change biru-default  change blue muda  change oren  change black

unit pentadbiran

Pengenalan
Unit Pentadbiran merupakan rangkuman 5 unit kecil terdiri daripada Unit Pentadbiran Am, Unit Pemandu, Unit Khidmat Pelanggan, Unit Asrama Jururawat dan Unit Pejabat Pakar. Kesemua unit ini memberikan perkhidmatan sokongan kepada anggota Hospital Serdang dengan menguruskan hal-hal Pentadbiran dan Pengurusan Hospital.

Misi
Unit Pentadbiran berazam mempastikan 5 perkhidmatan ini komited dalam memberikan perkhidmatan sokongan dan membantu dalam segala urusan Pentadbiran dan Pengurusan Hospital.

Visi
Untuk Mewujudkan 5 perkhidmatan dibawahnya menjadi satu tujuan iaitu lebih Produktif, Proaktif, Dinamik dan Comprehensive supaya setiap tugasan yang diberi dapat diterima umum juga memenuhi kehendak pelanggan.

Piagam Pelanggan

  •  Memberi 5 perkhidmatan secara berterusan bagi memastikan pelanggan dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan
  •  Pelanggan akan disediakan segala kemudahan asas didalam kawasan Hospital Serdang
  •  Memastikan adanya penambahbaik secara berterusan dan terancang demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang sesuai mengikut kehendak pelanggan


Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Permohonan Penggunaan Kenderaan
    • Memastikan maklumbalas diberi dalam tempoh 2 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan, dengan syarat permohonan diterima 3 hari bekerja dari tarikh penggunaan kenderaan
  •  Penyewaan Ruang Hospital Baru / Lanjutan
    • Mempelawa pembekal/pengusaha premis secara sebutharga/terus dalam masa 2 minggu
    • Mengeluarkan Surat Setujuterima dalam tempoh 7 hari bekerja
    • Memproses Perjanjian Penyewaan Ruang Hospital dalam masa 14 hari daripada tarikh Surat Setujuterima di terima dengan lengkap
    • Memproses Penghantaran Surat
    • Penghantaran keluar (Pejabat Pos / Dengan Tangan) pada jam 10 pg setiap hari
    • Surat Pos Laju dipungut selewat=lewatnya pada jam 11.30 pagi setiap hari

  • Perkhidmatan Khidmat Pelanggan
    • Memberi maklumbalas secara terus (bersemuka) kepada setiap pelanggan yang memerlukan perkhidmatan
    • Menyediakan perkhidmatan Kerusi Roda kepada semua pesakit yang memerlukan

  • Perkhidmatan Asrama Jururawat
    • Memastikan perkhidmatan Asrama Jururawat di Hospital Serdang mengikut peraturan serta garis panduan pekeliling semasa.

  • Perkhidmatan Pejabat Pakar
    • Membantu urusan Ketua Jabatan mengenai hal-hal pentadbiran di Pejabat Pakar

  • Pentadbiran Am
    • Bekalan Alatulis Pejabat
    • Perkhidmatan Risograph
    • Perkhidmatan Fotokopi
    • Perkhidmatan Penghantaran/Penerimaan Surat Menyurat
    • Pengendalian Urusan Fail-Fail Termasuk Fail Sulit Jabatan
    • Tempahan Bilik Mesyuarat
    • Tempahan Makanan
    • Tempahan Tanda Nama dan Sticker Kenderaan
    • Urusan Permohonan Masuk/Keluar Kuarters Hospital Serdang
Jumlah paparan: 5328

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif