text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Jabatan Oftalmologi adalah pusat rujukan untuk penyakit mata bagi peringkat Nasional dan  kawasan sekitarnya.

Pengenalan

Jabatan Oftalmologi Hospital Serdang adalah pusat rujukan untuk penyakit mata bagi peringkat Nasional dan  kawasan sekitarnya. Jabatan ini menyediakan  perkhidmatan sekunder dan tertiari menggunakan sistem THIS didalam operasinya.

Jabatan ini juga memberikan Perkhidmatan Oftalmologi kepada Hospital Kajang. Hospital Serdang telah dikenalpasti sebagai Pusat Kecemerlangan Subkepakaran Okuloplastik. Selain perkhidmatan klinikal jabatan ini menjadi pusat latihan bagi penuntut perubatan dan felo Subkepakaran Oftalmologi.

Misi

Jabatan Oftalmologi adalah komited untuk memberikan perkhidmatan dengan efisien, efektif dan berkualiti didalam suasana mesra kepada semua yang memerlukannya dengan kemudahan teknologi yang canggih.

Visi

Jabatan Oftalmologi akan menjadi sebuah jabatan yang  terunggul dalam memastikan rakyat bebas dari penyakit dan masalah mata, disamping itu kepuasan dan keselesaan pesakit diutamakan

Piagam Pelanggan

  • Pesakit akan diberi perkhidmatan yang mesra
  • Pesakit akan dilayan dengan cepat
  • Pesakit akan diberi perkhidmatan yang berkualiti
  • Pesakit akan diberi maklumat tentang penyakitnya
  • Pesakit akan diberi hak untuk mengurus rawatannya
  • Kerahsiaan pesakit akan dipastikan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik Pakar Oftalmologi

Hospital Serdang adalah merupakan Hospital Rujukan Pakar, oleh itu pesakit perlu dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Oftalmologi. Rujukan bolehlah dari hospital, klinik atau pusat kesihatan kerajaan ataupun swasta. Rawatan klinikal adalah berdasarkan janjitemu kecuali kes kecemasan. Klinik Oftalmologi beroperasi pada setiap hari bekerja dan pada waktu pejabat. Jabatan oftalmologi juga mengadakan perkhidmatan secara kerjasama (networking) dengan lain-lain hospital di Lembah Kelang.

  • Klinik Pakar Mata Umum
    • Memeriksa dan merawat penyakit dan masalah mata pada peringkat sekunder, melakukan saringan bagi masalah glaucoma, retinopati diabetes, retinopati bayi pra-matang (ROP) dan sebagainya
  • Klinik Okuloplastik
    • Sebagai Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Okuloplastik , perkhidmatan klinikal subkepakaran ini dijalankan empat kali seminggu dan pembedahan dijalankan dua kali seminggu.
    • Perkhidmatan subkepakaran okuloplastik merangkumi masalah kelopak mata, lakrimal, orbit dan soket.
  • Klinik Kecemasan Oftalmologi
    • Kes – kes kecemasan yang datang ke klinik mata seperti konjuntivitis, kecederaan pada mata dan sebagainya akan diperiksa pada hari yang sama didalam klinik kecemasan oftalmologi tanpa memerlukan temujanji. Klinik ini beroperasi setiap hari.
    • Bagi kes kecemasan mata di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dirawat di Jabatan Kecemasan. Terdapat seorang pegawai perubatan dan seorang pakar oftalmologi bertugas atas panggilan (on-call) setiap hari untuk khidmat kecemasan. Terdapat ruang oftalmik yang dilengkapi peralatan di Jabatan kecemasan untuk menangani kes kecemasan.
  • Perkhidmatan Optometri
    • Memeriksa dan merawat masalah kerabunan
  • Perkhidmatan Ortoptik
    • Memeriksa dan merawat masalah mata juling dan mata malas
  • Perkhidmatan Penglihatan terhad
    • Memeriksa dan merawat masalah kurang daya penglihatan atau penglihatan terhad
  • Perkhidmatan kanta lekap
    • Memberi perkhidmatan memeriksa dan memasang kanta lekap
  • Perkhidmatan Perimetri
    • Memeriksa medan penglihatan
  • Perkhidmatan Biometri
    • Menjalankan pemeriksaan ultrasound mata
  • Perkhidmatan fotografi fundus
    • Melakukan pemeriksaaan saringan diabetik retinopati
  • Perkhidmatan angiografi fundus
    • Melakukan pemeriksaan angiografi retina
  • Perkhidmatan Rawatan Laser
    • Menjalankan rawatan laser bagi diabetic retinopati, glaucoma dan sebagainya
  • Perkhidmatan Okularis
    • Membuat prostesis mata 

Perkhidmatan diatas diberikan melalui kemudahan berikut :

  • Bilik Ujian Penglihatan
  • Bilik Konsultasi
  • Bilik Laser
  • Bilik pembedahan minor
  • Bilik Rawatan
  • Bilik Perimetri
  • Bilik Refraksi
  • Bilik Biometri
  • Makmal Okularis
  • Ruang Pemulihan (recovery)
  • Bilik Kaunseling

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Pesakit yang memerlukan rawatan lanjut/khusus akan dimasukan ke wad seperti :
    • Wad 6A (kelas 2 dan 3)
    • Wad 8B (kelas 1)
    • Wad 5B (kanak-kanak)

Perkhidmatan Pembedahan

  • Antara jenis pembedahan mata yang dijalankan adalah :
    • Pembedahan katarak
    • Pembedahan okuloplastik
    • Pembedahan kecemasan mata
  • Pembedahan akan dilakukan di Dewan Bedah Oftalmologi iaitu:
    • Dewan Bedah Utama 6
    • Dewan Bedah Harian 13

Ketua Jabatan

Dr. Rosniza Ab Razak
Sambungan : 1869 / 1976
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on Rabu, 09 Oktober 2013 16:27