change biru-default  change blue muda  change oren  change black

patologi

Pengenalan
Jabatan Patologi Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan makmal diagnostik bagi Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Histopatologi, Sitologi dan Transfusi Perubatan. Semua perkhidmatan ini dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Total Hospital Information System (THIS) bermula sejak awal penubuhan Hospital Serdang.

Misi

  •  Mengutamakan peningkatan kualiti dan produktiviti dengan mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.
  •  Menggalakkan pembelajaran dan latihan berterusan bagi semua peringkat anggota.
  •  Menggunakan teknologi yang sedia ada yang bersesuaian secara optima.

Visi
Jabatan ini akan menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan diagnostik seiring dengan perkhidmatan kepakaran yang ditawarkan oleh Hospital Serdang melalui penggunaan teknologi terkini, konsep ‘networking’ dan kepuasan pelanggan.

Dasar Kualiti
Jabatan Patologi bertanggungjawab mengendalikan ujian-ujian makmal dengan menggunakan kaedah yang diiktiraf di peringkat global bersesuaian dengan Good Laboratory Practices dan mematuhi standard yang berlandaskan MS ISO 15189.
Adalah menjadi dasar organisasi kami untuk memberi keputusan makmal yang tepat dalam tempoh yang munasabah seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan Jabatan Patologi dan juga mengamalkan pengurusan kualiti berterusan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Patologi Kimia

  • Unit ini menyediakan perkhidmatan untuk ujian-ujian routine chemistry, ujian Therapeutic Drug Monitoring (TDM), ujian toksikologi dan urinalysis. Bagi ujian-ujian khas seperti tumor markers dan hormonal assays, spesimen pesakit dirujuk sama ada ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) atau Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Juga menerima permohonan ujian dari klinik kesihatan sekitar Hospital Serdang.

Hematologi

  • Ujian yang ditawarkan oleh Unit ini adalah ujian–ujian teras koagulasi (PT, INR, APTT, Fibrinogen, D-Dimer) dan haematologi (FBC, FBP, BMAT, Hb Analysis, G6PD, ESR, Retic) . Ujian sitogenetik, immunophenotyping dan hemostasis khas dihantar ke IMR, HKL dan PDN. Mulai Mac 2012, unit ini mula memberikan perkhidmatan kepakaran kepada Hospital Putrajaya dan semua klinik kesihatan yang berada dalam zon seliaan Hospital Serdang.

Mikrobiologi Perubatan

  • Ujian yang ditawarkan adalah ujian Bakteriologi, Mikologi, Parasitologi, Virologi dan Immunologi/serologi. Ujian yang tidak dijalankan di Hospital Serdang dihantar ke IPR, MKAK Sungai Buloh, IMR, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang. Unit ini juga menerima permohonan ujian-ujian dari klinik-klinik kesihatan di bawah seliaan.

Histopatologi

  •  Aktiviti utama Unit ini ialah menyokong dan menjalankan pendiagnosan penyakit berdasarkan pemeriksaan tisu bagi pesakit-pesakit di Hospital Serdang. Selain itu, ia juga menjadi sebuah makmal rujukan perkhidmatan pemeriksaan tisu bagi Hospital Ampang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya.

Sitologi

  • Sitopatologi ialah disiplin yang melibatkan kajian terhadap morfologi sel. Unit ini menawarkan perkhidmatan diagnostik bagi ujian Ginekologi iaitu Pap Smear, ujian Non-Ginekologi iaitu sputum, cecair badan seperti urin dan CSF, brushing dan washing dan ujian Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC). Juga menerima permohonan ujian dari Hospital Ampang, Putrajaya dan klinik-klinik kesihatan di daerah Sepang dan Hulu Langat.

 Perubatan Transfusi

  • Menjalankan ujian kumpulan darah, Coombs test, ujian saringan antibodi, ujian keserasian darah dan membekalkan darah serta/ atau produk darah kepada pesakit yang memerlukan di Hospital Serdang. Ujian identifikasi antibodi spesifik dihantar ke PDN. Unit ini bekerjasama dengan PDN untuk program derma darah
Jumlah paparan: 6975

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif