Hospital Mesra Ibadah

  

                       

HOSPITAL MESRA IBADAH HOSPITAL SERDANG

 

PENDAHULUAN

 

Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan satu konsep yang digunakan dalam pengurusan hospital untuk mencapai nilai-nilai kecemerlangan dan jati diri pada kakitangan hospital serta memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan dan penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan. Hospital Mesra Ibadah bertujuan untuk memberi kesedaran melalui pendidikan pesakit dan keluarga supaya sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Program ini mula dilancarkan di Hospital Serdang pada tahun 2014. Hospital Mesra Ibadah selepas ini disebut HMI yang mana menekankan konsep sakit bukan alasan dan halangan di dalam membuat kerja-kerja bersangkutan dengan ibadah. Begitu juga dengan perkara-perkara yang memerlukan pandangan Islam di dalam isu fiqh perubatan kontemporari yang berkaitan dengan bioteknologi perubatan seperti euthanasia, menderma atau menerima organ dan sumber ubat yang dihasilkan daripada  porcine (babi) dan sebagainya.

 

            “Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu”  (al-Taghabun:16)

 

            Firman di atas membuktikan  bahawa ibadah wajib  dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan.  Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu.  Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.  Panduan beribadah ketika sakit didedahkan dengan sempurna dan pada masa yang sama bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya.  Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.

 

MISI

Menjadikan esok lebih baik dari hari ini.

 

VISI

Berusaha  mengintegrasikan rawatan fizikal, psikiologi, mental dan rohani

 

 

HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

 

Satu konsep telah diperkenalkan iaitu Hospital Mesra Ibadah.  Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI :

  1. Pengamal Perubatan
  2. Latihan–latihan
  3. Persekitaran
  4. Perkakasan untuk membantu pesakit
  5. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit)
  6. Keperluan yang istimewa

 

 

Elemen Pertama (Pengamal Perubatan)

Pentadbiran dan Pengamal Perubatan yang juga merupakan asas terpenting dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada konsep HMI.  Usaha-usaha yang perlu dilakukan melalui elemen ini hendaklah dimantapkan dengan aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada seluruh peringkat organisasi sehinggalah kepada pesakit.  Faktor dalam menjayakan HMI perlu difokuskan kepada perubahan yang dilakukan ke atas setiap lapisan pekerja.  Perubahan ini hendaklah dilakukan secara menyeluruh dengan unsur-unsur keimanan, amalan, pemikiran dan kebersihan hati setiap pekerja yang mengamalkan konsep HMI.

 

Elemen Kedua (Latihan)

Latihan yang berterusan oleh pengamal perubatan muslim seperti konvensyen kebangsaan HMI dan seminar/latihan dalaman dan luaran yang meletakkan pengisian rohani sebagai teras.

 

Elemen Ketiga (Persekitaran)

Menekankan amalan-amalan yang perlu dijadikan rutin oleh pengamal perubatan seperti pengisian kerohanian, salam, selawat, doa, ceramah, tazkirah, poster, risalah dan jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit melakukan ibadah seperti contoh solat berjemaah bersama ahli kaluarga. Mewujudkan persekitaran dan suasana HMI di dalam institusi perubatan.  Solat fardhu dilakukan secara berjemaah bersama-sama dengan pesakit disamping kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran, bauan aromaterapim hiasan dan poster serta ketersediaan kitab-kitab doa, hadith dan Al-Quran di setiap katil pesakit.

 

Elemen Keempat (Perkakasan Untuk Membantu Pesakit)

Peralatan.  Tikar solat, sinki mudah-alih, pek tayammum, kain dan telekung serta alat bantuan yang kreatif untuk membantu pesakit melakukan ibadah disediakan dengan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

 

Elemen Kelima (Hak Pesakit dan Persendirian (Sulit))/ Keperluan Yang Istimewa.

Kemudahan HMI termasuklah mewujudkan Unit Hal Ehwal Islam yang menguruskan hal ehwal HMI disamping menjadikan tempat rujukan dan nasihat yang melibatkan hukum dan fatwa.  Khidmat kaunseling pesakit dan staf juga disediakan selain daripada kemudahan pengurusan jenazah dan audit islam dalam pergerakan/fungsi institusi perubatan  seperti prosedur atau kebebasan  memilih rawatan.

 

 

PERLAKSANAAN PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI)

 

  1. Penubuhan Ahli Jawatankuasa di Peringkat Hospital

Pengerusi

:

Pengarah Hospital

Setiausaha

:

Pegawai Agama Hospital

Ahlijawatankuasa

:

Timbalan Pengarah (Perubatan)

 

:

Timbalan Pengarah (Pengurusan)

 

:

Pegawai Pendidikan Pesakit

 

:

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

 

:

Ketua Penyelia Hospital

 

:

Ketua Penyelia Jururawat Hospital

 

:

Wakil Sukarelawan Hospital (pelbagai agama)

 

:

Ketua Unit Kualiti

 

 

  1. KPI/Pengukur Pencapaian

2.1

Orientasi Pesakit di Wad

 

 

-       Memaklumkan arah kiblat

 

-       Memaklumkan peralatan dan surau serta perkhidmatan HMI kepada pesakit berbangsa Islam

 

 

2.2

Latihan kepada semua lapisan kakitangan yang terlibat (‘Sokongan Rohani Kepada Pesakit’)

 

 

2.3

Kajian Kepuasan Pelanggan “Sokongan Rohani Kepada Pesakit’

 

 

  1. Aktiviti – Aktiviti / Polisi  dalam program HMI

3.1

Doa - doa

 

 

-       Doa Harian

 

 

-       Doa pada setiap pertukaran syif jururawat

 

 

-       Doa pesakit sedang nazak/resusitasi

 

 

-       Doa pesakit menjalani pembedahan

 

 

-       Doa menziarahi pesakit

 

 

-       Doa di dewan bersalin/panduan azan/iqamah

 

 

 

3.2

Polisi/Poster

 

 

-       Adab menziarahi pesakit

 

 

-       7 perkara kerja sebagai ibadah

 

 

-       Waktu solat (pengumuman dibuat melalui system pembesar suara hospital)

 

-       Panduan pakaian semasa menziarahi pesakit di hospital

 

-       Panduan solat pesakit

 

 

-       Doa - doa

 

 

 

 

3.3

Latihan/Bengkel

 

 

-       Bengkel ‘Sokongan Rohani kepada Pesakit’ kepada semua staf hospital.

 

-       Bengkel Pengurusan Jenazah

 

 

-       CNE/CME ‘Hospital Mesra Ibadah’

 

 

-       Ceramah agama berkaitan

 

 

-       Usrah (kelompok kecil)

 

 

-       Ziarah/Lawatan Pegawai Agama/Sukarelawan ke katil pesakit/rumah.

 

 

 

3.4

Infrastruktur/Peralatan

 

 

-       Surau – surau yang bersih.

 

 

-       Surah Yasin/Al Quran

 

 

-       Buku Panduan Solat untuk Pesakit

 

 

-       Telekung, kopiah, kain pelikat dan sejadah

 

 

-       Spray air sembahyang

 

 

-       Debu tayammum

 

 

-       Arah kiblat

 

 

-       Solat reminder bagi yang bersetuju untuk diingatkan jika tiba waktu solat.

 

-       Pamplet

 

 

 

 

 

KEMUDAHAN HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI), HOSPITAL SERDANG

 

Hospital Mesra Ibadah Hospital Serdang menyediakan beberapa keperluan dan kemudahan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan kepada pesakit, keluarga waris mahu pun para petugas hospital untuk melaksanakan ibadah solat khususnya di wad-wad. Antaranya adalah seperti berikut:-

 

 

 

SENARAI AKTIVITI/PROGRAM HOSPITAL MESRA IBADAH

HOSPITAL SERDANG

 

  1. Majlis bacaan yaasin dan tadabbur kitab
  2. Majlis bacaan yaasin bersama jabatan pengurusan
  3. Sambutan hari-hari kebesaran islam
  4. Sepetang bersama ebit liew
  5. Seminar tajwid santai
  6. Majlis iftar bersama anak yatim
  7. I juzuk 1 jabatan ( ramadhan)
  8. Bakul Qaseh Ramadhan
  9. Program ziarah pesakit
  10. Bacaan Doa Pagi
  11.  Azan dan Iqamah bayi di wad
  12. Semakan arah kiblat di wad/surau/ruang solat
  13.  Bimbingan rohani dan ruqyah wad, pesakit dan staf
  14.  Kaunseling Syarie pesakit ( ibu lahir anak tak sah taraf )
  15.  Pemantauan Pengurusan jenazah oleh pengurus jenazah ( jenazah muslim,muallaf,tanpa waris,bayi )
  16. Kursus Pengurusan Jenazah
  17. Seminar Yakini Halal Malaysia ( Halal Farmaseutikal )
  18. Bengkel TOT Fiqh Ibadah Pesakit
  19. Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit
  20. Program Indahnya Hidup Bersyariat:
  21.             - Tabayyun Fiqh Perubatan Kontemporari
  22.             - Program Inspirasi Khadijah ( untuk wanita )
  23.             - Majlis Bacaan Surah Yaasin ( setiap bulan )
  24. Kursus I’laj Syarie ( Pengubatan Islam )
  25. Kursus Penyembelihan Halal
  26.   CNE/CME “ Hospital Mesra Ibadah ”
  27.  Program Ihya’ Ramadhan
  28.  Program Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

 

 

AHLI JAWATANKUASA HOSPITAL MESRA IBADAH HOSPITAL SERDANG SESI 2018-2020


 

  • Last Modified: 19 April 2019.