewa. Semua urusan berkaitan EKSA Hospital Serdang akan menggunakan logo dan slogan yang terpilih.

 

  • Logo hendaklah dicipta dalam bentuk digital.

 

  • Format serahan:

 

o   Cetakan berwarna pada kertas bersaiz A4 lengkap dengan keterangan logo

o   Softcopy: Format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian atas paparan bersaiz A4

 

  • Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

 

  • Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4) warna.

 

  • Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

 

  • Logo perlu mengandungi perkataan ’EKSA HSDG’.

 

  • Slogan hendaklah tidak melebihi 8 perkataan.

 

  • Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan.

 

  • Tarikh tutup penyertaan akan dipanjangkan sehingga  15 Mac 2018  ( Khamis ) sebelumpukul 5 petang

 

  • Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan dan diemelkan kepada wongyengpooi@moh.gov.my

 

Sebarang pertanyaan sila tujukan kepada:

 

URUSETIA:

Dr Syakila Izrah (Ext 2204)

Pn Wong Yeng Pooi (Ext 1027)

Pn Nur Atikah (Ext 1037)

Pelawat Hari Ini : 66

Jumlah Pelawat : 233335

  • Last Modified: 28 Ogos 2019.