Visi
Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan menjadi pusat rawatan psiko-sosial yang mampu memantapkan jiwa pesakit agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan dan keupayaan diri supaya dapat kembali berfungsi dalam masyarakat.
Misi
Untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pesakit dan membantu mereka memenuhi keperluan sosial demi mewujudkan suasana yang kondusif.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Serdang ialah:
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada jabatan ini tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosio-ekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Setiap kes pesakit dalam yang dirujuk akan diambil tindakan awal dalam tempoh 24 jam hari bekerja.
Setiap kes pesakit luar atau yang dirujuk oleh agensi yang berkaitan akan diambil tindakan dalam masa 7 hari bekerja.