change biru-default  change blue muda  change oren  change black

sajian

 

Pengenalan
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah sebuah Jabatan sokongan klinikal di Hospital Serdang. Jabatan ini terletak bersebelahan Jabatan Farmasi di sayap Barat aras satu Hospital Serdang.
Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:

  •   Perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit.
  •   Perkhidmatan sajian yang mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized) sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Visi
Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian dengan mengamalkan pendekatan mengutamakan pesakit, perkongsian bijak, teknologi dan pengetahuan terkini.

Misi
Perkhidmatan Dietetik
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan dengan merujuk amalan berasaskan bukti serta menyumbang kepakaran yang ada.
  • Menyediakan perkhidmatan dan pendidikan berkualitu dalam bidang terapi pemakanan perubatan.
  • Mengendalikan kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian
Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha:

  • Menyedia dan menghidang makanan bersesuaian dengan keperluan pemakanan pesakit melalui proses sajian yang  telah dipiawaikan serta mengamalkan prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Membekalkan makanan kepada pesakit mengikut kehendak dan permintaan selari dengan keperluan pemakanan mereka.
  • Melaksanakan pengurusan kualiti menyeluruh berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan semasa.
  • Memberi penekanan kepada inovasi, pengetahuan dan teknologi terkini.


Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Pesakit Dalam:

  • Dietetik klinik pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.

Pesakit Luar:

  • Perkhidmatan Dietetik untuk pesakit luar dijalankan sebagai kesinambungan rawatan pemakanan selepas pesakit keluar dari hospital. Perkhidmatan dijalankan secara individu dan berkumpulan berdasarkan rujukan mengikut jadual  yang telah ditetapkan.
  • Jadual Klinik Pesakit Luar:

HARI

MASA

LOKASI

Isnin

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Selasa

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Selasa

2.00 pm – 5.00 pm

Klinik Diet

Rabu

8.00 am – 1.00 pm

Klinik Diet

Rabu (minggu pertama dan ketiga)

2.00 pm -5.00 pm

Klinik Nefrologi

Jumaat (minggu ketiga dan keempat)

8.00 pagi – 12.15 tengah hari

Klinik Diet

  •  
  • Jadual Kaunseling Berkumpulan

KELAS

HARI

MASA

LOKASI

Diabetes

Selasa
(Minggu pertama)

9.30 am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Hipertensi

Rabu
(Minggu ketiga)

9.30am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Renal

Isnin
(Minggu keempat)

9.30am – 10.00 am

Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 3

Program Rehabilitasi Jantung (1)

Isnin

9.00 am -9.45 am

Jabatan Rehabilitasi , Aras 2

Program Rehabilitasi Jantung (2)

Rabu

9.00 am -9.45 am

Jabatan Rehabilitasi , Aras 2

Antenatal

Khamis

10.00am – 10.15 am

Klinik O &G ,Aras 2

 

  • Perkhidmatan Dietetik Komuniti:

    Pegawai Dietetik juga memberikan perkhidmatan Dietetik klinikal pesakit luar di klinik kesihatan Salak  dan dijalankan 2 kali sebulan. Selain itu, Pegawai Dietetik juga mengendalikan Program Trim n Fit . Program ini merupakan program pengurusan berat badan yang diadakan untuk anggota Hospital Serdang yang mempunyai masalah berat badan. Pegawai dietetik juga terlibat secara aktif dalam program – program lain seperti kempen makan secara sihat, program penyusuan susu ibu  serta seminar atau forum awam yang anjurkan  di hospital ataupun agensi luar.

Perkhidmatan Sajian
Bekalan Makanan:

  • Perkhidmatan sajian  mengamalkan sistem perkhidmatan makanan berpusat (centralized)  sepenuhnya dan dikendalikan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan sajian menyediakan:

  • Diet normal dan teraputik kepada pesakit dalam, mother accompanying child (MAC) ,pesakit di pusat rawatan harian  dan Unit hemodialisis.
  • Bekalan makanan kepada anggota yang berkelayakan berdasarkan prosedur dan pekeliling yang dikeluarkan oleh  Kementerian Kesihatan.

Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan bekerjasama dengan syarikat kontraktor dalam merancang menu. Pihak Jabatan Dietetik Dan Sajian juga bertanggungjawab  memantau perkhidmatan sajian yang diberikan agar menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Bahan Makanan Kering, Medical Food dan Susu Formula Bayi

Perkhidmatan ini menyediakan:

  • Bekalan bahan makanan kering kepada jabatan yang layak
  • Produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik
  • Susu Formula bayi kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu  yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga 2  tahun.

 

 

 

Jumlah paparan: 3097

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif