change biru-default  change blue muda  change oren  change black

Pediatrik

Pengenalan
Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan peakit luar di klinik pakar kanak-kanak ( outpatient ) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik ( Pembedahan Jantung ), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.

Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

Visi
Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Misi

  • Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit kanak-kanak dengan penggunaan teknologi yang sesuai dan berasaskan kepada hasil penyelidikan perubatan (evidence-based-medicine) dengan memberikan penekanan pada aspek kekeluargaan dan sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dalam persekitaran dinamik yang mempromosikan pembelajaran berterusan untuk semua kakitangan perubatan dan meyokong, serta menjaga satu sama lain bagi menghasilkan satu suasana persekitaran yang penuh rasa hormat -menghormati dan persefahaman.

Objektif

  • Memberi khidmat perawatan di bidang Perubatan Pediatrik yang berkualiti tinggi dan menyeluruh (Comprehensive Care) yang merangkumi aspek penggalakkan, pencegahan, diagnostik, penyembuhan dan pemulihan

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Jabatan Pediatrik menerima pesakit yang dirujuk daripada Jabtan Kecemasan Pusat Kesihatan berhampiran, hospitak-hospital lain, klinik dan juga Hospital swasta. Liputan utama perkhidmatan juga termasuk kawasan-kawasan lain di Lembah Klang.
  • Kami juga merupakan pusat rujukan pesakit jantung dan paru-paru kanak-kanak untuk Zon Tengah, maka kami menerima rujukan kes-kes daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah:

1    RAWATAN PESAKIT LUAR

      1.1 Klinik Pakar Kanak-kanak General

      1.2 Klinik Pakar Kanak-kanak Subkepakaran Kardiologi, Respiratori, Endokrinologi, Immunologi dan Penyakit berjangkit

Klinik Pesakit Luar Kanak-kanak berada di aras 2. Menyediakan perkhidmatan perawatan kes-kes baru dan perawatan susulan.

Waktu Operasi Klinik Pakar Kanak-kanak

 

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin

General (Developmental)
Cardiology
Dietetik

General
 Bereavement (1st and 3rd week)

Selasa General (Neurology)
Allergy and Immunology
Infectious disease (1st and 3rd week)
 Endocrine(4th week)
General
Rabu General (Respiratory)
Respiratory
Cardiology
 Endocrine(4td week)
General
Khamis General (Nephrology)
Cardiology

General

Respiratory-Sleep

ELBW

Jumaat General (Thalassemia)
SCAN

General

        1.3 Rawatan Harian ( Daycare )

Waktu Operasi Perkhidmatan Pediatrik Unit Rawatan Harian

 

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin - -
Selasa

Pemberian sedasi dan persediaan untuk prosedur radiologi seperti CT Scan, MRI, dan MCUG.

Klinik susulan pesakit  ambulatori pediatrik respiratori yang menggunakan Home oxyge terapi, non invasive and invasive Home Ventilation programme. 

Pemberian sedasi dan persediaan untuk prosedur radiologi seperti CT Scan, MRI, dan MCUG. 

 

Rabu - -
Khamis

Rawatan transfusi darah pesakit Thalassemia.

Pemberian sedasi dan  persediaan untuk prosedur radiologi seperti CT Scan, MRI, dan MCUG.

Rawatan transfusi darah pesakit Thalassemia.

Pemberian sedasi dan  persediaan untuk prosedur radiologi seperti CT Scan, MRI, dan MCUG.

Jumaat Rawatan transfusi darah pesakit Thalassemia. Rawatan transfusi darah pesakit Thalassemia.

         1.4 Rawatan Kecemasan (Paediatric Emergency) : Memberi perkhidmatan rawatan kecemasan dan resusitasi kanak-kanak di bilik kecemasan.

         1.5 Rawatan One  Stop Crisis (OSCC) dan Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan

2.    RAWATAN PESAKIT DALAM

3.    PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN PEDIATRIK KARDIOLOGI

4.    PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN PEDIATRIK RESPIRATORI

5.    RAWATAN SUSULAN KOMONITI

6.    SEKOLAH DALAM HOSPITAL

7.    LATIHAN

Galeri

Jumlah paparan: 13426

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif