text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Unit ini menguruskan hal-hal berkaitan dengan perolehan barangan serta menguruskan segala perkara berkaitan sebutharga.

Pengenalan

Merupakan sebuah unit yang menguruskan hal-hal berkaitan dengan perolehan barangan serta menguruskan segala perkara berkaitan sebutharga yang dijalankan pada setiap tahun. Unit ini juga bertanggungjawab di dalam pengurusan aset alih kerajaan iaitu yang berkaitan dengan pendaftaran, pemeriksaan, serta hal-hal berkaitan pengurusan aset alih kerajaan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 iaitu Tatacara Pengurusan. Aset Alih Kerajaan (TPA).

Misi

Bahagian Kewangan, Perolehan dan Aset Adalah Komited Untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Yang Terbaik dengan meningkatkan keupayaan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan, akauntabiliti dan integriti Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset di Hospital Serdang.

Visi

Untuk Mewujudkan Perkhidmatan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Yang Cemerlang sebagai komplemen kepada keperluan jabatan dan unit dibawahnya serta pihak yang berkenaan yang terlibat

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan semua sebutharga dalam jangka masa 7 hari selepas notis sebutharga ditutup.
  • Menjalankan pemeriksaan aset alih kerajaan pada setiap suku tahun bagi memastikan pencapaian pemerikasaan aset mencapai pemeriksaan 100% pada akhir tahun.
  • Memastikan setiap sebutharga yang dilakukan adalah secara telus tanpa sebarang unsur rasuah dengan mengamalkan pelaksanaan integriti pact.
  • Menguruskan sebutharga secara atas talian sekurang-kurangnya 5 buah sebutharga di dalam setahun.
  • Menguruskan sebutharga secara bidaan sekurang-kurangnya 2 buah sebutharga di dalam setahun.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menjalankan Sebutharga Secara E-Perolehan Serta E-Bidding (Sebutharga Atas Talian)
  • Menguruskan Pendaftaran, Pengurusan dan Pemeriksaan Aset Di Dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA)
  • Menguruskan pendaftaran semua pembelian di dalam system Government Procurement Information System (GPIS)

Ketua Unit

Cik Devi Naidu A/P Munusamy
Penolong Pengarah
Samb : 7028
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Waktu Pejabat

Lokasi

Aras 3

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

 

Last Updated on Khamis, 21 Ogos 2014 11:03