Unit Teknologi Maklumat

 Ketua Jabatan

 

Noor Shariah binti Ismail

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1818

 

PENGENALAN

Unit IT telah ditubuhkan di Hospital Serdang bermula tahun 2005 dan sistem THIS telah dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2006.

Pelaksanaan THIS melibatkan 3 fasa seperti berikut:

  • Fasa pertama pada 20 Januari 2006 melibatkan modul PMS, Billing, MR dan Mortuary
  • Fasa kedua pada 17 Mac 2006 melibatkan modul CA, PhIS, LIS, NUMS, RIS, PACS, ECG, Diet CSSD dan Libary Management System
  • Fasa ketiga pada 14 April 2006 melibatkan modul OTMS dan HRMIS
  • Pelbagai cabaran dan halangan dilalui sepanjang tahun 2005 bagi memastikan THIS diterima pakai oleh semua kakitangan terutamanya golongan klinikal seperti pakar dan pegawai perubatan serta kakitangan paramedik.
  • Penggunaan emel bagi edaran memo dalaman juga telah dikuatkuasakan bagi memastikan komunikasi secara elektronik digunakan secara optima selain bertujuan mengurangkan penggunaan kos ”consumables”.

 

  1. Mengurus, menyelenggara dan menyelaras prasarana ICT
  2. Menguruskan kebolehcapaian terhadap rangkaian dan perkakasan rangkaian
  3. Mengurus, menyelenggara dan menyelaras perkhidmatan sokongan operasi sistem HIS
  4. Merancang, membangun, dan menyelenggara sistem maklumat
  5. Mengurus dan menyelenggara portal Hospital Serdang
  6. Mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT termasuk pelaksanaan Aplikasi Kerajaan Elektronik dan aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia
  7. Menjaga keselamatan sistem maklumat kerajaan
  8. Mengurus program latihan ICT dan sistem HIS
  9. Memberi khidmat bantuan teknikal ICT
 

Objektif

 

Visi

Unit Teknologi Maklumat akan menjadi penyelaras perkhidmatan ICT Hospital Serdang yang dinamik, cekap & berkesan.

Misi

Unit Teknologi Maklumat akan berusaha memastikan kemudahan infrastruktur dan teknologi ICT dapat digunakan secara optimum.

Piagam Pelanggan