change biru-default  change blue muda  change oren  change black

 

unit pulmonologi

Pengenalan
Perkhidmatan Unit Pulmonologi (Respiratori) Hospital Serdang bermula pada 1.11.11. Ianya adalah perkhidmatan baru di bawah Jabatan Perubatan Am. Unit Pulmonologi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pesakit luar dan dalam. Di Hospital Serdang, Pakar Pulmonologi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerja sebagai satu pasukan. Pesakit yang disyaki mengidap kanser paru-paru akan diberi keutamaan dan akan dikendalikan seberapa segera yang boleh. Unit ini juga adalah pusat latihan fellowship bidang pulmonologi di Malaysia. 

 

Misi
Unit Pulmonologi Hospital Serdang akan mencapai visinya melalui sistem pengurusan berkualiti yang memastikan pasukan yang profesional, komited dan penyayang.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berorientasikan masalah berkaitan penyakit paru-paru yang mengutamakan pelanggan yang berfokuskan kesejahteraan, berkesan, cekap dan tanpa sempadan.

 

Visi
Untuk mencapai tahap professional setinggi yang boleh dicapai di dalam pengendalian penyakit paru-paru melalui:

a) Penambahbaikan yang berterusan di dalam kualiti perkhidmatan melalui penilaian kritikal (critical evaluation) amalan perkhidmatan termasuk aspek diagnosa dan rawatan 

b) Penyelidikan ke atas sebab penyakit, pengurusan dan pencegahan penyakit paru-paru 

c) Memberikan perkhidmatan yang penyayang (compassionate) kepada pesakit

d) Menggalakkan peningkatan kebolehan, kepuasan professional dan kemajuan kerjaya kakitangan

e) Kesopanan dan homat-menghormati rakan sekerja

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

Unit Pulmonologi Hospital Serdang akan mencapai visinya melalui sistem pengurusan berkualiti yang memastikan pasukan yang profesional, komited dan penyayang.

Perkhidmatan Pesakit Luar

Klinik: Memberi perkhidmatan rundingcara melalui klinik-klinik berikut:    

  • Klinik Pulmonologi (asma, COPD, kanser paru-paru, lung fibrosis)
  • Klinik 'Sleep Medicine'
  • Klinik Tuberculosis
  • Klinik Bronkoskopi (di Unit Torasik Endoskopi)
  • Klinik 'nodule' (pada masa hadapan)
  • Klinik Pulmononary Hypertension (pada masa hadapan)
  • Klinik Transplan paru-paru (pada masa hadapan) 

Makmal Pulmonari Fisiologi: Memberi perkhidmatan ujian-ujian non-invasif seperti berikut: 

  • Spirometry
  • general respiratory function test (GRFT)
  • Bronchial provocation test (BPT)
  • Cardiopulmonary exercise testing (CPET)
  • Impulse Oscillometry (IOS)
  • Respiratory muscle strength

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit respiratori umum seperti asma, COPD, pneumonia dan tuberculosis. Pesakit kanser paru-paru akan dikendalikan bersama Jabatan Kardiotorasik, Institut Kanser Negara (IKN), Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi.

Menjalankan rawatan invasif pulmonologi seperti berikut:

  • rigid bronchoscopy
  • tumour debulking
  • airway dilatation
  • argon plasma coagulation (APC)
  • cryotherapy
  • transbronchial needle aspiration (TBNA)
  • airway stenting
  • topical mitomycin C
  • bronchoscopic lung volume reduction (BLVR)
  • medical thoracoscopy
  • rigid thoracoscopy
  • talc poudrage pleurodesis
  • endobronchial valve (EBV)
  • EBUS (endobronchial ultrasound)
  • bronchial thermoplasty

Unit Rawatan Harian

Menjalankan prosedur flexible bronchoscopy dan pleuroscopy. Unit Pulmonologi juga menggunakan Unit Rawatan Harian sebagai Klinik Bronkoskopi untuk menilai kes-kes yang dirujuk khusus untuk rawatan invasif intervensi pulmonologi.

 WAKTU OPERASI (AKTIVITI MINGGUAN) 

Hari

Masa

Aktiviti

Isnin

8.00 pg – 10.00 pg

2.00 ptg – 5.00 ptg

Mesyuarat multidisciplinary (MDT) bersama Jabatan Kardiotorasik, Radiologi dan PatologiKlinikTuberculosis

Selasa

9.00 pg – 11.00 pg

Unit rawatan harian/Klinik bronkoskopi

Rabu`

9.00 pg – 11.00 pg

2.00 ptg - 5.00 ptg

Unit rawatan harian/Klinik bronkoskopi

Klinik ‘Sleep medicine’

Khamis

9.00 pg – 2.00 ptg

4.00 ptg

Rigid bronchoscopy di Dewan Bedah

Journal Club

Jumaat

9.00 pg – 12.00 tgh

3.00 ptg

Klinik Pulmonologi

Grand ward round

 

Unit Pulmonologi mengadakan mesyuarat bersama IKN sebulan sekali di IKN untuk mengendalikan kes-kes kanser paru-paru.

Pakar Pulmonologi mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setiap minggu (Selasa petang) untuk mengendalikan kes-kes bronkoskopi/pleuroskopi.

  

Jumlah paparan: 1826