Piagam Pelanggan

  • Dilayan mengikut kemampuan dan keupayaan hospital tanpa mengambil kira umur, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
  • Diberi layanan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, mesra, jujur dan ikhlas.
  • Warga emas, kanak-kanak dan OKU akan diberi keutamaan.
  • Kehormatan pesakit sentiasa dijamin dan maklumat rawatan akan dirahsiakan selagi ia tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  • Memberi akuan penerimaan secara bertulis kepada pengadu dalam tempoh (1) hari bekerja selepas aduan diterima.

 

JABATAN KECEMASAN

  • Kes Kritikal (ZON MERAH) - serta merta.
  • Kes Separa Kritikal (ZON KUNING) - dalam masa 30 minit.

 

KEBERKESANAN

  • Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:
  • Mematuhi segala peraturan dan polisi hospital.
  • Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Ketua Jabatan atau Penyelia yang bertugas.
  • Last Modified: 21 September 2018.