Unit Perhubungan Awam

 Ketua Jabatan

 

Pn.Siti Aisyah Binti Tusimin

siti.aisyah.tusimin@moh.gov.my

1465/1407

 

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam mula ditubuhkan pada Ogos 2009 di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Pegawai Perhubungan Awam dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Perhubungan Awam bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Serdang dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Hospital Serdang dengan arahan dan persetujuan Pengarah Hospital Serdang.

Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan. Bahagian ini juga berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di Hospital Serdang. Selain itu, Unit Perhubungan Awam juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/ Pelanggan.

 

Aduan
Memantau dan mengambil tindakan untuk kes-kes aduan dari Biro Pengaduan Awam (BPA), KKM, JKNS, Laman Web Hospital dan peti cadangan.

Media Massa
Memantau isu-isu berkaitan dengan Jabatan yang disiarkan melalui media massa.

Publisiti
Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti Jabatan melalui media massa, merangkumi sidang akhbar, siaran media dan liputan media.
Menyelaras rakaman dan siaran langsung TV/ Radio serta sesi temubual yang berkaitan dengan isu dan program-program Jabatan.

 

Objektif

 

Visi

 

Misi

 

Piagam Pelanggan

 

 

  • Last Modified: 07 November 2018.