change biru-default  change blue muda  change oren  change black

ortopedik

Pengenalan
Jabatan Ortopedik Hospital Serdang telah memulakan perkhidmatan seawal Hospital Serdang dibuka pada tahun 2005 yang berkonsepkan persekitaran teknologi maklumat iaitu Sistem Maklumat Hospital Bersapepadu (THIS). Jabatan Ortopedik telah berkembang pesat seiring dengan jabatan-jabatan lain dari segi dan jumlah pesakit dalam, pesakit luar dan perkhidmatan yang diberikan.

Dengan kerjasama daripada Jabatan Ortopedik Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Ortopedik Hospital Serdang dapat memberi perkhidmatan dalam kebanyakan Bidang Subkepakaran Ortopedik .

Rawatan pesakit luar Jabatan Ortopedik adalah di Klinik Pakar di aras 2, sementara rawatan pesakit dalam adalah di Wad 7E (Lelaki), Wad 7F (Perempuan) di aras 7, Wad 5B (Pelbagai Disiplin Kanak-kanak) di aras 5 dan Wad 8B (Pelbagai Disiplin Kelas 1) di aras 8. Pembedahan pesakit Ortopedik dijalankan di Dewan Bedah Harian (Daycare) dan Dewan Bedah Umum (GOT) yang terletak di aras 4.

Misi
> Memberi perkhidmatan ortopedik yang komprehensif dan moden yang tertumpu pada pesakit (patient-centered) serta kos yang efektif.
> Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi untuk merawat pesakit dengan effisen dan mencapai kepuasan pelanggan dalam penjagaan kesihatan.
> Mewujudkan suasana kondusif untuk latihan, penyelidikan dan perkembangan ilmiah dalam semua peringkat dalam bidang Orthopedik dan Traumalogi.
> Menjadikan Jabatan Ortopedik sebagai pusat rujukan sekunder bagi kebanyakkan Subkepakaran Ortopedik dan rujukan tertiari bagi Subkepakaran Ortopedik “Advance Trauma and LLRS (Limb Lengthening & Reconstructive Surgery)” dan Subkepakaran Ortopedik “Foot and Ankle”.
> Membudayakan kerja berpasukan di mana setiap warga kerja memainkan peranan, dihargai dan dihormati.
> Bekerjasama dengan pesakit, keluarga dan masyarakat umumnya dalam rawatan serta mempromosikan penjagaan optimum.

Visi
Jabatan Ortopedik Hospital Serdang akan memberikan rawatan ortopedik dan traumatologi yang professional dan berkualiti melalui kerja berpasukan, ‘patient-centered care’, penyelidikan dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.

Perkhidmatan Yang Disediakan
> Jabatan Ortopedik, Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan yang profesional seperti berikut:
> Perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar Ortopedik.
> Perkhidmatan Pesakit Dalam Wad Ortopedik.
> Perkhidmatan Rawatan Harian (Daycare Surgery)
> Perkhidmatan Pembedahan Ortopedik – Emergency dan Elektif.
> Perkhidmatan Mediko-legal – termasuk penilaian fizikal kepada pesakit untuk laporan perubatan, laporan polis, SOCSO dan lain-lain tuntutan perkhidmatan rawatan pesakit
> Bidang sokongan klinikal seperti – unit pengimejan, farmasi, fisioterapi, rehabilitasi, rekod dan mediko-legal dan makmal.

 

Jumlah paparan: 10056

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif