text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Sila datang ke hospital sekiranya anda diminta untuk berbuat demikian. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Pengenalan

Pesakit yang berada di Hospital Serdang adalah pesakit yang telah dirujuk dari Jabatan Kecemasan dan dari Klinik-klinik Pakar. Semasa pesakit tiba di Jabatan Kecemasan, Pesakit akan dibawa berjumpa dengan Pembantu Perubatan (MA) yang terdapat di kaunter hadapan di Jabatan Kecemasan.

Semasa di kaunter ini pesakit akan ditanya tujuan pesakit datang ke hospital dan pemeriksaan kecil akan dilakukan kepada pesakit seperti pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya.

Sila tunggu giliran anda dengan sabar. Anda akan dirawat mengikut kadar seriusnya penyakit yang anda hadapi.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan :

  • Kad Pengenalan / Surat Beranak / Pasport
  • Kad Pesara
  • Surat Sekolah (jika berkenaan)
  • Surat Rujukan Daripada Doktor
  • Surat Jaminan / Wang Untuk Bayaran Deposit atau Perkhidmatan
Last Updated on Rabu, 23 May 2012 17:23