Jabatan Pembedahan Am

 

Ketua Jabatan

Dr. Chew Loon Guan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1954

 

PENGENALAN

Perkhidmatan Pembedahan Am telah dimulakan di Hospital Serdang sejak Oktober 2005. Dari tarikh itu Jabatan ini telah tumbuh dengan pesat dengan kedatangan pesakit bukan sahaja dari kawasan sekeliling dan dalam negeri Selangor tetapi juga dari seluruh Negara terutama sekali untuk perkhidmatan sub-kepakaran Vaskular.

 

Dilayan mengikut kemampuan dan keupayaan Jabatan tanpa mengambil kira umur, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.


Diberi layanan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, mesra, jujur dan ikhlas.


Warga emas, kanak-kanak dan OKU akan diberi keutamaan.


Kehormatan pesakit sentiasa dijamin dan maklumat rawatan akan dirahsiakan selagi ia tertakluk kepada undang-undang.


Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

 

Jadual Aktiviti CME Pembedahan Am

 

Hari

8:00pg - 9:00pg

3:30ptg – 4:30ptg

Isnin

-

CME Jabatan

Khamis

CME Hospital

Perbincangan bersama dengan Jabatan Radiologi (minggu pertama dan ketiga), Perbincangan bersama dengan Jabatan Patologi (minggu kedua), Perbincangan statistik, ’Mortality & Morbidity’ (minggu keempat)

Jadual Dewan Bedah Pembedahan Am

Hari

8:00pg – 5:00ptg

Isnin

Dewan Bedah 3 & 5

Selasa

Dewan Bedah 3

Rabu

Dewan Bedah 3, Dewan Bedah 16 atau 17 (Dewan Bedah Harian)

Jumaat

Dewan Bedah 3

Sabtu

Dewan Bedah 3 atau Dewan Bedah Harian (8:00pg- 1:00ptg)

 

 

Jadual Klinik Pembedahan Am

Hari

8:00pg - 1:00ptg

2:00ptg – 5:00ptg

Isnin

Klinik cucian luka khas

-

Selasa

Klinik Gastrousus, Kolorectal, Pankreatik-Hepatobiliari, Pembedahan Am

Klinik Vaskular & Fistula, Klinik cucian luka khas

Rabu

Klinik cucian luka khas

-

Khamis

Klinik Payudara & Endokrin, Klinik FNAC

Klinik cucian luka khas

Jumaat

Klinik susulan selepas pembedahan, Klinik cucian luka khas

-

 

Objektif

 

Visi

Jabatan Pembedahan Am akan menjadi pusat rujukan Pembedahan Am khasnya untuk kawasan sekitar dan amnya untuk Negeri Selangor. Juga untuk menjadi antara satu pusat rujukan Pembedahan Vaskular untuk seluruh Negara.

Misi

Jabatan Pembedahan Am, Hospital Serdang akan memberikan perkhidmatan Pembedahan Am dan Vaskular yang berpatutan berdasarkan bukti-kajian (evidence based) dan komprehensif menerusi kerja berpasukan dan rangkaian rujukan (networking referral).

Piagam Pelanggan

  • Dilayan mengikut kemampuan dan keupayaan Jabatan tanpa mengambil kira umur, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.

  • Diberi layanan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, mesra, jujur dan ikhlas.

  • Warga emas, kanak-kanak dan OKU akan diberi keutamaan.

  • Kehormatan pesakit sentiasa dijamin dan maklumat rawatan akan dirahsiakan selagi ia tertakluk kepada undang-undang.

  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.