change biru-default  change blue muda  change oren  change black

×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 240
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

kardioterasik

Pengenalan
Jabatan Pembedahan Kardiotorasik memulakan perkhidmatannya pada Januari 2007. Pembedahan jantung terbuka mula dijalankan pada Julai 2007 dan kes pembedahan torasik pada Januari 2008. Pembedahan jantung kanak-kanak mula memberikan perkhidmatannya pada Oktober 2010.

Hospital Serdang merupakan satu-satunya hospital dibawah Kementerian Kesihatan di Lembah Klang yang memberikan ’perkhidmatan pembedahan jantung’ , maka liputan perkhidmatan ini merangkumi kawasan Lembah Klang dan menjangkau sehingga ke Ipoh, Seremban, Melaka dan Kuantan. Banyak kes–kes torasik dirujuk dari Institut Perubatan Respiratori HKL, Hosp Sg Buloh, Hosp Ampang, Hosp Selayang, Hosp TAR Kelang, Hosp Seremban dan Hosp Melaka. Selain itu Jabatan ini juga menerima rujukan kes-kes torasik dari Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Visi
Menjadi salah satu pusat rujukan rawatan tertiari penyakit kardiovaskular yang mengamalkan kerja berpasukan , penyayang dan professional untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti.

Misi
Jabatan Pembedahan Kardiotorasik akan memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti oleh staf yang professional serta penggunaan peralatan yang canggih dan terkini.

Perkhidmatan Yang Disediakan
> Jabatan Pembedahan Kardiotorasik berfungsi melalui lima unit utama iaitu:
> KLINIK KARDIOTORASIK (CTC)
> WAD KARDIOTORASIK (CTW)
> CHDW
> DEWAN BEDAH KARDIOTORAS1K (COT)
> WAD RAWATAN RAPI KARDIOTORASIK (CICU)
Kesemua unit-unit ini serta pentadbirannya adalah di bawah kuasa ketua jabatan pembedahan kardiotorasik.Kecuali CICU pentabiran bersama dengan Unit Perfusi & Kardiak Anaestesiologi, CHDW dan Klinik kardiotorasik bersama jabatan Kardiologi. Sebarang hal ehwal yang melibatkan atau membabitkan unit-unit ini termasuklah kakitangan-kakitangan yang bertugas di dalamnya mestilah dirujuk kepada ketua jabatan pembedahan kardiotorasik.

Klinik Kardiotorasik

Lokasi
Dari tarikh penubuhannya hingga ke hari ini, klinik kardiotorasik terletak di paras 3 dan dikongi bangunan yang sama dengan Jabatan Kadiologi. Klinik tumpangan ini terletak di tingkat bawah bangunan poliklinik. Di ruang ini jabatan diperuntukan sebanyak 6 bilik dan beberapa bilik untuk kegunaan lain seperti ECG, dressing dan ruang peyimpanan fail.

Perkhidmatan
Perkhidmatan yang diberikan melalui klinik kardiotorasik terbahagi kepada beberapa jenis. Semua pesakit akan dilihat berdasarkan temujanji. Tanpa temujanji, pesakit akan dinasihatkan untuk mendapatkan perkidmatan di jabatan kecemasan.

  • Klinik Rujukan Pakar (Specialist referral clinic): Semua pesakit yang dirujuk ke kilnik ini mestilah dirujuk oleh Pakar Kardiologi (Cardiologist) atau Pakar Respiratory (Respiratory Physician). Pesakit akan diperiksa dan dilihat dahulu oleh pegawai perubatan dan data-data klinikal diisi dalam fail kardiotorasik yang terdapat dalam sistem komputer. Kemudiannya pakar bedah kardiotorasik akan melihat dan berbincang mengenai pembedahan yang akan dijalankan dan tarikh pembedahan ditetapkan.
  • Klinik Rawatan Ulangan (Follow-up clinic): Semua pesakit yang telah menjalani pembedahan adalah dikehendaki untuk datang ke klinik ini 6 minggu dari tarikh keluar wad kecuali pesakit yang bermasalah dan memerlukan rawatan susulan yang segera dikehendaki datang ke klinik ini satu minggu dari tarikh keluar wad.
  • Klinik Antikoagulasi (Anticoagulation clinic): Pesakit yang menggunakan ubat Warfarin adalah dikehendaki datang ke klinik ini dan menjalani pemeniksaan INR untuk memastikan tahap antikoagulasi adalah selamat dan mencukupi.
  • Klinik Preadmission (Preadmission clinic): Pesakit yang akan masuk ke Wad Kardiotorasik akan dilihat oleh pegawai perubatan seminggu sebelum tarikh masuk wad. Ini adalah untuk memastikan yang pesakit adalah sihat dan telah bersedia untuk menjalani pembedahan.
  • Sessi ceramah oleh kakitangan Jabatan Kardiotorasik dan fisioterapi untuk persediaan pembedahan juga diadakan di sini.

Aliran Pesakit

  • Pesakit baru hanya akan diperiksa di Klinik Rujukan Pakar berdasarkan temujanji. Kes-kes kecemasan tanpa surat rujukan dan temujanji perlu mendapat pemeriksaan di Jabatan Kecemasan.
  • Setelah tiba, pesakit akan terus ke kaunter pendaftaran dan data peribadi diambil.
  • Pesakit akan ditemubual dan diperiksa oleh seorang pegawai perubatan.
  • Pesakit kemudiannya akan bertemu dengan pakar bedah kardiotorasik. Perbincangan mengenai rancangan perawatan yang sesuai akan dilakukan.Sekiranya pemeriksaan dan ujian tidak lengkap, ujian yang diperlukan akan dilakukkan dulu dan juga sekiranya pesakit tidak setuju pembedahan pesakit dirujuk semula tempat yang dirujuk. Sekiranya setuju untuk pembedahan seterusnya, tarikh pembedahan akan ditetapkan dan Surat pendaftaran masuk ke CTW kemudiannya akan diberikan.

Wad Kardiotorasik

Lokasi
Wad kardiotorasik atau 6F terletak di tingkat 6 bangunan utama Hospital Serdang. Wad ini penting bagi menyediakan pesakit dalam menghadapi pembedahan dan mombantu pesakit untuk pulih dengan segera selepas pembedahan.

Admission Policy (kemasukan ke CTW)
> Pesakit yang belum menjalani pembedahan akan dimasukkan ke 6F dan mereka boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

  • Kemasukan elektif untuk pesakit yang tidak mempunyai penyakit lain yang serius atau mempunyai penyakit yang terkawal seperti Controlled Hypertension dan Controlled Diabetes Mellitus. Pesakit dalam kategori ini pada kebiasaanya boleh menjalani pembedahan dalam masa dua hari dan tarikh kemasukan.
  • Kemasukan elektif ‘untuk pesakit yang mempunyai penyakit yang serius atau mempunyai penyakit yang belum dikawal dengan baik seperti Uncontrolled Hypertension atau Uncontrolled Diabetes Mellitus. Pesakit hanya akan dibenarkan menjalani pembedahan sekiranya keadaan penyakitnya terkawal.
  • Kemasukan kecemasan untuk pesakit yang akan distabilkan dengan seberapa segera Pèmbedahán boleh dijalankan sebaik-baik sahaja terdapat waktu yang sesuai untuk pembedahan.

> Pesakit yang sudah menjalani pembedahan juga akan dimasukkan ke 6F dan mereka juga boleh di kategonikan kepada 3 bahagian iaitu:

  • Pesakit yang mengalami komplikasi serius yang mungkin memerlukan rawatan rapi atau memerlukan rawatan rapi secara pembedahan.
  • Pesakit yang dipindahkan dari CICU, yang pada kebiasaannya berkeadaan stabil. Pesakit ini akan ditempatkan di CHDW, dan kemudiannya akan di pindahkan ke wad 6F . Parameter hemodinamik pesakit akan diberi perhatian.
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan torasik akan dimasukkan ke CHDW, dengan syarat pesakit berkeadaan stabil dan tidak memerlukan rawatan rapi.

Operational policy

  • Apabila pesakit berada di dalam wad, pegawai perubatan akan memeriksa semula keadaan pesakit untuk menentukan tahap persediaan pesakit dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi pembedahan. Pegawai perubatan akan melihat pemeriksaan yang sebelumnya. Pameriksaan Xray dada, Echocardiography, dan pemeriksaan yang lain mungkin akan dilakukan semula sekiranya perlu.
  • Pegawai perubatan kemudiannya akan berbincang dengan pakar bedah kardiotorasik tentang keadaan pesakit. Borang cardiac database dan borang cardiac checklist akan disi oleh pegawai ini, Dan borang GXM akan dihantar.
  • Apabila pesakit telah didapati sesuai untuk menjalani pembedahan, tarikh pembedahan akan ditetapkan oleh pakar bedah kardiotorasik.
  • Ahli keluarga terdekat akan dipanggil sehari sebelum tarikh pembedahan untuk diberikan taklimat terakhir, dan sebarang pentanyaan dari mereka akan dilayan. Kemudiannya apabila masing-masing telah bersetuju, pesakit adalah dikehendaki untuk menandatangani borang persetujuan atau consent form.
  • Pesakit kemudiannya akan diperiksa oleh cardiac anaesthetist sebagai persediaan bahagian anaesthesia.
  • Pesakit kemudian akan dicukur pada bahagian yang tertentu.
  • Persediaari-Persediaan lain juga akan dibuat seperti latihan pernafasan, ujian alahan, pembersihan usus dan pencucian keseluruhan anggota badan.

Discharge Policy (dan wad 6F)

  • Pesakit akan diberitahu tarikh jangkaan untuk balik.
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan jantung terbuka biasanya boleh dikeluarkan dari CTW antara hari kelima hingga ke hari ketujuh, atau lebih dengan beberapa syarat yang berikut:

           > Kestabilan haemodinamik
           > Hb dan blood chemistry memuaskan
           > X-ray dada dan Echo pesakit memuaskan
           > Luka pembedahan memuaskan
           > Paras INR memuaskan

  • Keputusan samada pesakit boleh keluar dari wad (discharge) adalah ditentukan oleh pakar bedah kardiotorasik
  • Pesakit yang dikeluarkan akan diberikan penerangan, discharge summary, preskripsi ubat, surat cuti sakit dan tarikh temujanji untuk datang ke Klinik Ulangan.
  • Pesakit dikehendaki mengosongkan katil sebelum pukul 1.00 tengah hari

Pelawat dan waktu lawatan

  •  Waktu melawat untuk 6F adalah seperti berikut :

            > Pukul 12.30 tengah hari hingga ke 2.00 petang

            > Pukul 4.30 petang hingga 7.00 petang

  •  Luar waktu lawatan : perlu mendapat keizinan dari ketua jururawat
  •  Pesakit hanya dibenarkan untuk menerima dua pelawat pada setiap masa.
  •  Pelawat yang Ingin menemani pesakit perlu mendapat Izin dari ketua jururawat.

Rondaan Wad

  • Rondaan wad akan dilakukan tiga kali sehari pada hari bekerja dan dua kali sehari pada hari cuti am atau hujung minggu.
  • Rondaan wad akan diketuai oleh pakar bedah kardiotorasik atau pakar bedah kilnikal, dan diiringi dengan pegawai perubatan dan beberapa orang jururawat.
  • Pesakit akan diperiksa, diberitahu mengenai kemajuan mereka, dan rancangan seterusnya.
  • Semasa rondaan wad, Consent atau surat persetujuan dari pesakit akan diambil pada sebelah petang sehari sebelum pembedahan, dengan kehadiran ahli keluarga yang terdekat.

Dewan Bedah Kardiotorasik ( COT )

Lokasi
Dewan bedah kardiotorasik COT2 dan COT4 terletak di dalam komplek dewan bedah di tingkat empat bangunan utama HS.

Fungsi
COT ini berfungsi sebagai dewan yang dikhaskan untuk pembedahan kardiotorasik samada kes elektif atau kecemasan. Dewan ini adalah tempat utama di mana aktiviti-aktiviti jabatan dijalankan. Semua pembedahan jantung terbuka dan tertutup, termasuk pembedahan congenital dan torasik dilakukan di dewan bedah ini.

Operational Policy

  • Dewan bedah COT sentiasa bersedia untuk menerima pesakit yang hendak menjalani pembedahan sepanjang tempoh 24 jam.
  • Senarai pesakit yang akan menjalani pembedahan, elektif akan dikeluarkan sehari sebelum pembedahan.
  • Jururawat di COT akan memberitahu jururawat di CTW pada pukul 7.30 pagi, untuk menghantar pesakit berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan.
  • Apabila pesakit sampai ke dewan bedah, pesakit akan di hantar ke bilik induksi dan diawasi dengan kaedah noninvasive seperti ECG, noninvasive BP & Oxygen saturation sehingga cardiothoracic anaesthetist sampai.
  • Persiapan untuk pembedahan bermula pada pukul 8.00 pagi, di bawah pengawasan cardiothoracic anaesthetist.
  • Sebelum proses induction & intubation, pakar bedah kilnikal perlu berada dalam COT.
  • Semasa pembedahan pakar bedah akan mengetuai pembedahan dengan dibantu oleh seorang pakar bedah klinikal, seorang jururawat dan perfusionist akan menjalankan Heart Lung machine, dan cardiothoracic anaesthetist akan menjalankan tugas anaesthesia.
  • Ahli keluarga adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk melihat proses pembedahan. Orang yang tiada berkaitan dengan pembedahan, tidak dibenarkan masuk ke dewan bedah dan kakitangan perubatan yang ingin membuat latihan sambil belajar mengenai pembedahan mestilah mendapat izin secara bersurat dari ketua jabatan pembedahan kardiotorasik terlebih dahulu.
  • Semasa pembedahan dijalankan semua kakitangan hendaklah bersikap professional, menjaga tatatertib dan peraturan COT serta memelihara sterility.
  • Setelah pembedahan selesai, jururawat COT hendaklah memberitahu jururawat di CICU tentang keadaan pesakit dan perkara-perkara lain yang perlu dan mustahak.
  • Pesakit hendaklah dipindahkan dengan berhati-hati dari katil COT ke katil CICU.
  • Pesakit kemudiannya akan dihantar dengan berhati-hati ke CICU, dengan diiringi oleh pakar bedah klinikal, anaesthetist, jururawat COT, dan perfusionist.

Wad Rawatan Rapi Kardiotorasik (CICU)

Lokasi
Wad rawatan rapi kardiotorasik atau CICU terletak di tingkat empat bangunan utama HS. CICU terletak sama tingkat dengan dewan bedah COT.

Fungsi
CICU berfungsi untuk memberi rawatan intensif kepada semua pesakit yang telah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru. CICU ini dan kakitangan-kakitangannya adalah di bawah kawalan ketua jabatan kardiotorasik.

Admission Policy (Transfer in)

  • Hanya kumpulan pesakit yang berikut sahaja yang dibenarkan masuk ke wad ini:

          > Post open heart surgery (Untuk semua pesakit)
          > Post pneumonectomy
          > Post thoracotomy. (Jika perlu rawatan rapi di CICU)
          > Post adult close heart surgery
          > Post paediatric close heart surgery (Jika tiada katil di PICU)
          > Patient with unstable haemodynamics (Dari CTW)

  • Salah satu kriteria untuk kemasukan ke CICU adalah pesakit mestilah telah menjalani pembedahan di dewan bedah kardiotorasik. Pesakit selain daripada yang tersebut tidak dibenarkan masuk ke CICU, kecuali dengan mendapatkan izin dan pertimbangan dari ketua jabatan pembedahan kardiotorasik.

Operational Policy

  • Kakitangan CICU akan diberitahu (sehari sebelum pembedahan) tentang pesakit yang akan dibedah dan jenis pembedahan yang akan dijalankan bagi membolehkan persiapan yang tertentu dijalankan.
  • Setelah pembedahan di COT selesai, jururawat di CICU akan diberitahu oleh jururawat COT tentang penghantaran pesakit, keadaan pesakit, dan beberapa keterangan yang penting mengenai pesakit.
  • Apabila pesakit telah sampai ke CICU, cardiac anaesthetist akan membuat penyerahan tugas kepada jururawat yang menerima. Proses ini perlu berjalan dengan teratur.
  • Pesakit akan diawasi dengan rapi oleh seorang jururawat bentauliah dan terlatih secara nisbah 1:1 (satu jururawat untuk satu pesakit).
  • Semua data klinikal pesakit akan dimasukkan ke dalam sistem maklumat elektronik.
  • Terdapat beberapa kakitangan dari jabatan kardiotorasik yang bertugas secara aktif untuk sepanjang tempoh waktu 24 jam yang terdiri daripada pakar perunding karditorasik, pakar bedah klinikal dan pegawai perubatan untuk memastikan pesakit di CICU sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan stabil.
  • Semua prosidur klinikal termasuklah monitoring, pemberian ubat-ubatan, prosidur invasif, resusitasi dilakukan besebelahan dengan katil pesakit. Teknik aseptik mestilah dilakukan sepanjang prosidur.
  • Semua peralatan kecemasan seperti resuscitation trolley, pacemaker generator, external dan internal defibrillator, dan peralatan pembedahan untuk chest reopen perlu sentiasa berada di CICU.
  • Semua perkembangan berkenaan dengan pesakit perlu diberitahu kepada pakar bedah kardiotorasik terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan kritikal dan parameter haemodinamik tidak stabil.
  • Apabila pembedahan kecemasan hendak dilakukan samada di dewan bedah atau di CICU, cardiac anasethetist, jururawat COT, perfusionist, pembantu perubatan kardiotorasik dan attendan yang menjalankan tugas panggilan akan dipanggll diberitahu dengan segera.

Discharge policy (Transfer-out of C1CU)

  • Pesakit yang hendak dikeluarkan dan CICU mestilah berada dalam keadaan stabil, dan keputusan untuk berbuat demikian hanya boleh dilakukan oleh pakar bedah kardiotorasik.
  • All patients who have undergone cardiothoracic surgery and who are admitted to the CICU postoperatively will be transferred out of the CICU on second postoperative day, unless they meet one or more of the following criteria:

           > Haemodynamic instability
           > Respiratory insufficiency
           > Arrhythmia
           > Severe sepsis or infection
           > Any coagulopathy with excessive bleeding
           > Altered mental status
           > a Severe fluid and electrolyte abnormality
           > Combinations of lesser conditions requiring high level nursing care
           > Non-Cardiac pathology - severe enough to require Intensive care setting

  • Semasa penghantaran balik ke wad, pesakit mestilah dihantar dengan kerusi roda, menggunakan telemetry dan diiringi oleh seorang jururawat.

Rondaan wad di CICU

  • Rondaan wad di CICU berjalan sekurang-kurangnya tiga kali sehari pagi, petang dan malam. Rondaan ini diketuai oleh pakar perunding bedah kardiotorasik, atau pakar bedah klinikal.
  • Rondaan wad CICU bermula pada pukul 7.30 pagi setiap hari dan setiap pesakit akan diperiksa dengan rapi. Rondaan sebelah petang dijalankan pada pukul 4.00 petang dan rondaan sebelah malam juga dijalankan.

Waktu melawat CICU

  • Cuma pelawat yang ada hubungan dengan pesakit sahaja yang dibenarkan melawat.
  • Pelawat yang berumur kurang dari 12 tahun tidak dibenarkan melawat kecuali dia ditemani oleh seorang dewasa.
  • Cuma dua pelawat dibenarkan melawat dalam setiap masa.
  • Apabila pesakit baru sahaja sampai ke wad CICU, pelawat tidak digalakkan untuk melawat pada masa tersebut kerana pada ketika itu kakitangan dari COT sedang sibuk menguruskan penyerahan pesakit kepada kakitangan CICU.
  • Setelah tugas penyerahan selesai, pelawat boleh melawat untuk seketika dan doktor akan memberitahu perkembangan semasa pesakit.
  • Waktu melawat adalah serupa dengan keterangan di 3.2.4. Pelawat adalah dinasihatkan mematuhi waktu lawatan tersebut.
  • Untuk pesakit yang tenat, ahli keluarga yang terdekat sahaja dibenarkan untuk menemani pesakit selama yang mereka mahu.
  • Untuk pesakit kanak-kanak, ibu bapa berhak untuk melawat anak pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.
  • Pelawat tidak dibenarkan melawat atau berada di dalam wad CICU pada waktu rondaan wad, semasa pembedahan kecemasan di jalankan, semasa pesakit diberi rawatan CPR, semasa prosedur aseptic dijalankan atau semasa X-ray dilakukan ke atas pesakit. Para kakitargan berhak untuk menyuruh pesakit keluar pada masa tersebut, atau pada bila-bila masa sahaja apabila keadaan memerlukan.

Komponen CICU

  • Entrance/air lock - for passage of patients.
  • Nurse’s station
  • Sister’s room
  • Central corridor — ten foot corridor.
  • Patient areas — open areas for 5 beds and 1 isolation room with 1 bed
  • Treatment area.
  • Pantry — for handling food trays for patients.
  • Doctor’s duty room — with shower and toilet attached.
  • Nurses change room.
  • Store areas — storing CICU items, ventilalors, Infusion pumps etc.
  • Haemodynamic laboratory — for keeping ABG, Serum electrolytes & Haematocrit analyzer and for cleaning and drying room for ventilator tubings,
  • masks etc.
  • Cleaner’s stores — for storing cleaning items.
  • Visitor’s waiting area — waiting space for relatives.
  • Seminar room — for meetings and case conference.

Semua komponen wad CICU akan dipastikan berada dalam keadaan yang baik termasuklah peralatan-peralatan yang canggih. Bilik seminar room akan dijaga dan perlu sentiasa dikunci sekiranya tidak digunakan dan orang yang tidak berkenaan tldak dibenarkan masuk untuk mengelakkan kejadian yang tidak dingini.

 

Wad Rawatan CHDW ( Cardiotoracic High Dependency Unit )

Lokasi
CHDW terdiri dari ruangan tertutup yang mempunyai 6 katil terletak di tingkat empat bangunan utama HS.

Operational policy CHDW

  • Unit ini sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan selama 24 jam.
  • Unit ini menerima pesakit-pesakit yang berikut:

         > Post open heart surgery patient who have been extubated but still require close monitoring and may still be on minimal inotropic. These include patients with atrial            dibrillation, supraventricular arrhythmia and ventricular ectopics.
         > Post close heart surgery cases (adult)
         > Post thoracotomy patients

  • CHDW adalah di bawah pentadbiran ketua jabatan pembedahan kardiotorasik.
  • Ia dijaga dengan rapi oleh jururawat terlatih dengan kadar nisbah 1:2.
  • CHDW mempunyai peralatan untuk monitoring seperti invasive & noninvasive BP, ECG monitoring dan Oxygen saturation.
  • Sekiranya pesakit didapati tidak stabil pada bila-bila masa dan memerlukan pemerhatian dan rawatan penjagaan yang lebih rapi, pegawai perubatan perlu dipanggil dengan segera dan pakar bedah mestilah diberitahu. Penghantaran segera pesakit ke CICU perlu dibuat.
  • Pesakit di CHDW yang stabil mestilah dilihat oleh pakar bedah kardiotorasik.sebelum dipindahkan keluar ke unit terbuka CTW.
  • Waktu untuk melawat CHDW adalah seperti tersebut di 3.2.4. Pelawat juga perlu mengikut peraturan seperti yang tergaris di 3.4.6

Waktu Operasi Klinik Kardiotorasik

Rabu2.00 ptg - 4.30 ptgKlinik Rujukan Pakar & Rawatan Ulangan
Khamis 8.00 pg - 12.30 ptg Klinik Preadmission
Isnin - Khamis 8.00 pg - 12.30 t/hari Klinik Antikoagulasi (Klinik INR)
Isnin -khamis 2.00ptg - 4.30 ptg ’Dressing’ dan ’procedure’.
Jumaat 8.00 pg - 12.00 t/hari Klinik Rawatan Ulangan
Jumaat 2.00ptg - 4.30 ptg Aktiviti Jabatan
Jumlah paparan: 12215

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif