Pengenalan

Hospital Serdang terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat. Pembinaan hospital ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang 570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Hospital Serdang merupakan hospital kerajaan yang beroperasi berkonsepkan persekitaran teknologi maklumat iaitu 'Sistem Maklumat Hospital Bersepadu' (THIS). Disamping itu, ia adalah sebuah hospital rujukan yang mempunyai 620 katil yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang terkini serta ia mengandungi 'Specialist Secondary Unit dan Tertiary Levels of Care'. Hospital ini selain daripada memberi khidmat perubatan dan rawatan mengikut keperluan semasa untuk pesakit dalaman dan luaran, ia juga merupakan 'teaching hospital' bagi pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM).


T.H.I.S


A hospital information system (HIS) is a comprehensive, integrated information system designed to manage the administrative, financial and clinical aspects of a hospital. As an area of medical informatics the aim of an HIS is to achieve the best possible support of patient care and administration by electronic data processing.


Ciri-Ciri Bangunan


Hospital Serdang adalah hospital yang pertama di Malaysia yang menggunakan penyalutan aluminium yang menjadikannya menarik dipandang dan bersinar serta dikelilingi taman yang menghijau seluas 45 ekar. Hospital ini berkeluasan 129,000 meter persegi dan menggunakan Logi Penyejukan Ais Tenaga Haba yang direka untuk mengurangkan kos elektrik. Sistem ini menggunakan tiga penyejuk asas dan dua penyejuk air garam, serta dua tangki penyimpan ais yang mempunyai jumlah kapasiti 400 meter padu. Penyejuk air garam ini mengeluarkan ais semasa waktu kos penggunaan rendah (9.00 malam hingga 9.00 pagi) yang kemudiannya digunakan untuk penyejukan bangunan hospital pada siang hari. Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada hospital ini adalah :


          * Steel Structure ( 6100 Tonnage )

              a) Modular OT - i) Interior Design Of Highest International Calibre & Malaysian Origin Recollection
                                            ii) Roof Top Garden (5 acres of the 41 acres landscape total area)
                                            iii) Application Of Autoclave Light Concrete Block (ALC)

                  Ia juga dibina bukan sahaja untuk memenuhi keperluan-keperluan masa kini, malah ia juga dilaksanakan supaya bersifat fleksibel untuk perubahan 
                  masa depan.

  • Last Modified: 12 Julai 2018.