Jabatan Otorinolaringologi

 Ketua Jabatan

Dr. Saraiza Binti Abu Bakar

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5300

 

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi merupakan salah satu di antara jabatan-jabatan di Hospital Serdang yang merupakan hospital terbesar di kawasan ini. Jabatan ini memberikan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak serta yang berkaitan. Ia terletak di Aras 3 di kawasan klinik pakar di sebelah timur (east wing) bangunan hospital.

Perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak merangkumi rawatan kecemasan dan trauma yang melibatkan bahagian Telinga, Hidung dan Tekak serta bahagian-bahagian yang berkaitan. Rawatan komprehensif yang diberikan oleh jabatan ini merangkumi penentuan penyakit serta rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang mempunyai masalah Telinga, Hidung dan Tekak Kami memberi khidmat rawatan berkenaan kepada penduduk di sekitar Serdang, Putrajaya, Sepang, Bangi, Kajang, Puchong dan sekitarnya.

Kakitangan jabatan ini terdiri daripada Pakar Otorinolaringologi, Pegawai-pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran), Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Pembantu Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat serta Atendan Kesihatan. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak kepada pesakit-pesakit. Jabatan ini dibina dan dilengkapi dengan peralatan moden agar dapat memberi sumbangan perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang terkini berdasarkan:

  • Penggunaan sepenuhnya sistem teknologi maklumat di dalam perawatan dan pengendalian pesakit (Total Hospital Information System).
  • Penghasilan keadaan persekitaran yang mesra dan selesa untuk pesakit dan kakitangan Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak khasnya dan kakitangan hospital amnya.
  • Penyediaan kemudahan-kemudahan untuk pembelajaran perubatan (medical education) dan penyelidikan perubatan (health research).
  • Kerjasama dan penglibatan yang aktif dengan agensi-agensi kesihatan yang lain di dalam mempromosi perkhidmatan Telinga, Hidung dan Tekak yang berkualiti.

 

 

Objektif

 

Visi

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Serdang bakal mewujudkan pusat kecemerlangan bagi individu yang mempunyai masalah Otorinolaringologi, agar dapat kembali menyumbang kepada masyarakat dengan merendahkan tahap mortaliti dan morbiditi penyakit Otorinolaringologi melalui integrasi rawatan kesihatan bersepadu, kerjasama setanding serta mementingkan kepuasan pelanggan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan berkualiti, efisien dan kos efektif.
  • Menggunakan kaedah rawatan terkini yang diberikan oleh pasukan kakitangan Otorinolaringologi yang terlatih, prihatin dan komited.
  • Menawarkan program berterusan hingga ke rumah dan lebih fleksibel terhadap komuniti.
  • Kerjasama sepadu dalam pelbagai kepakaran (multi disciplinary approach)
  • Mempromosikan dan meningkatkan tahap kesihatan Otorinolaringologi.
  • Sebagai pelaburan dimasa hadapan, agar berjaya menjadi pusat kecermerlangan kesihatan Otorinolaringologi.

Piagam Pelanggan