Jabatan Kecemasan & Trauma

Ketua Jabatan

Dr. Rosidah Binti Ibrahim

 dr_rosidah@moh.gov.my

1232

 

PENGENALAN

Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Serdang memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Serdang, Puchong, Sepang dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan kecemasan, resusitasi , stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

Jabatan Kecemasan Hospital Serdang berfungsi berdasarkan konsep THIS (Total Hospital Information System). Sistem elektronik bersepadu ini bukan sahaja akan meningkat kualiti, kecekapan dan kos efektif rawatan kepada pesakit malah akan membawa ke arah pengurusan pesakit yang cekap berlandaskan pembangunan modal insan.

Pengurusan pesakit akan diberi kriteria utama berdasarkan ketenatan keadaan pesakit

Perkhidmatan Jabatan Kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitif.Perkhidmatan lain yang disediakan seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara-upacara rasmi.

 

Perkhidmatan yang disediakan adalah:

1. Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan.
Skop kawasan perkhidmatan Serdang adalah di dalam lingkungan 60 kilometer radius. Jabatan Kecemasan mengkoordinasi perkhidmatan ini melalui satu rangkaian jaringan antara hospital atau agensi sokongan.


Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan.

2. Perkhidmatan Perawatan Kecemasan.
Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan.

Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan  “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan, nasihat yang tepat dan betul.


3. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah:
   > Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
   > Diagnosis dan prosedur intervensi.
   > Perawatan definitif.
   > Perawatan asthma.
   > Wad Pemerhatian
   > Pembedahan kecemasan

4. Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC)
Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga.

5. Pengurusan bencana
Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan.


6. Pemeriksaan Medicolegal
Menjalankan pemeriksaan medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan.


7. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre )
Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Zon Selatan, Negeri Selangor.

8. Zon-zon yang disediakan.
   i. Zon Hijau ( Zon tidak kritikal )
Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit.


Kes yang akan dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam.


Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat.


  ii. Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal )
Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 10 minit.


Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 15 minit.

 

  iii. Zon Merah ( Zon Kritikal )
Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon dalam masa 0 minit )
   

Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat.


Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan kecemasan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama.
   

Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang beroperasi 24jam setiap hari.

Pesakit dan Pelanggan yang datang mendapatkan rawatan disini adalah mereka yang mengalami masalah kesihatan serta kes-kes kecemasan yang serius atau kritikal.

Untuk mendapatkan perkhidmatan sila berjumpa dengan petugas di pintu masuk jabatan yang dikelanim sebagai Triage. Maklumkan keperluan kecemasan anda.

Interaksi anda membolehkan mereka membuat penilaian awal dan menyesuaikan permasalahan kecemasan dengan jenis perawatan.

 

Objektif

 

Visi

Untuk menjadi salah satu pusat kecemerlangan dalam perawatan dan perkhidmatan kecemasan

Misi

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang berkualiti, efisien, cepat dan tepat dalam pengurusan pesakit.

Piagam Pelanggan

Berusaha memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan yang bersopan, cepat dan tepat.

Kes-kes kecemasan yang tidak stabil (kritikal) akan dirawat dengan kadar segera , mengikut ketenatan pesakit melalui kerja berpasukan multidisiplinari.

Kes-kes yang stabil (separa kritikal) akan dirawat dalam masa kurang dari 15 minit.

Kes-kes yang berkomplikasi dan memerlukan kemasukan ke wad akan dirujuk kepada pegawai perubatan dari jabatan-jabatan berkenaan bagi rawatan definitif.

 

  • Last Modified: 21 September 2018.