Jabatan Radiologi

Ketua Jabatan

Dr. Sharifah@Mastura Binti Syed Abu Bakar

radiologiserdang@moh.gov.my

sharifamas@moh.gov.my

1315

 

PENGENALAN

Jabatan Radiologi  Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan

diagnostik dan  intervensional radiologi untuk semua pesakit di Hospital Serdang dan juga rujukan dari fasiliti kesihatan kerajaan yang lain.

Jabatan mempraktikkan konsep “fim-less”dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Radiologi (RIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS) yang berintegrasi sepenuhnya dengan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu  (THIS)  Hospital Serdang.

 

Perkhidmatan Radiologi yang disediakan:

Radiology services provided:

 

Perkhidmatan Di Jabatan  :     

  1. Radiografi Am
  2. Digital OPG & CBCT
  3. Ultrasound
  4. Computed Tomography (CT)
  5. Magnetic Resonance Imaging ( MRI )
  6. Angiografi
  7. Mamografi
  8. Bone Densitometry
  9. Floroskopi
  10. Prosedur intervensional radiologi
  11. Prosedur “Image Guided “
  12. Intravenous Urography (IVU)

 

     Perkhidmatan Periferi:

  1. Perkhidmatan Mudah Gerak
  • Mudah Gerak Radiografi Am
  • Mudah Gerak Ultrasound
  • Mudah Gerak Floroskopi C-Arm
  1. Makmal Kardiak Invasif ( ICL )
  1. Rawatan Harian

Latihan dan Penyelidikan

  1. Latihan dalaman berterusan untuk wargakerja jabatan

 

  1. Pusat latihan untuk  Sarjana Perubatan  Radiologi

 

  1. Pusat latihan tempatan untuk   subkepakaran  bidang Cardiac Radiology , Musculoskeletal Radiology dan Uroradiology.

 

  1. Pusat latihan untuk Juru  X-Ray  bagi  pengkhususan   perawatan kesihatan kardiovaskular.

 

  1. Pusat latihan klinikal/ teknikal  untuk  pelatih dari institusi yang berkaitan.

 

  1. Latihan kepada pegawai perubatan dan paramedik  KKM dan UPM yang  menjalankan latihan sangkutan.

 

  1. Memberi galakan kepada penyelidikan.
 

Objektif

  1. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

 

  1. Mematuhi semua undang-undang, peraturan, piawaian dan garis panduan yang berkaitan.

 

  1. Menyediakan latihan berterusan untuk pembangunan modal insan serta menjalankan aktiviti peningkatan kualiti.

Visi

Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan intervensional  radiologi yang berkualiti  dengan penggunaan teknologi yang ada.

Misi

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti oleh wargakerja  yang profesional dengan mengamalkan prinsip budaya korporat.

Piagam Pelanggan

  1. Pesakit akan:
  • Dilayan dengan mesra, penuh hormat, cekap, selamat dan menjaga kerahsiaan pesakit.
  • Diberi penerangan mengenai pemeriksaan yang akan dijalankan serta mengamalkan perlindungan sinaran yang optima.

 

  1. Pemeriksaan “urgent” radiografi am mudah gerak di Zon Merah Jabatan Trauma dan Kecemasan akan dijalankan tidak melebihi 45 minit.

 

  1. Pemeriksaan radiologi kecemasan akan diberikan keutamaan.

 

 

 

  • Last Modified: 07 November 2018.