change biru-default  change blue muda  change oren  change black

unit kesihatan awam

Pengenalan
Unit Kesihatan Awam, Hospital Serdang telah ditubuhkan pada tahun 2008. Pada masa penubuhan ia mempunyai hanya satu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32. Pada tahun 2009 satu jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U36 dan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17 telah diluluskan. Sekarang, Unit Kesihatan Awam mempunyai 3 orang anggota yang bekerjasama untuk memastikan aktiviti – aktiviti Unit Kesihatan Awam di Hospital Serdang berjalan dengan lancar.

Visi
Memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti dari aspek aktiviti pencegahan dan pangawalan penyakit berjangkit melalui pelaksanaan undang-undang kesihatan awam.

Misi
Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai nilai etika professional untuk pesakit, pelawat dan warga kerja Hospital Serdang.

Objektif
> Merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dari pesakit kepada pesakit, pelawat dan warga kerja.
> Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor seperti Demam Denggi/ Demam Denggi Berdarah di hospital.
> Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di hospital.
> Merancang, menyelaras dan menilai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta – akta Kesihatan Awam di hospital.
> Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital.
> Merancang, menyusun dan menyelaras aktiviti bagi memastikan Hospital Serdang bebas daripada asap rokok melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
> Berkerjasama dengan Unit Kawalan Mutu Air Minum di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang untuk persampelan air minum.

Fungsi Unit Kesihatan Awam
> Menjalankan notifikasi semua kes penyakit-berjangkit melaui sistem enotifikasi .
> Pemantauan aktiviti kawalan LILATIN.
> Menjalankan pemeriksaan premis makanan.
> Menjalankan aktiviti penguatkuasaan kawasan larangan merokok di hospital.
> Pemantauan Kauliti Air Minum.
> Bekerjasama dengan Unit Pendidikan Kesihatan dalam mempromosi aktiviti Kesihatan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.
> Menyiasat semua aduan berkaitan dengan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam.

Aktiviti Untuk Fungsi Utama
1) Memastikan semua kes penyakit berjangkit dibuat notifikasi selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (2) Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
> Pemantauan notifikasi kes penyakit berjangkit.
> Membantu dalam siasatan awal kes penyakit berjangkit.
> Menyediakan laporan mingguan/bulanan/tahunan.
> Menjadi Ahli Jawatankuasa Kawalan Wabak Daerah.
> Menyiasat aduan mengenai punca kelewatan notifikasi.
2) Pemeriksaan Premis Aedes dan Kawalan Nyamuk
Untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di dalam kawasan hospital dan memantau aktiviti semburan kabus dan larvaciding.

> Menjalankan pemeriksaan premis aedes
> Menjalankan kajian ‘Mosquitoe Larvae Trapping Device’.
> Memantau aktiviti semburan kabus dan larvaciding.
> Menyiasat aduan berkaitan kawalan vektor.
3) Keselamatan dan Kualiti Makanan
> Memastikan makanan yang dimasak dan dijual di premis dan di dapur Hospital Serdang adalah bersih dan selamat untuk dimakan serta mematuhi standard yang ditetapkan.
> Pemeriksaan premis makanan / dapur.
> Mengambil sampel makanan untuk analisis mikrobiologi dan kimia
> Operasi penyitaan makanan yang menyalahi Akta Makanan 1983 dan Peraturan – peraturan Makanan 1985.
> Menyiasat aduan berkaitan makanan.
4) Penguatkuasaan Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
Penguatkuasaan dijalankan untuk memastikan tiada aktiviti merokok dalam kawasan hospital.
> Menjalankan operasi rokok seara rutin dan bersepadu melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran di kawasan Hospital.
> Mengeluarkan Notis Perintah Menghadiri ke Mahkamah dan kompaun.
> Menyediakan kertas siasatan, laporan, kertas pertuduhan dan saman bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.
> Menjalankan tugas pendakwaan di Mahkamah Majistret /Sesyen Sepang.
5) Kualiti Air Minum
Memantau kebersihan bekalan air di Hospital Serdang melalui persampelan air yang dilakukan oleh Unit Kawalan Mutu Air Minum dari Kesihatan Daerah Sepang. Menerima maklum balas tahap kualiti air mingguan/bulanan dan menyiasat aduan kualiti air yang berkaitan.
> Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti persampelan air minum dengan Unit Kawalan Mutu Air Minum, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.
> Mengumpul data dan maklumat mengenai kualiti air minum.
> Menyiasat dan melaporkan aduan berkaitan kualiti air.
> Memantau aktiviti mencuci tangki simpanan air di hospital.
6) Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Memastikan semua kemalangan tempat kerja,kejadian berbahaya dan penyakit pekerjaan yang berlaku dikalangan warga kerja dinotifikasi dan menjalankan siasatan .

Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

> Bertanggungjawab sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital Serdang.
> Memberi kesedaran tentang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di kalangan warga kerja
> Menjalankan audit tempat kerja dan menyediakan cadangan penambahbaikan.
> Menyiasat aduan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja

 

Jumlah paparan: 3695

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif