Unit Akaun

 Ketua Jabatan

 

PENGENALAN

Unit Akaun bertanggungjawab untuk menguruskan peruntukan kewangan dengan efisen, cekap dan teratur termasuk membuat segala jenis bayaran yang meliputi emolument, perkhidmatan dan bekalan dan mengawal selia Panjar Wang Runcit berdasarkan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.

Unit Hasil pula berperanan untuk mengutip deposit, mengeluarkan bil dan memastikan semua bil yang dikeluarkan dikutip, di akaun dan di uruskan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.

 

  • Menguruskan Gaji,
  • Perakaunan dan Vot,
  • Tuntutan dan Elaun,
  • Pembayaran, Pinjaman,
  • Perakaunan Hasil,
  • Pendaftaran Pesakit dan Bayaran Bil,
  • Tuntutan Hasil,
  • Pengurusan Panjar Wang Runcit,
  • Pengurusan Panjar Wang Pesakit Hospital.
 

Objektif

 

Visi

Memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik dakam semua bidang pengurusan kearah merialisasikan visi Hospital Serdang.

Misi

Bahagian Pengurusan Hospital Serdang berusaha memberikan Khidmat Sokongan yang berkualiti supaya semua program di Hospital Serdang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Piagam Pelanggan

  • Memproses bayaran bil bagi Perolehan Bekalan / Perkhidmatan dan kerja dalam tempoh 14 hari (9 hari di peringkat PTJ) dari tarikh tuntutan / bil diterima dengan sempurna
  • Memproses bayaran kepada kakitangan berkaitan Tuntutan Perjalanan / Perpindahan, Bayaran Balik Rawatan Perubatan, Elaun Pakaian Istiadat/Menghadiri Majlis Rasmi, Tuntutan Keahlian Kelab Rekriasi, Elaun Pakaian Panas, Tuntutan Pengurusan Jenazah dan Elaun Bantuan Gaji Drebar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
  • Memproses bayaran Gaji dan Elaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penyata Perubahan Pendapatan (Kew 8) dan dokumen sokongan yang lengkap diterima
  • Memproses Bayaran Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (EKLWBB) dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
  • Pesakit didaftarkan dalam masa 2-5minit sekiranya dokumen yang diperlukan mencukupi.
  • Bayaran balik deposit hospital tunai (Refund) akan dibayar setelah pesakit discaj sekiranya memenuhi syarat.

 

  • Last Modified: 12 Julai 2018.