change biru-default  change blue muda  change oren  change black

unit psikologi

Pengenalan
Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan pada tahun 2005 di Hospital Serdang. Unit ini berada di bawah perkhidmatan Sokongan Klinikal hospital.

2 orang Pegawai Psikologi sedang menawarkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang. Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kaunseling dalam membantu klien menangani cabaran hidup. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling adalah perlu bagi menghasilkan perkhidmatan yang efektif serta profesional.

Untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi kaunseling di Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang, klien perlu mendpatkan surat rujukan daripada doktor (klinik/hospital kerajaan) terlebih dahulu. Seterusnya, surat rujukan tersebut diserahkan kepada Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Serdang dan tarikh temujanji akan diberikan. Sesi bersama klien adalah berdasarkan temujanji sahaja.

Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling, Pegawai Psikologi akan menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi serta kaunseling dalam membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang efektif serta profesional.

Visi
Menjana Kecemerlangan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Yang Profesional

Misi
Unit Psikologi dan Kaunseling menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang:

  • Responsif dan prihatin terhadap pelanggan;
  • Dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia;
  • Digunakan intervensi yang bersesuaian berfokuskan pendekatan kemanusiaan;
  • Ditambahbaik perkhidmatan psikologi dan kaunseling dengan proses penyelidikan serta inovasi yang bersesuaian.

Piagam Pelanggan
> Menerima klien yang datang bersama surat rujukan daripada Pegawai Perubatan tanpa mengira latar belakang serta status ekonomi.
> Maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
> Memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan berkualiti kepada klien (pesakit serta ahli keluarga pesakit, staf hospital dan ahli keluarga staf)
> Menjalankan sesi intervensi psikologi dan kaunseling INDIVIDU sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi).
> Merahsiakan maklumat yang diberikan klien selagi ianya tidak membahayakan nyawa klien atau individu lain.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Jenis Perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang disediakan
> Kaunseling Kanak-kanak
> Kaunseling Remaja
> Kaunseling Individu
> Kaunseling Keluarga
> Kaunseling Kelompok
> Intervensi Krisis
> Kaunseling Perkahwinan
> Kaunseling Motivasi
> Ujian Psikologi / Psikometrik

Jenis isu yang dibantu
> Masalah Interpersonal
> Masalah Remaja
> Masalah Keluarga
> Mangsa Rogol dan Penderaan
> Masalah Emosi / Perasaan
> Masalah Rendah Keyakinan Diri
> Perubahan Emosi akibat penyakit
> Tekanan Ditempat Kerja
> Tidak Boleh Terima Keadaan Penyakit
> Tidak Boleh Ubah Tingkahlaku Negatif

Jadual Tugasan
(Sesi Berdasarkan Temujanji Sahaja)

Anggaran MasaTugasan
8.00 pagi – 9.00 pagi

Briefing dan pengurusan pejabat

9.00 pagi – 10.00 pagi

Sesi kaunseling pesakit dalam/luar

10.15 pagi – 11.15 pagi

Sesi kaunseling pesakit dalam/luar

11.30 pagi – 12.30 petang

Sesi kaunseling pesakit dalam/luar

12.30 petang – 1.00 petang

Pengurusan pejabat

2.00 petang – 3.00 petang

Sesi kaunseling pesakit dalam/luar

3.15 petang – 4.15 petang

Sesi kaunseling pesakit dalam/luar

4.30 petang – 5.00 petang

Sesi kaunseling pesakit dalam/pengurusan pejabat sahaja

 

Waktu Operasi Unit Psikologi dan Kaunseling

HariWaktu BekerjaRehat
Isnin - Khamis

8.00 pg – 1.00 ptg

2.00 ptg – 5.00 ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

Jumaat

8.00 pg – 12.15 ptg

2.45 ptg – 5.00 ptg

12.15 – 2.45 ptg

Sabtu/Ahad/Cuti Umum/
Hari Kelepasan Am

Tutup

 

Jumlah paparan: 4189

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif