change biru-default  change blue muda  change oren  change black

psikiatri

Pengenalan
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Serdang telah dimulakan sejak penghujung tahun 2008.Rasional diadakan perkhidmatan psikiatri di semua hospital dengan pakar adalah untuk memberi penekanan bahawa penyakit-penyakit psikiatri ialah suatu penyakit biologikal di mana disiplin psikiatri merupakan salah satu disiplin perubatan. Dengan itu,stigma terhadap penghidap penyakit mental dapat dikurangkan dan individu yang menghadapi masalah psikiatri tidak bertangguh dan melewatkan rawatan.
Tambahan pula, didapati empat daripada senarai sepuluh penyakit teratas dalam “Global Burden of Disease” yang dikemukakan oleh World Health Report 2001 adalah penyakit mental : iaitu Kemurungan, Schizofrenia, Bipolar Affective Disorder dan Penagihan Dadah serta Alkohol.
Jabatan ini sentiasa berazam memberi sumbangan dalam membendung fenomena ini.
Hospital Serdang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan yang bertarikh 3 Mac 2011 mengikut Akta Kesihatan Mental 2001.
Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan psikiatri dijalankan oleh seorang Pakar Psikiatri sahaja dengan bantuan gunasama daripada kakitangan Klinik Perubatan. Pada Mac 2010, perkhidmatan psikiatri diperkembangkan lagi dengan bantuan seorang pegawai perubatan. Jabatan ini semakin berkembang di mana sekarang di jalankan oleh 2 orang Pakar Psikiatri dan 2 orang Pegawai Perubatan. Terdapat seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang ditugaskan
bagi melancarkan perjalanan perkhidmatan ini.


Misi
Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi  serta sesuai bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Visi
Melahirkan satu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial di selatan Selangor.

Perkhidmatan Yang Disediakan

        Perkhidmatan Klinikal

  •             Perkhidmatan Pesakit Luar
  •             Perkhidmatan Pesakit Dalam (kemasukan sukarela dimasukkan ke wad perubatan)
  •             Perkhidmatan Psikiatri Liason (Rujukan dari Wad dan A&E HSDG)
  •             Perkhidmatan Klinik Lawatan (Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan Klinik Kesihatan Puchong)

Latihan, Penyelidikan dan Pengurusan Statistik

  •             Mengendalikan Latihan
  •             Menghadiri Latihan dalam Pekerjaan
  •             Menjalankan Penyelidikan
  •             Mengendalikan Statistik      

Pentadbiran

  •         Orientasi Pegawai Baru
  •         Edaran maklumat di Jabatan
  •         Mengendalikan Lembaga Perubatan atau PERKESO
Jumlah paparan: 7835

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif