change biru-default  change blue muda  change oren  change black

Pergigian Pediatrik

Pengenalan
Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Serdang diwujudkan dalam tahun 2007 bagi mengendalikan dengan lebih baik perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang telah dimulakan semenjak pertengahan tahun 2006.
Pergigian Pediatrik adalah cabang kepakaran di bidang pergigian yang menumpu kepada segala aspek penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak daripada peringkat bayi hinggalah peringkat umur 16 tahun. Kanak-kanak istimewa dan yang bermasalah perubatan merupakan golongan yang menjadi keutamaan dalam perkhidmatan ini.
Jabatan ini menyediakan Klinik Pergigian Pediatrik sebagai klinik pesakit luar pakar yang beroperasi hampir setiap hari menggunakan kemudahan bersama sedia ada Klinik Pembedahan Mulut. Perundingan dan pelbagai jenis rawatan dilaksanakan di klinik ini. Di samping itu pesakit-pesakit dalam wad yang dirujuk juga akan menerima rawatan yang diperlukan. Bagi kes yang tertentu, rawatan dijalankan di Unit Rawatan Harian dan di dewan bedah.
Pendekatan menyeluruh adalah konsep yang diamalkan perkhidmatan ini di mana rawatan komprehensif diberikan dan diikuti dengan lawatan susulan yang berterusan. Oleh yang demikian diharap agar sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian dapat disemai di kalangan pesakit kanak-kanak ini.

Misi
Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui perkhidmatan kepakaran pergigian yang mudah dicapai dan berkesan, di samping memupuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan daripada peringkat kanak-kanak.

Visi
Melahirkan kanak-kanak sebagai individu yang sihat menyeluruh bersandarkan kepada kesihatan pergigian yang optimum melalui perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang cemerlang.

Waktu Operasi

 

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin

-Kes Dewan Bedah (Rawatan Harian)

Temujanji Rawatan Susulan
Selasa

-Kes Dewan Bedah Utama (Pesakit di Wad)

-Temujanji Rawatan Susulan
Rabu -Perundingan Rujukan Baru -Temujanji Rawatan Susulan
Khamis -Perundingan Rujukan Baru -Temujanji Rawatan Susulan
Jumaat

-Temujanji Rawatan Susulan (8.00pagi-12.15tgh)

-Temujanji Rawatan Susulan (2.45ptg-5.00ptg)

Jumlah paparan: 7808

 

Hakcipta © 2014 Hospital Serdang. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Hospital Serdang tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

 

Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : | Faks : +603-8947 5050 | Peta : klik di sini
Emel : hsdg@moh.gov.my

 

Kemaskini Terkini : 23-02-2015 10:00
Paparan Terbaik : Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024.

Laman web ini adalah Mobil Responsif