change biru-default  change blue muda  change oren  change black

×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 240
×

Notis

One of the files that is needed for the correct operation of the System - CW Gears plugin appears to be missing! Please install a fresh copy of the latest version to fix this issue.

servmgm pembedahanam

Pengenalan

Perkhidmatan Pembedahan Am telah dimulakan di Hospital Serdang sejak Oktober 2005. Dari tarikh itu Jabatan ini telah tumbuh dengan pesat dengan kedatangan pesakit bukan sahaja dari kawasan sekeliling dan dalam negeri Selangor tetapi juga dari seluruh Negara terutama sekali untuk perkhidmatan sub-kepakaran Vaskular.

Misi
Jabatan Pembedahan Am, Hospital Serdang akan memberikan perkhidmatan Pembedahan Am dan Vaskular yang berpatutan berdasarkan bukti-kajian (evidence based) dan komprehensif menerusi kerja berpasukan dan rangkaian rujukan (networking referral).

Visi
Jabatan Pembedahan Am akan menjadi pusat rujukan Pembedahan Am khasnya untuk kawasan sekitar dan amnya untuk Negeri Selangor. Juga untuk menjadi antara satu pusat rujukan Pembedahan Vaskular untuk seluruh Negara.

Piagam Pelanggan
Dilayan mengikut kemampuan dan keupayaan Jabatan tanpa mengambil kira umur, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
Diberi layanan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, mesra, jujur dan ikhlas.
Warga emas, kanak-kanak dan OKU akan diberi keutamaan.
Kehormatan pesakit sentiasa dijamin dan maklumat rawatan akan dirahsiakan selagi ia tertakluk kepada undang-undang.
Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.


Perkhidmatan Yang Disediakan
Jabatan Pembedahan Am Hospital Serdang menawarkan perkhidmatan pembedahan dalam sub-kepakaran :

Pembedahan Am
Pembedahan Vaskular
Pembedahan Payudara & Endokrin
Pembedahan Gastro-intestinal dan Kolorektal
Termasuk perkhidmatan Endoskopi, Pembedahan Harian dan Perkhidmatan Endovaskular.

Klinik Pembedahan Am

Klinik Pembedahan Am memberi perkhidmatannya di kompleks klinik dan berkongsi tempat dengan Ortopedik pada hari-hari tertentu. Mengendalikan kes-kes baru dan dirujuk, memeriksa, menyiasat dan membuat temujanji untuk pembedahan. Mengkaji semula kes-kes yang dikendalikan sebelum ini, samada di klinik atau di wad termasuk kes-kes yang telah menjalani pembedahan.

Objektif

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat kerja berpasukan
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan berkualiti
  • Mendedahkan kepentingan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Wad Pembedahan

Mengendalikan kes-kes yang dimasukkan sebagai pembedahan kecemasan atau pembedahan elektif. Menguruskan dan melakukan pemantauan yang rapi serta mengkaji semula kes-kes mengikut keperluan di mana para pesakit yang tenat akan diberi keutamaan. Melaksanakan prosedur mudah di wad. Terdapat 3 wad utama iaitu:

  • Wad 6C – Wad pembedahan lelaki
  • Wad 6B- Wad pembedahan perempuan (dikongsi bersama Ginekologi)
  • Wad 5B- Wad pembedahan kanak-kanak (dikongsi bersama Jabatan Pediatrik)

Objektif

  • Memberikan perawatan peri dan post operatif yang cekap, selamat dan efisien
  • Memastikan kes-kes kecemasan didahulukan dan dirawat dengan kadar segera
  • Memastikan penjagaan luka pembedahan dan stoma dalam keadaan optimum dan bebas dari infeksi

Pembedahan

Semua prosedur pembedahan elektif yang dijadualkan dilakukan di dalam Dewan Bedah Am dan Dewan Bedah Harian dengan kerjasama Pakar Bius dan pasukan pembedahan. Kes- kes pembedahan kecemasan akan dilakukan di Dewan Bedah 1 (Dewan Bedah Kecemasan) yang beroperasi 24 jam. Kes-kes kanser, vaskular dan hernia kanak-kanak akan diberi keutamaan berbanding kes-kes lain. Bagi kes-kes elektif, para pesakit perlu dimasukkan ke wad sehari atau 2 hari sebelum pembedahan dijadualkan agar mereka dapat diperiksa dengan lebih rapi oleh Pakar Bius sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Unit Endoskopi

Menyediakan khidmat endoskopi atas dan bawah gastrousus samada elektif atau kecemasan, diagnostik atau terapeutik. Dilakukan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan dikongsi bersama Jabatan Perubatan pada hari-hari lain di Unit Rawatan Harian.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi yang efisien, selamat dan berkualiti
  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi kecemasan 24 jam bagi merawat kes-kes kecemasan dengan kadar segera
  • Memberikan latihan kepada pegawai perubatan dan paramedik dalam mengendalikan endoskopi

Aktiviti CME

Latihan, kursus dan pendidikan berterusan (CME) disediakan untuk semua kategori kakitangan jabatan- Klinikal atau Paramedik terutama latihan lanjutan dalam Pembedahan Vaskular bagi menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalm tugas harian.

Jumlah paparan: 8129

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif