JABATAN REHABILITASI

 Ketua Jabatan

 

Dr Saari bin. Mohamad Yatim

saari_myatim@moh.gov.my

1382

 

PENGENALAN

Unit Perubatan Rehabilitasi merupakan salah satu unit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang diwujudkan pada penghujung tahun 2007 dengan kehadiran Pakar Perubatan Rehabilitasi di Hospital Serdang. Unit ini diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi yang juga merangkap jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi.

Kakitangan-kakitangan lain di unit ini terdiri dari pegawai perubatan, juruteknik perubatan, kakitangan kejururawatan dan pembantu perawatan kesihatan. Kategori kakitangan yang pelbagai yang diwujudkan di unit ini akan membentuk satu pasukan rehabilitasi yang lengkap di dalam Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang sebelum ini hanya terdiri dari pegawai pemulihan perubatan/jurupulih anggota, pegawai pemulihan perubatan/jurupulih carakerja dan pembantu perawatan kesihatan.

Unit ini bersedia untuk menerima rujukan kes-kes yang memerlukan program rehabilitasi bersepadu dari semua klinik/hospital di Negeri Selangor. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan rehabilitasi secara berpasukan yang terkoordinasi yang dijalankan bersama kakitangan dari unit-unit pemulihan perubatan anggota dan pemulihan perubatan carakerja. Program rehabilitasi diperlukan khasnya oleh pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan kompleks yang memerlukan intervensi/rawatan lebih dari satu unit rehabilitasi/pemulihan.

Kumpulan pesakit ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang, pesakit amputee, pesakit yang mengidap sakit jantung atau selepas pembedahan jantung, pesakit dengan “neurological deficit” yang lain seperti pesakit stroke dan traumatic brain injury, serta pesakit kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Walaubagaimanapun memandangkan unit ini masih mempunyai bilangan anggota yang sangat terhad bidang perkhidmatan yang ditawarkan pada masa ini terpaksa dihadkan kepada beberapa masalah kesihatan sahaja.

 

Fungsi utama Pemulihan Carakerja adalah untuk memberi konsultasi, penilaian, rawatan pemulihan dan nasihat kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor atau pakar dan agensi lain supaya pesakit dapat menjalankan kehidupan seharian secara berdikari.

Aktiviti-Aktiviti Bagi Setiap Fungsi Utama Jabatan:

  • Menguatkan fungsi-fungsi anggota (to improve and maintain physical function).
  • Aktiviti-aktiviti kehidupan harian (activities of daily living).
  • Pemulihan domestik.
  • Penilaian dan latihan kognitif dan persepsi.
  • Penilaian dan latihan kerusi roda, alat-alat bantuan dan adaptasi.
  • Rawatan dengan menggunakan alat sokongan (‘Splint’).
  • Rawatan "pressure garment" atau "elastic compression bandage".
  • Kaunseling, nasihat dan pendidikan pesakit.
  • Penilaian dan latihan pekerjaan &Program kembali bekerja(“Return to Work Program”).
  • Pemulihan pemandu.(“Driver Rehabilitation”)
  • Program Pemulihan jantung
  • Program Pemulihan “Pulomonari”.
  • Pemulihan kanak-kanak bermasalah fizikal, mental dan psikososial (psikiatrik).

Pemulihan psikososial dan kesihatan mental(”Neurosis” sahaja).

 

 

Hari

8.00 – 1.00

Isnin

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP) 
- Program Rehabilitasi Harian (PLPP) 
- IDR CRP 
- Klinik Rehabilitasi Gener

Selasa

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Klinik Perubatan Rehabilitasi Neurorehabilitasi, Generik & Pediatrik Rehabilitasi

Rabu

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP) 
- Klinik Rehabilitasi Generik

Khamis

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi
- Klinik Rehabilitasi Amputee, Generik dan Musculoskeletal 
- Program Rehabilitasi Harian (PLPP)

Jumaat

- Rondaan wad Klinik Diabetic 
- Foot dan Wound Care, dan Klinik Generik

 

Hari

2.00 – 5.00 petang

Isnin

- “Journal Club”/Rondaan wad dan lihat kes rujukan (HSDG) 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP)- Re-assessment

Selasa

- Rondaan wad kes rujukan 
- IDR pesakit dalam 
- Penilaian pesakit baru untuk CRP

Rabu

- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP)- Re-assessment 
- Rondaan wad dan lihat kes rujukan (HSDG)

Khamis

- Program Chronic Pain 
- Penilaian pesakit baru untuk CRP GWR

Jumaat

- CME Jabatan /IDR CRP

 

Objektif

 

Visi

 Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital Serdang menyokong visi Hospital Serdang menjadi pusat cemerlang, di mana penyertaan perkhidmatan Pemulihan Perubatan Carakerja memainkan pengaruh yang dibanggakan untuk menyumbang ke arah kecemerlangan penjagaan kesihatan melalui kewajiban bersama kepada profesion, organisasi, institusi dan juga dedikasi kepada kebajikan dan maruah manusia.

Misi

 Memastikan perkhidmatan Pemulihan Carakerja diberi oleh kakitangan yang berkepakaran dan kompeten sejajar dengan perkembangan teknologi serta mengalakkan perlanjutan kepakaran klinikal dan mencapai kompetensi profesional yang tinggi untuk memastikan kualiti rawatan

Piagam Pelanggan

 

 

  • Last Modified: 21 September 2018.