Jabatan Perubatan Am

 KETUA JABATAN

Dr. Mitra a/p Seganathirajah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

1983

 

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Am Hospital serdang diwujudkan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan umum penduduk merangkumi Daerah Sepang, Petaling dan Hulu Langat yang dianggarkan berjumlah 1.5 juta. Pada masa ini, ianya menjadi rujukan kepada kira-kira 15% daripada penduduk Selangor. Hospital Serdang juga menyediakan kemudahan pengajaran klinikal bagi Universiti Putra Malaysia (UPM). Selaras dengan ini, dua peranan utama Jabatan ialah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pengurusan klinikal dan menggalakkkan penyelidikan perubatan saintifik yang aktif serta menyediakan sistem pengurusan yang berkualiti dalam bidang perubatan am.

 

 

Objektif

 

Visi

Kami berhasrat menjadi antara pusat perkhidmatan yang anda inginkan untuk perubatan dalam negara.

Misi

Kami komited untuk menjadi responsif kepada keperluan perkhidmatan kesihatan masyarakat yang berbakti, melalui kecemerlangan dalam semua usaha kami tertumpu pada menyediakan cekap, bermutu tinggi, serta menyediakan perkhidmatan klinikal yang komprehensif dan menyeluruh dalam bidang perubatan am.


Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf penjagaan pesakit dengan bekerjasma sebagai satu pasukan, berhubung baik dengan pesakit, keluarga mereka serta masyarakat umum.


Kami berdedikasi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit-pesakit kami melalui pelan penjagaan peribadi dengan mengambil berat terhadap perbezaan budaya, bangsa dan agama dalam suasana kasih sayang, persefahaman dan kemesraan.


Kami berusaha menyediakan penyelidikan klinikal yang berkualiti cemerlang berkaitan punca dan penawar penyakit dalam pelbagai bidang perubatan. Kami menyumbang kepada cara hidup yang lebih sihat.

Piagam Pelanggan