text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Memberikan penekanan terhadap kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Serdang telah dimulakan sejak penghujung tahun 2008.Rasional diadakan perkhidmatan psikiatri di semua hospital dengan pakar adalah untuk memberi penekanan bahawa penyakit-penyakit psikiatri ialah suatu penyakit biologikal di mana disiplin psikiatri merupakan salah satu disiplin perubatan. Dengan itu,stigma terhadap penghidap penyakit mental dapat dikurangkan dan individu yang menghadapi masalah psikiatri tidak bertangguh dan melewatkan rawatan.

Tambahan pula, didapati empat daripada senarai sepuluh penyakit teratas dalam “Global Burden of Disease” yang dikemukakan oleh World Health Report 2001 adalah penyakit mental : iaitu Kemurungan, Schizofrenia, Bipolar Affective Disorder dan Penagihan Dadah serta Alkohol.
Jabatan ini sentiasa berazam memberi sumbangan dalam membendung fenomena ini.

Hospital Serdang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan yang bertarikh 3 Mac 2011 mengikut Akta Kesihatan Mental 2001.

Pada peringkat awal penubuhan, perkhidmatan psikiatri dijalankan oleh seorang Pakar Psikiatri sahaja dengan bantuan gunasama daripada kakitangan Klinik Perubatan. Pada Mac 2010, perkhidmatan psikiatri diperkembangkan lagi dengan bantuan seorang pegawai perubatan. Jabatan ini semakin berkembang di mana sekarang di jalankan oleh 2 orang Pakar Psikiatri dan 2 orang Pegawai Perubatan. Terdapat seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang ditugaskan bagi melancarkan perjalanan perkhidmatan ini.

Misi

Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi  serta sesuai bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Visi

Melahirkan satu masyarakat yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dengan memberikan penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial di selatan Selangor.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Klinikal
    • Perkhidmatan Pesakit Luar
    • Perkhidmatan Pesakit Dalam (kemasukan sukarela dimasukkan ke wad perubatan)
    • Perkhidmatan Psikiatri Liason (Rujukan dari Wad dan A&E HSDG)
    • Perkhidmatan Klinik Lawatan (Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan Klinik Kesihatan Puchong)
  • Latihan, Penyelidikan dan Pengurusan Statistik
    • Mengendalikan Latihan
    • Menghadiri Latihan dalam Pekerjaan
    • Menjalankan Penyelidikan
    • Mengendalikan Statistik
  • Pentadbiran
    • Orientasi Pegawai Baru
    • Edaran maklumat di Jabatan
    • Mengendalikan Lembaga Perubatan atau PERKESO

Ketua Jabatan

Direktori

Dr. Mazni Binti Mat Junus
Sambungan : 1554
Emel : drmazni_mj@moh.gov.my

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 30 September 2013
 
Print

Memberi perkhidmatan invasif dan non invasif kepada pesakit koronari.

Pengenalan

Jabatan Kardiologi adalah salah satu jabatan yang memberikan perkhidmatan tertiari iaitu perkhidmatan subkepakaran perawatan jantung. Memandangkan Hospital Serdang ialah Pusat Jantung Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Lembah Kelang, liputan Jabatan ini merangkumi lebih 10 juta penduduk. Perkhidmatan yang disediakan merangkumi Perkhidmatan Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan Rawatan Harian.

Perkhidmatan pesakit luar ialah di Klinik Pakar Kardiologi dan Makmal Non-Invasif Kardiologi (NICL). Perkhidmatan Pesakit Dalam ialah di Makmal Invasif Kardiologi (ICL), Unit Rawatan Koronari (CCU), Wad Dependensi Tinggi Jantung (CHDW) dan Wad Kardiologi 6E. Perkhidmatan Rawatan Harian ialah di Wad Rawatan Harian Kardiologi.

Memandangkan liputan perkhidmatan yang luas di Lembah Kelang dengan beban penyakit jantung yang tinggi di kalangan rakyat, beban kerja Jabatan adalah amat tinggi. Setiap hari Klinik Kardiologi dan Makmal Non-Invasif Kardiologi merawat sehingga 250 orang pesakit dan Makmal Invasif menjalankan rawatan invasif termasuk Angiogram dan Angioplasti Koronari ke atas 25-30 orang pesakit. Ini adalah beban kerja pusat jantung yang kedua tertinggi selepas Institut Jantung Negara. Walau bagaimanapun tenaga kepakaran adalah lebih terhad dengan hanya dua orang pakar perunding dan lima orang pakar klinikal.

Misi

  • Jabatan Kardiologi Hospital Serdang akan mencapai misinya melalui sistem pengurusan kualiti yang memastikan pasukan yang profesional, komited dan penyayang. 
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan berorientasikan masalah berkaitan penyakit jantung yang mengutamakan pelanggan yang berfokuskan kesejahteraan, berkesan, cekap dan tanpa sempadan.

Visi

Jabatan Kardiologi Hospital Serdang akan menjadi pusat kecemerlangan  dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan kardiologi yang mengutamakan pelanggan.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekapdan berkualiti oleh staf yang mahir.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra,bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi penerangan mengenai prosedur dan rawatan termasuk risiko dan pilihan lain.
  • Memastikan setiap pelanggan akan diberi “privacy” dan jaminan bahawa maruah akan terpelihara semasa menerima rawatan.
  • Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Pesakit Luar

Klinik Kardiologi

  • Memberi perkhidmatan rundingcara melalui klinik-klinik berikut:
    • Klinik Kardiologi Umum
    • Klinik Pacemaker dan Elektrofisiologi
    • Klinik INR
    • Klinik Penyelidikan
    • Klinik Semi-Urgent

Makmal Non-Invasif Kardiologi (NICL)

  • Memberi perkhidmatan ujian-ujian non-invasif berikut:
    • Transthoracic Echocardiography
    • Transoesophageal Echocardiography
    • Dobutamine Stress Echocardiography
    • Exercise Stress Test
    • Holter Monitoring
    • Rhythm Card Monitoring
    • Loop recorder monitoring
    • Ambulatory BP monitoring
    • Pacemaker Interrogation
    • Cardiac Magnetic Resonance
    • Cardiac CT

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Makmal Invasif Kardiologi
    • Menjalankan rawatan invasif kardiologi yang berikut:
      • Angiogram Koronari
      • Angioplasti Koronari
      • Right Heart Study
      • Permanent Pacemaker Implantation
      • Atrial Septal Defect Device Closure
      • Persistent Ductus Arteriosus Device Closure
      • Angiogram Periferi
      • Angioplasti Perferi
      • Percutaneous Mitral Commisurotomy
      • Temporary Pacemaker Insertion
      • Intra Aortic Balloon Pump
      • Intravascular Ultrasound
      • Fractional Flow Reserve
  • Unit Rawatan Koronari (CCU)
    • Merawat pesakit-pesakit kritikal yang mendapat serangan jantung dan memerlukan sokongan pernafasan (ventilation)
  • Wad Dependensi Tinggi Jantung (CHDW)
    • Merawat pesakit-pesakit yang sedang menjalani pemulihan serangan jantung dan memerlukan pemantauan yang rapi
    • Wad 6E
    • Merawat pesakit-pesakit yang stabil dan yang menjalani rawatan angiogram dan angioplasti koronari secara elektif

Perkhidmatan Rawatan Harian

  • Unit Rawatan Harian
    • Merawat pesakit-pesakit yang stabil yang menjalani rawatan invasif di Makmal Invasif Kardiologi secara elektif

Ketua Jabatan

Dr. Abdul Kahar Bin Abdul Ghapar
Sambungan : 1981
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Pesakit luar dan rawatan harian :

Isnin - Jumaat; 8 pg - 5 ptg

Pesakit dalam :

24 jam setiap hari

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

 

Last Updated on 30 September 2013
 
Print

Menyediakan penyiasatan, diagnosis, terapi, kaunseling dan susulan perkhidmatan untuk pesakit dengan pelbagai masalah nefrologi.

Pengenalan

Jabatan Nefrologi, Hospital Serdang (HSDG) akan berfungsi sebagai sebuah pusat rujukan tertiari bidang Nefrologi. Ia akan menerima pesakit dalaman (dari jabatan-jabatan lain) dan daripada pengamal perubatan setempat dan seluruh negara. Selain itu, ia akan bekerja rapat dengan unit-unit Nefrologi / jabatan yang lain di Kementerian Kesihatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam rangkaian unit Hemodialisis (HDU) di Hospital Putrajaya dan Hospital Kajang. Jabatan akan memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan amalan klinikal dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan bidang Nefrologi.

Misi

  • Untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan dan nasional dalam memberikesedaran tentang isu-isu yang berkaitan dengan nefrologi khususnya dan perubatan secara umum.
  • Untuk membentuk hubungan yang baik dengan pelbagai jabatan kerajaan,agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan sokongan pesakit danmasyarakat profesional baik di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk menggalakkan dan memajukan pemahaman dan amalan dalam pelbagai bidang Nefrologi dan pemindahan organ.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan klinikal, sosial dan latihan sebaik mungkin yang mencerminkan dan memenuhi wawasan kami.

 

Visi

Jabatan Nefrologi, Hospital Serdang akan menyediakan perkhidmatan Nefrologi yang komprehensif, berpatutan, selamat, mesra, penyayang, cekap
dan kos efektif

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang akan disediakan oleh Jabatan Nefrologi di Hospital Serdang adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Pesakit Luar :

Beberapa klinik yang khusus untuk kumpulan pesakit yang berbeza akan Dijalankan oleh jabatan seperti berikut.

