change biru-default  change blue muda  change oren  change black

unit penyeliaan

Pengenalan
Unit Penyeliaan berkedudukan di Aras 2, bangunan utama Hospital Serdang. Unit ini mula beroperasi pada 26hb Mei 2005 dan mempunyai kakitangan seramai lima (5) orang iaitu seorang Penolong Pegawai Perubatan U42,seorang Penolong Pegawai Perubatan U36 dan dibantu oleh tiga orang Pembantu Perawatan Kesihatan yang terdiri daripada gred U14,U12 dan gred U3. Unit Penyeliaan ini menyelia dua ketegori kakitangan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan .

Jumlah jawatan Penolong Pegawai Perubatan seramai 86 orang dan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang keseluruhannya . Jawatan yang telah di isi untuk Penolong Pegawai Perubatan seramai 64 orang dan jawatan yang di isi untuk Pembantu Perawatan Kesihatan seramai 198 orang . Seramai 21 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) mula bekerja pada 1hb Julai 2009 . Masih ada kekosongan seramai 19 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( sambilan ) untuk di isi. Seramai 18 orang PPP bertugas syif di Jabatan Kecemasan dan seramai 46 orang bertugas waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain .

Manakala PPK seramai 217 orang diletakan bekerja syif di wad dan bekerja di waktu pejabat di Klinik – Klinik Pakar dan jabatan lain.

Misi
Menyediakan sistem penyeliaan (Clinical supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta-akta,peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Visi
Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.secara berterusan .

Piagam Pelanggan
> Melakukan lawatan penyeliaan (Clinical Supervision) sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi setiap jabatan.
> Mengadakan Kursus,seminar atau bengkel bagi Pen.Pegawai.Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan sekurang- kurangnya 3 kali setahun.
> Memperbaharui sijil Pendaftaran Pen.Pegawai Perubatan (APC) sebelum 30 haribulan Mac setiap tahun.
> Sentiasa bekerjasama dengan jabatan/ unit yang berkaitan di Hospital Sungai Buloh secara profesional dengan meletakkan kepentingan perkhidmatan sebagai agenda          utama

Perkhidmatan Yang Disediakan
> Pengurusan sumber manusia.
> Urusan Keperluan anggota / Permohonan Perjawatan baru (ABM)
> Urusan penempatan
> Urusan Pengagihan anggota
> Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota.
> Pentadbiran
> Ketua Penyelia Hospital akan mengadakan mesyuarat unit Penyeliaan hospital sekurang-kurangnya 4 kali setahun dengan semua penyelia bagi membincangkan segala keperluan dan penambahbaikkan perkhidmatan.
> Menghadiri mesyuarat jabatan yang diarahkan.
> Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision )
> ’Standard Operating Procedure’ (SOP yang dikeluarkan oleh lembaga pembantu perubatan mengikut aktiviti )
> Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.
> Mematuhi prosidur kawalan jangkitan.
> Penyeliaan perkhidmatan ambulan
> Prehospital care 1.11.Intra/inter fasiliti
> Liputan perubatan (Medical standby)
> Pematuhan akta dan peraturan
> Memastikan akta-akta (akta 180 Pembantu Perubatan dan peraturan 1979 serta akta perubatan 1971), bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.
> Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
> Mematuhi kod etika pembantu perubatan.
> Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikuti senarai tugas yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
> Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (Contoh Pembaharuan          APC – ’Anual Practising Certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan
> Pengurusan latihan.
> Orientasi anggota baru
> Merancang latihan bagi anggota
> Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota
> Menyediakan laporan latihan di hadiri oleh anggota
> Mengurus buku log latihan dan buku CPD anggota
> Tugas atas panggilan. Penolong Pegawai Perubatan U42/U36/U32 bertugas atas panggilan bagi melakukan rondaan penyeliaan setiap hari mengikut jadual yang telah          ditetapkan dan pada bila-bila masa diperlukan seperti jika berlaku kecemasan/bencana dan lain lain lagi.

 

Jumlah paparan: 3910

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif