Pengenalan

Hospital Serdang terletak di Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.
Lokasinya bersempadanan dengan South Kajang Valley Expressway (SKVE) di sebelah timur
dan Fakulti Perubatan UPM di sebelah barat.
Pembinaan hospital ini adalah untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih kurang
570,000 penduduk di kawasan Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Hospital Serdang merupakan hospital kerajaan yang beroperasi berkonsepkan persekitaran
teknologi maklumat iaitu 'Sistem Maklumat Hospital Bersepadu' (THIS).
Disamping itu, ia adalah sebuah hospital rujukan yang mempunyai 620 katil yang dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan yang terkini serta ia mengandungi 'Specialist Secondary Unit dan
Tertiary Levels of Care'. Hospital ini selain daripada memberi khidmat perubatan dan rawatan
mengikut keperluan semasa untuk pesakit dalaman dan luaran, ia juga merupakan 'teaching hospital'
bagi pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM).


T.H.I.S
A hospital information system (HIS) is a comprehensive, integrated information system designed
to manage the administrative, financial and clinical aspects of a hospital. As an area of medical
informatics the aim of an HIS is to achieve the best possible support of patient care and
administration by electronic data processing.


Ciri-Ciri Bangunan
Hospital Serdang adalah hospital yang pertama di Malaysia yang menggunakan penyalutan aluminium
yang menjadikannya menarik dipandang dan bersinar serta dikelilingi taman yang menghijau seluas 45 ekar.
Hospital ini berkeluasan 129,000 meter persegi dan menggunakan Logi Penyejukan Ais Tenaga Haba
yang direka untuk mengurangkan kos elektrik.
Sistem ini menggunakan tiga penyejuk asas dan dua penyejuk air garam, serta dua tangki penyimpan
ais yang mempunyai jumlah kapasiti 400 meter padu. Penyejuk air garam ini mengeluarkan ais semasa
waktu kos penggunaan rendah (9.00 malam hingga 9.00 pagi) yang kemudiannya digunakan untuk
penyejukan bangunan hospital pada siang hari.
Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada hospital ini adalah


Steel Structure ( 6100 Tonnage )


Modular OT
Interior Design Of Highest International Calibre & Malaysian Origin Recollection
Roof Top Garden (5 acres of the 41 acres landscape total area)
Application Of Autoclave Light Concrete Block (ALC)
Ia juga dibina bukan sahaja untuk memenuhi keperluan-keperluan masa kini, malah ia
juga dilaksanakan supaya bersifat fleksibel untuk perubahan masa depan.