change biru-default  change blue muda  change oren  change black

farmasi

Pengenalan
Jabatan Farmasi Hospital Serdang telah ditubuhkan dan dibuka bersama Hospital Serdang pada tahun 2005. Ia bertindak sebagai jabatan sokongan yang memainkan peranan penting terutamanya perolehan dan pembekalan bagi ubat dan peralatan perubatan pakaibuang kepada unit-unit dan pesakit. Ketika itu, unit asas yang memberikan perkhidmatan farmaseutikal adalah stor perubatan, farmasi pesakit dalam dan farmasi pesakit luar sahaja.
Bermula dengan fungsi asas profesion farmasi iaitu perolehan dan pembekalan ubat, Jabatan Farmasi terus berkembang bagi memenuhi keperluan dan permintaan semasa. Perkembangan ini merangkumi perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam dan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar. Memandangkan Hospital Serdang adalah hospital rujukan bagi disiplin Kardiologi dan Nefrologi,  tumpuan perkembangan Jabatan Farmasi juga seiring dengan perkembangan Hospital Serdang.
Kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam mempunyai tambahan 2 satelit farmasi di samping Farmasi Bekalan Wad bagi membekalkan ubat secara unit of use dan unit of dose. Perkhidmatan Farmasi Wad kini mencakupi 8 disiplin dan 25 wad.
Bagi perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Jabatan Farmasi kini berkembang dengan 2 satelit farmasi iaitu Satelit Farmasi Rawatan Harian dan Satelit Farmasi Kecemasan. Sehingga kini, perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar menyediakan 4 perkhidmatan ambulatori Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan 4 perkhidmatan tambah nilai (Value added services).
Jabatan Farmasi telah berjaya menerima pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia pada 12 Mei 2011 dan berjaya untuk mengekalkan pengiktirafan ini selama 3 tahun berturut-turut.

Misi
Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan kepada tahap integriti yang tinggi, profesionalisma, penyayang dan cemerlang.

Visi
Ke arah pusat kecemerlangan perkhidmatan farmasi berlandakan teknologi maklumat.
Perkhidmatan Yang Disediakan

Farmasi Pesakit Dalam

  •   Perkhidmatan pembekalan ubat
    •   unit of dose dan unit of use
    •   imprest (Dadah Berbahaya, after office hour, kecemasan)
  •     Perkhidmatan klinikal
    • Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan
    • Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan
    • Perkhidmatan klinikal farmakokinetik
    • Perkhidmatan farmasi wad
  • Perkhidmatan persediaan farmaseutika
    • Persediaan steril
    • Persediaan tidak steril
    • Persediaan galenikal
    • Pembungkusan ubat

Farmasi Klinik Pakar

  •  Perkhidmatan pendispensan ubat
  •  Perkhidmatan kaunseling
  •  Perkhidmatan pendidikan pesakit
  •  Medication Therapy Adherence Clinic (Warfarin, Diabetes mellitus, nefrology)
  •  Perkhidmatan pendispensan methadone
  •  Value-added services
    •  Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP) 1malaysia
    • E-Card (Kad Temujanji)
    • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)

Stor Perubatan

  • Perkhidmatan perolehan
  • Pembelian
  • Penyimpanan
  • Pembekalan

Makluman

Alternatif mengambil ubat di Jabatan Farmasi

  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    Kaedah pengambilan ubat yang membenarkan pesakit/waris mengambil ubat di hospital/klinik Kementerian Kesihatan Malaysia yang lain. Pengambilan ubat mestilah beserta surat daripada Jabatan Farmasi hospital/klinik asal.
  • Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia
    Ubat-ubat akan diposkan ke alamat yang diberikan oleh pesakit/waris. Caj pos akan dikenakan kepada pesakit, RM5(<500g) dan RM10 (>500g) ketika ubat dihantar ke rumah oleh Pos Malaysia. Hanya ubat-ubat yang tertentu dan boleh diposkan sahaja yang terlibat untuk Pos (UMP) 1Malaysia.
  • E-Card (Kad Temujanji)
    Pesakit/waris akan mengambil ubat pada tarikh temujanji yang dipersetujui. Tarikh temujanji ditentukan awal oleh pesakit/waris. Waktu pengambilan ubat adalah 7.30am-5.30pm di Farmasi Klinik Pakar atau di Farmasi Satelit Daycare.
  • E-MED (Telefon/SMS/E-mail & Ambil)
    Pesakit/waris harus membuat panggilan telefon 2 hari sebelum tarikh datang mengambil ubat. Kod E-Med akan diberi daripada pihak Jabatan Farmasi. Ubat akan disediakan lebih awal dan pesakit/waris akan dapat mengambil ubat lebih     cepat kerana ubat-ubat telah disediakan lebih awal. Pengambilan ubat semasa waktu pejabat adalah 7.30am – 5.30pm   di Farmasi Klinik Pakar. Pengambilan ubat selepas waktu pejabat, Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah di Satelit Farmasi Kecemasan.
             
    •  Telefon (03-89475270)
    •  SMS (013-2377357)
    •  E-mail ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Farmasi Klinik Pakar ditalian 03-89475270.

Jumlah paparan: 4899

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif