Jabatan Obstetrik & Ginekologi

KETUA JABATAN

 

Dr Zainab binti Yahaya

dr.zainab@moh.gov.my

1996

 

PENGENALAN

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu-ibu mengandung,kelahiran bayi,rawatan asas bayi-bayi baru lahir dan juga pesakit-pesakit ginekologi. Jabatan ini mula beroperasi semenjak 25hb.November 2005 , dimulakan dengan perkhidmatan asas sehingga kini sudah diperkembangkan perkhidmatan ke arah rawatan tertiari dengan adanya jaringan perkhidmatan subkepakaran Maternal-Fetal ,Uro ginekologi, Reproduktif dan Gine Onkologi dengan adanya perkhidmatan pakar-pakar subkepakaran dari Hospital Kelang,Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang.

Kerjasama dengan Jabatan O&G Universiti Putra Malaysia ( UPM ) juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan, ditambah lagi dengan perkhidmatan subkepakaran yang disediakan seperti Reproduktif ( Untuk kes-kes ‘ Infertility’ ) dan Maternal Fetal.

Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi tiga daerah dalam Negeri Selangor iaitu Petaling , Sepang dan Hulu Langat dengan penduduk yang berjumlah 2 million . Jabatan juga menerima banyak rujukan-rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta dari luar kawasan liputan seperti Putrajaya,Nilai,Shah Alam,Petaling Jaya,Cheras,dan lain-lain kawasan dari Lembah Kelang.

Peruntukan dan penyediaan perkhidmatan kami adalah selaras dengan pekeliling perbendaharaan bil.11 tahun 1988 dan perlembagaan memberi kuasa kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi, Akta Perubatan (1971), Akta Racun (1952), dan Fees Ordinance ( 1982 ). Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan O&G yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan,efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih,menggunakan kaedah prosedur terkini, peralatan yang cukup dan dipercayai dengan kaedah pemantaun berterusan juga dalam keadaan sekitaran yang kondusif bersesuaian dan mengikuti piawaian standard Kebangsaan dan Antarabangsa , berlandaskan polisi , standard proses kerja dan Garis panduan Jabatan.

Sehingga kini Jabatan sudah beroperasi selama 6 tahun dan adalah salah satu penyumbang terbesar bilangan pesakit hospital ini. Kelahiran saban tahun meningkat sebanyak 10-20%. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran seramai 9920 bayi dengan kelahiran 30-40 bayi sehari dan hampir 900 bayi lahir sebulan.

 

PERKHIDMATAN JABATAN OBSTETRIK

1.RAWATAN PESAKIT LUAR DI KLINIK PAKAR :

  1. Antenatal
  2. Postnatal
  3. Ginekologi
  4. ‘Detailed’ Ultrasound
  5. Klinik ‘Maternal Fetal’
  6. Rawatan Harian Obstetrik
  7. Klinik ‘Combined’
  8. Klinik ‘Prepregnancy’
  9. Klinik ‘Wellness’
  10. Klinik Kolposkopi
  11. Klinik Histeroskopi

2.‘Patient Admission Centre’ (PAC)
3.Panggilan Ambulan untuk kes Materniti
4.Rawatan Pesakit Dalam :

  1. Rawatan Bersalin
  2. Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi.
  3. Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi.
  4. ‘External Cephalic Version’ ( ECV )
  5. Pengumpulan darah tali pusat untuk ‘Cord Blood Stem Cell ‘
  6. Wad Obstetrik ( 5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan PostNatal )
  7. Wad Ginekologi ( 6B)
  8. Wad 8B ( Kelas pertama )

5.Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
6.Pembedahan Harian Ginekologi
7.Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
8.Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan.
9.Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan.
10.Rujukan ’Interdepartmental’
11.Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
12.Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/Perancangan Keluarga.

KEMUDAHAN JABATAN OBSTETRIK

Lokasi : Klinik Pakar

Bilik / Kawasan :

Ruang Penilaian Jururawat

Makmal ((Pemeriksaan Air Kencing)

Pejabat

Bilik Fail

Bilik rundingan (8)

Bilik prosedur (1)

Bilik Rawatan( 1)

Bilik Ultrasound

Rawatan Harian Obstetrik

Bilik Laktasi

Ruang Menunggu ( 2)

Bilik Pendidikan Kesihatan

 Peralatan :

Mesin ultrasound

Mesin CTG

Kolposkopi

Histeroskopi

Pesakit luar dan rawatan harian :

Isnin - Jumaat; 8 pg - 5 ptg

Pesakit dalam :

24 jam setiap hari

 

Objektif

 

Visi

  • Jabatan Kardiologi Hospital Serdang akan menjadi pusat kecemerlangan  dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan kardiologi yang mengutamakan pelanggan.

Misi

  • Jabatan Kardiologi Hospital Serdang akan mencapai misinya melalui sistem pengurusan kualiti yang memastikan pasukan yang profesional, komited dan penyayang.
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan berorientasikan masalah berkaitan penyakit jantung yang mengutamakan pelanggan yang berfokuskan kesejahteraan, berkesan, cekap dan tanpa sempadan.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekapdan berkualiti oleh staf yang mahir.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra,bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur dan rawatan termasuk risiko dan pilihan lain.
  • Memastikan setiap pelanggan akan diberi “privacy” dan jaminan bahawa maruah akan terpelihara semasa menerima rawatan.
  • Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang

 

 

  • Last Modified: 12 Disember 2018.