change biru-default  change blue muda  change oren  change black

×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 240
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

bedah mulut

Pengenalan
Jabatan ini ditubuhkan adalah untuk memberi khidmat rawatan komprehensif merangkumi penentuan penyakit mulut, rawatan pembedahan dan juga rehabilitasi kepada semua pesakit yang mempunyai masalah pembedahan mulut, maksilofasial dan pergigian, untuk membaikpulih dari aspek fungsi, estetik serta peningkatan kualiti hidup melalui konsep ‘orally fit’.

Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan dengan kepakaran Pembedahan Mulut & Maksilofasial dari semua hospital/klinik kerajaan mahupun swasta dengan keutamaan kepada penduduk dari daerah Ulu Langat, Sepang dan Petaling. Jabatan ini mula dibuka pada 8 Disember 2005 dan penerimaan pesakit bermula pada awal tahun 2006.

Jabatan menjalankan fungsi utamanya melalui perkhidmatan klinik pakar, pesakit dalam (Wad 6A), rawatan pembedahan, rawatan kecemasan dan klinik gabungan.

Misi
Menjadi pusat rujukan pilihan bagi kes-kes pembedahan mulut dan maksilofasial serta perubatan mulut.

Visi
Mewujudkan suasana kerja yang ceria dan bertimbang rasa terhadap pesakit dengan memberi rawatan yang berkualiti tinggi dan menepati keperluan dengan menggunakan teknologi terkini dalam pengendalian pesakit.

Piagam Pelanggan
> PERKHIDMATAN
   > Pesakit akan diberi penerangan sewajarnya mengenai prosedur, serta pilihan rawatan oleh pakar atau pegawai pergigian
   > Pesakit baru akan diperiksa dan diberi temujanji untuk rawatan selanjutnya mengikut keutamaan
   > Pesakit yang memerlukan ubat-ubatan bagi masalah pergigian/pembedahan/perubatan mulut akan mengambil ubat di Farmasi Hospital Serdang setelah membuat               pesanan (preskripsi) melalui Hospital Information System (HIS)
   > Pesakit boleh mendapatkan salinan laporan perubatan atau pergigian mengikut prosedur yang telah ditetapkan

> TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
   > Menyediakan dokumen yang diperlukan – surat rujukan, surat jaminan jabatan dan dokuman pengenalan diri
   > Memberi maklumat tepat mengenai alamat rumah, majikan, nombor telefon dan sebagainya
   > Memahami bahawa keutamaan rawatan diberikan kepada pesakit yang dalam kecemasan /kurang upaya

> PENDAFTARAN
   > Pesakit yang dirujuk dari Jabatan Kemalangan dan Kecemasan akan diberi keutamaan pendaftaran dan rawatan
   > Pesakit yang datang dengan rujukan biasa akan didaftarkan dalam tempoh 15 minit dan akan diberi rawatan mengikut keutamaan/keperluan rawatan

> RAWATAN
   > 30min - 1jam - Pemeriksaan , penyiasatan dan rawatan asas Pergigian
   > 1jam - 2jam - Rawatan pembedahan kecil
   > Prosedur rawatan yang melibatkan Jabatan Pengimejan,Patologi.Hematologi dan sebagainya.
   > 2jam - 3jam - Rawatan kemalangan yang melibatkan kecederaan tisu lembut & fraktur tulangmuka dengan (midface/ rahang bawah mandible)

Perkhidmatan Yang Disediakan

Klinik Pakar

Jabatan/klinik ini menerima kes-kes seperti berikut:

A. Kecederaan Oral & Maksilofasial

  • Kecederaan tisu lembut dibahagian muka
  • kepatahan tulang muka
  • kecederaan gigi

B. Kecacatan Oral & Maksilofasial

  • Pesakit sumbing bibir dan lelangit
  • Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘Orthognathic’

C. Perubatan & Kaji Penyakit bahagian mulut

  • Kesakitan bahagian muka (Facial Pain)
  • Penyakit Bahagian Mulut (Oral Pathology)
  • Kanser mulut (Oral Cancer)
  • Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut
  • Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit/ ketumbuhan
  • Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut & muka (Cystic Lesion)
  • Masalah kelenjar air liur
  • Perubahan pada saluran darah bahagian mulut & muka

D. Masalah Oral & Maksilofasial

  • Pembentukan berulang kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka
  • Pembedahan ‘Pre- Prosthesis’
  • Pembedahan tulang sokongan gigi
  • Masalah-masalah Temporomandibular Joint / sendi rahang

E. Masalah perubatan (Medically Compromise Patient) yang memerlukan rawatan pergigian asas seperti berikut:

  • Cabutan gigi
  • Tampalan
  • Penskaleran
  • Gigi palsu
  • Rawatan endodontik mudah

F. Rawatan Implantology

G. Pergigian Forensic (Forensic Odontology)

H. Lain-lain Rawatan

  • Rawatan Pergigian Am untuk Kakitangan Hospital Serdang sahaja,
  • tidak termasuk ahli keluarga.

Perkhidmatan Pesakit Luar

  1. Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar yang hanya menerima pesakit yang dirujuk. Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan/Pergigian samaada dari Hospital / klinik Kerajaan ataupun Swasta
  2. Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji samaada dengan datang sendiri atau mendapatkannya melalui telefon. Kes-kes Kecemasan akan diberi keutamaan dimana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Jumlah pesakit luar pada setiap sesi klinik dihadkan bilangannya bergantung pada tenaga Doktor yang sedia ada. Ini adalah bertujuan supaya setiap pesakit menerima rawatan yang optima dan sebaik mungkin.
  3. Kebanyakan kes yang dirawat di Klinik Pakar Bedah Mulut adalah terdiri daripada kes-kes baru, ulangan dan di klinik ini juga dijalankan prosedur-prosedur rawatan pergigian dan pembedahan kecil mulut yang dilakukan di bawah bius setempat.

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  1. Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam ditempatkan di wad-Bedah Mulut yang terletak di wad 6A.
  2. Pesakit-pesakit dalam sedia ada yang dirujuk ke jabatan ini akan dirawat di wad yang asal.
  3. Pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad adalah mereka yang akan menjalani pembedahan mulut dan maksilofasial, memerlukan pemeriksaan khas sebelum rawatan selanjutnya atau memerlukan rawatan antibiotik intravena serta mereka yang telah menjalani pembedahan tetapi memerlukan perawatan selepas pembedahan.

Waktu Operasi Klinik Bedah Mulut

HariPagiPetang
Isnin

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

Selasa

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan 

 - Prosedur

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

Rabu 

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

 - Pembedahan Di Dewan Bedah

 - Kes Ulangan

Khamis

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

 - Combine Orthognathic Clinic 

   (Pada Hari Khamis Minggu Pertama Setiap Bulan) 

 - Kes Rujukan Baru dan Ulangan

 - Prosedur

Jumaat

 -  Pembedahandi Unit Rawatan Harian / Kes Ulangan 

 - Combine Oncology Clinic HKL (2 Kali Sebulan)

 - CME Jabatan
Jumlah paparan: 7665

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif