Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Hospital Serdang.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Hospital Serdang kerana telah berjaya membangunkan portal ini. Tujuan pembangunan portal ini adalah untuk memperkenalkan kepada orang awam mengenai perkhidmatan yang ada di Hospital Serdang. Dalam pada masa yang sama, portal rasmi ini juga dapat membantu orang awam untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang terkini mengenai kempen penjagaan kesihatan yang di tawarkan di Hospital Serdang.

Langkah ini selaras dengan ungkapan “KAMI SEDIA MEMBANTU” yang jelas menunjukkan komitmen dan usaha Hospital Serdang untuk membantu orang awam meningkatkan mutu penjagaan kesihatan kendiri.

Harapan saya semoga segala informasi dan maklumat yang ada di dalam portal ini dapat membantu memberi manfaat kepada semua. Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Serdang.

 

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PENYAYANG, PROFESIONALISME DAN KERJA BERPASUKAN ADALAH BUDAYA KERJA KITA"

 

DR ROHANA BINTI JOHAN
Pengarah Hospital Serdang

  • Last Modified: 07 November 2018.