  • 1. Klinik Nefrologi umum.
    • Klinik ini akan menyediakan penyiasatan, diagnosis, terapi, kaunseling dan rawatan susulan untuk pesakit dengan pelbagai masalah nefrologi termasuk gangguan metabolik (contohnya gout, kencing manis), penyakit renal keturunan (contohnya ADPKD), glomerulonephritides (SLE nefritis, sindrom Neprotik), nephropathies (obstruktif, reflux, pesakit dengan protein dalam air kencing, hematuria, fungsi buah pinggang yang tidak normal, anatomi yang tidak normal dan lain-lain),pelbagai tahap kegagalan buah pinggang, jangkitan saluran kencing, dan golongan yang tidak berada di bawah kumpulan tertentu di bawah.
  • 2. Klinik pemindahan ginjal
    • Klinik pemindahan ginjal dikhaskan untuk rawatan susulan penerima pemindahan ginjal dan penderma ginjal sahaja.Selain kakitangan klinik yang biasa, jururawat pemindahan ginjal dikehendaki berada di klinik ini untuk membantu doktor. Dua klinik yang khusus untuk pesakit pemindahan ginjal akan diadakan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Klinik pada hari Isnin dikhaskan untuk memeriksa dan merawat pesakit yang baru menjalankan pemindahan ginjal dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pemindahan mereka. Penerima pemindahan ginjal yang lain, bakal penderma hidup dan pendermaginjal akan menghadiri klinik pada hari Khamis.
  • 3. Klinik Chronic Ambulatory Perineal Dialysis (CAPD)
    • Semua pesakit yang menjalani rawatan CAPD atau APD akan menerima rawatan susulan di klinik ini. Semua pesakit akan mempunyai pemeriksaan berkala termasuk pemeriksaan “exit site” di klinik ini secara tetap. Mereka dikehendaki membawa bersama rekod rawatan mereka untuk penilaian. Preskripsi rutin untuk bahan pakai-buang (termasuk “lines” dan cecair) dan ubat-ubatan akan diberi di klinik ini. Jururawat CAPD hendaklah hadir di klinik ini untuk membantu doktor.
  • 4. Klinik Hemodialisis
    • Semua pesakit yang menerima rawatan hemodialisis kronik di Hospital Serdang akan diberikan penilaian klinikal di klinik ini. Preskripsi biasa bagi ubat-ubatan mereka akan disediakan di klinik ini.
  • 5. Klinik Hipertensi & Klinik Penyelidikan
    • Klinik khas yang khusus untuk kumpulan pesakit tertentu boleh diwujudkan pada masa akan datang dan apabila perlu. Contohnya termasuk tekanan darah tinggi refraktori, hipertensi renovascular, klinik nefritis SLE, klinik untuk ubat dalam percubaan, klinik akses vaskular dan sebagainya.
  • 6. Unit Hemodialisis (pesakit luar)
    • Unit ini akan menyediakan rawatan dialisis jangka panjang kepada pesakit dengan kegagalan buah pinggang peringkat akhir termasuk yang dijadualkan untuk pemindahan buah pinggang (penderma hidup) dan pemindahan buah pinggang (penderma hidup atau penderma yang sudah meniggal dunia) yang gagal. Latihan untuk hemodialisis di rumah atau pejabat akan diberikan di unit ini. Hemodialisis jangka pendek yang tidak melebihi satu bulan boleh ditawarkan kepada pesakit dengan ESRF dari luar unit ini (dari Hospital Serdang atau lain-lain) jika dan apabila perlu. Sesuatu keputusan untuk melanjutkan tempoh ini boleh dibuat jika pesakit terus kekal sebagai pesakit dalaman di Hospital Serdang di atas sebab-sebab yang tertentu.
  • 7. Unit CAPD
    • Unit ini berfungsi seperti berikut:
      • Melatih pesakit CAPD atau pembantu mereka kaedah menjalankan rawatan CAPD
      • Membekalkan keperluan rawatan jangka panjang termasuk pengeluaran barangan pakai-buang CAPD dan “transfer set”
      • Menyediakan kemudahan untuk pesakit luar atau pesakit dalaman untuk menjalankan pertukaran tetap CAPD mereka apabila mereka memerlukan perkhidmatan di Hospital Serdang contohnya menghadiri rawatan susulan di klinik pesakit luar atau menjalani siasatan / rawatan nefrologi atau di jabatan-jabatan lain di Hospital Serdang.
      • Memberi maklum balas klinikal mengenai status semasa pesakit CAPD contohnya status “exit site” apabila pesakit menghadiri klinik CAPD,motivasi pesakit, kemasukan pesakit ke wad untuk sebab-sebab tertentu dan lain-lain.
      • Mendapatkan keputusan / butiran dan merekodkan perkara-perkara dan aktiviti yang berkaitan dengan CAPD contohnya keputusan kultur dan sensitiviti dari “exit site” dan cecair CAPD, keputusan “ peritoneal equilibrium test “(PET), rekod rawatan CAPD harian, komplikasi (peritonitis,jangkitan “exit site”, kateter tak berfungsi dengan baik,kebocoran kateter dan sebagainya) dan rekod hasil rawatan yang berkaitan dengan pesakit CAPD.
      • Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan latihan semula kepada bakalpesakit, pesakit baru dan pesakit CAPD yang sedia ada.
      • Menyediakan data berkaitan aktiviti CAPD kepada “National Transplant and Dialysis Registry”.
      • Tanggungjawab mengurus pesakit CAPD yang dimasukkan ke wad di Hospital Serdang akan dikongsi oleh kakitangan wad dan kakitangan unit CAPD. Keutamaan akan diberi kepada seorang pesakit CAPD yang memerlukan kemasukan untuk dimasukkan ke wad 7A Nefrologi untuk memudahkan pertukaran

PROSEDUR CAPD

  • Interventional Nephrology
    • USS + Doppler - General Nephrology (Clinic dan Ward)
      • Native Kidney
      • Renal Graft
      • Vascular Access
    • Dialysis Access
      • PermCath Insertion
      • Peritoneal Catheter (Tenckhoff) Insertion
      • Medical
      • Peritoneoscopic
      • Open Or laparoscope

  Perkhidmatan Pesakit Dalam 

  • Perkhidmatan berikut akan disediakan dalam wad nefrologi termasuk bilik khusus untuk rawatan hemodialisis dan rawatan berkaitan CAPD.
    • 1. Nefrologi Umum
    • 2. “Intermittent Peritoneal Dilaysis”(automatik dan manual)
    • 3. CAPD (latihan & pengurusan komplikasi)
    • 4. Haemoperfusion dan haemodiafiltration hemodialisis akut (termasuk prosedur hemodialisis berterusan, ini juga boleh dijalankan dalam penjagaan intensif atau unit penjagaan koronari)
    • 5. Pertukaran plasmapheresis / plasma.
    • 6. Pemindahan ginjal
    • 7. Biopsi ginjal
    • 8. Penyisipan kateter vaskular hemodialisis sementara.

Maklumat Lain

Latihan

Jabatan ini akan memainkan peranan aktif dalam menggalakkan, melatih dan mengambil bahagian dalam pembelajaran perubatan berterusan bagi pelbagai individu termasuk yang berikut.

1. Latihan pakar klinikal

Jabatan ini akan digunakan sebagai pusat latihan dalam Nefrologi klinikal kepada pegawai perubatan dan pakar-pakar klinikal pelatih bidang Nefrologi. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang dalam persediaan untuk pengajian pascasiswazah atau telah menunjukkan minat untuk melanjutkan kerjaya dalam nefrologi klinikal.

2. Latihan kepada paramedik

Jabatan ini akan mengambil bahagian dalam kursus kejururawatan “post-basic” yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Selain itu, ia akan menjalankan program latihan dalaman dalam pelbagai aspek kejururawatan renal dan nefrologi klinikal. Jabatan akan menyokong dan menggalakkan inovasi yang membina dan mendedahkan paramedik kepada kemajuan dalam teknologi perubatan dan maklumat baru apabila ada peluang yang terbuka.

3. Latihan kepada pesakit

Jabatan akan menyediakan latihan untuk kategori pesakit berikut.
1. Semua pesakit CAPD atau pembantu CAPD. Mereka akan dilatih mengenai pelbagai aspek rawatan CAPD (lihat garis panduan latihan CAPD)
2. Semua pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di rumah atau pejabat yang telah dikenal pasti dan disediakan oleh jabatan.
3. Semua pesakit hemodialisis yang berpotensi untuk melakukan penjagaan hemodialisis sendiri.

Ketua Jabatan

Dr. Goh Bak Leong
Sambungan : 2002
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Klinik Nefrologi

 9.00am- 1.00pm09.00am- 12.30am2.00pm- 4.00pm
Isnin Nefrologi Umum Pemindahan Buah Pinggang (Pesakit Baru) Klinik khas *
Rabu Nefrologi Umum Nefrologi Umum Hemodialisis & CAPD
Kha Pemindahan Buah Pinggang / SLE  Pemindahan Buah Pinggang  

Unit Hemodialisis (Pesakit Luar)

Isnin - Sabtu (Termasuk Cuti Umum) : 7.00 pagi - 9.00 malam
Ahad : Tutup (Kecuali Kecemasan)

Unit CAPD (Pesakit Luar)

Isnin - Ahad (Termasuk Cuti Umum) : 7.00 pagi  - 9.00 malam

Unit CAPD (Pesakit Dalam)

Setiap Hari : 24 Jam

Wad Nefrologi

Kemasukan Elektif  : berdasarkan polisi umum kemasukan hospital 
Kemasukan Kecemasan : 24 jam

Perkhidmatan Hemodialisis Akut (Perkhidmatan pesakit dalam) : 24 jam (CRRT, SLEDD, akut IPD, PD & apheresis terapeutik)

Lokasi

FacilityLocation
CAPD unit (inpatient ) Ward 7A Level 7
CAPD unit (outpatient) Dialysis Unit L2
Nephrology Outpatient Clinic Specialist Clinic L3
Haemodialysis Unit (inpatient) Ward 7A Level 7
Haemodialysis Unit (outpatient) Dialysis Unit L2
Nephrology ward Ward 7A Level 7

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

 

Last Updated on 30 September 2013
 
Print

Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar meliputi program rehabilitasi.

Pengenalan

Unit Perubatan Rehabilitasi merupakan salah satu unit di Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang diwujudkan pada penghujung tahun 2007 dengan kehadiran Pakar Perubatan Rehabilitasi di Hospital Serdang. Unit ini diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi yang juga merangkap jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi.

Kakitangan-kakitangan lain di unit ini terdiri dari pegawai perubatan, juruteknik perubatan, kakitangan kejururawatan dan pembantu perawatan kesihatan. Kategori kakitangan yang pelbagai yang diwujudkan di unit ini akan membentuk satu pasukan rehabilitasi yang lengkap di dalam Jabatan Perubatan Rehabilitasi yang sebelum ini hanya terdiri dari pegawai pemulihan perubatan/jurupulih anggota, pegawai pemulihan perubatan/jurupulih carakerja dan pembantu perawatan kesihatan.

Unit ini bersedia untuk menerima rujukan kes-kes yang memerlukan program rehabilitasi bersepadu dari semua klinik/hospital di Negeri Selangor. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan perkhidmatan rehabilitasi secara berpasukan yang terkoordinasi yang dijalankan bersama kakitangan dari unit-unit pemulihan perubatan anggota dan pemulihan perubatan carakerja. Program rehabilitasi diperlukan khasnya oleh pesakit-pesakit yang mengalami ketidakupayaan kompleks yang memerlukan intervensi/rawatan lebih dari satu unit rehabilitasi/pemulihan.

Kumpulan pesakit ini termasuklah mereka yang mengalami kecederaan saraf tunjang, pesakit amputee, pesakit yang mengidap sakit jantung atau selepas pembedahan jantung, pesakit dengan “neurological deficit” yang lain seperti pesakit stroke dan traumatic brain injury, serta pesakit kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Walaubagaimanapun memandangkan unit ini masih mempunyai bilangan anggota yang sangat terhad bidang perkhidmatan yang ditawarkan pada masa ini terpaksa dihadkan kepada beberapa masalah kesihatan sahaja.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Memberikan perkhidmatan rehabilitasi kepada pesakit dalam (inpatient) yang dirujuk ke unit
  • Memberikan perkhidmatan rehabilitasi kepada pesakit-pesakit luar di Klinik Pakar
  • Memastikan pesakit mendapatkan prosthesis dan orthosis yang bersesuaian
  • Memastikan pesakit mencapai tahap keberdikarian yang optima bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan fizikal yang dihadapi.

Unit Fisioterapi

Pengenalan

Unit Fisioterapi adalah salah satu komponan Jabatan Rehabilitasi yang terletak di Aras Dua bersebelahan dengan Unit Hemodialisis. Unit ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2006. Unit Fisioterapi di ketuai oleh Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota Gred U41 dan mempunyai 22 orang anggota Fisioterapi dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Unit Fisioterapi mempunyai kawasan-kawasan rawatan yang khusus mengikut fungsi iaitu Bahagian Musculoskeletal, Neuro dan Vestibular, Hidroterapi, Pediatrik, Kesihatan Wanita & Lelaki dan Terapi Tangan. Semua kawasan rawatan ini dilengkapi dengan peralatan Fisioterapi mengikut spesifikasi fungsi yang telah ditetapkan bagi Hospital Serdang.

Visi

Unit Fisioterapi Hospital Serdang akan menjadi salah satu Unit Fisioterapi yang ulung (leading) diantara hospital-hospital dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi

Staf Unit Fisioterapi adalah komited untuk:-

  • Bekerja sebagai satu pasukan bersama petugas kesihatan (health professional) yang lain dan komuniti untuk menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti tinggi, kos efektif dan mesra pelanggan.
  • Bekerja secara kolaborasi dengan lain-lain disiplin dan jabatan untuk memberi perkhidmatan yang bersepadu.
  • Mempromosi dan mengembangkan peranan Fisioterapi dari segi amalan, pendidikan dan penyelidikan selari dengan kehendak masyarakat dan perubahan yang berlaku dalam penjagaan kesihatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Unit Fisioterapi menyediakan perkhidmatan kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar berdasarkan rujukan doktor. Waktu perkhidmatan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja (Isnin hingga Jumaat). Manakala perkhidmatan kerja lebih masa secara berjadual pada kelepasan hujung minggu (hari Sabtu dan Ahad) dan hari cuti umum dijalankan di wad-wad rawatan rapi seperti Intensive Care Unit (ICU), Neonatal Intensive Care Unit (NICU) dan juga Cardiac Intensive Care Unit(CICU).

  • PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
    • Perkhidmatan Fisioterapi bagi pesakit dalam wad meliputi semua disiplin iaitu wad Orthopedik, Perubatan, Pembedahan Am, Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi,Kardiologi dan Pembedahan Kardiotorasik, Rehabilitasi, Unit Rawatan Rapi dan Neonatal Intensive Care Unit. Perkhidmatan Fisioterapi untuk pesakit dalam wad merangkumi penjagaan akut (termasuk penjagaan respiratori dan senaman terapeutik), perawatan Fisioterapi yang khusus termasuk pendidikan kesihatan kepada pesakit dan juga penjaga mereka sebelum discaj. Perkhidmatan Fisioterapi juga menggunakan pendekatan secara berpasukan dengan pengelibatan dalam Interdisiplinari Rehabilitasi bagi pesakit-pesakit Strok, Head Injury, amputee dan juga kecederaan korda spinal.
  • PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
    • Di bahagian pesakit luar, perkhidmatan Fisioterapi meliputi senaman terapeutik, elektroterapi, penjagaan respiratori, hidroterapi, rehabilitasi neuro & vestibular, rehabilitasi kanak-kanak bekeperluan khas, rehabilitasi kecederaan tangan, program rehabilitasi jantung, rawatan khusus penjagaan kesihatan wanita dan lymphodema.
    • Unit Fisioterapi secara berpasukan dengan ahli-ahli lain seperti doktor, Jurupulih Carakerja dan Jururawat mengambil bahagian dalam lawatan kerumah pesakit (Home visit) bagi melakukan penilaian untuk memastikan kesinambungan perawatan dan juga persediaan ahli keluarga pesakit untuk menguruskan pesakit dirumah.
    • Perkhidmatan Fisioterapi juga meliputi klinik-klinik kesihatan di PKD Hulu Langat membantu dan sebagai sumber rujukan dalam program Warga Emas (klinik kesihatan Beranang & KK Bt. 14), Ante-natal Program (di KK Bandar Baru Bangi) dan juga Program Rehabilitasi Jantung Fasa Tiga (di KK Sungai Chua). Pengelibatan ini adalah bagi membantu Jurupulih Perubatan Anggota baru ditempatkan diklinik kesihatan yang berkaitan pada peringkat awal yang seterusnya akan dikendalikan sepenuhnya oleh mereka sendiri.
    • Unit Fisioterapi juga memberikan perkhidmatan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi sejak tahun 2006 secara lawatan klinikal bagi membantu keperluan rawatan Fisioterapi atas arahan KKM. Perkhidmatan dikurangkan kekerapan dengan adanya Jurupulih Perubatan Anggota yang ditempatkan di PLPP (2009) dan pada April 2012 lawatan dihentikan tetapi masih membantu untuk khidmat nasihat apabila diperlukan.
  • PENDIDIKAN KESIHATAN
    • Unit Fisioterapi memainkan peranan dalam Pendidikan Kesihatan bagi memastikan maklumat kesihatan yang berkaitan aspek Fisioterapi dapat difahami dan dihayati oleh pesakit dan penjaga mereka. Pendidikan Kesihatan secara bersepadu bersama disiplin lain dibuat bagi pesakit Diabetes, Darah Tinggi dan juga Asma. Pendekatan secara kelas juga dibuat bagi kes-kes ante-natal .
  • LATIHAN PELAJAR FISIOTERAPI DAN PERUBATAN
    • Selain dari tugas-tugas klinikal, Unit Fisioterapi juga bertanggungjawab dalam penempatan klinikal pelajar Program Fisioterapi dari Institusi Pengajian Tinggi di Hospital Serdang. Tugas-tugas membimbing, menunjuk-ajar dan menyelia pelajar-pelajar dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu dan Institusi Pengajian Tinggi yang mempunyai MoA dengan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur University College, International INTI University, Victoria International College, SIME DARBY Healthcare College. Unit Fisioterapi juga menjadi tempat penededahan mengenai Fisioterapi bagi pelajar-pelajar perubatan dari Universiti Putra Malaysia dan juga Cyberjaya Medical and Health Science University College.

Unit Pemulihan CaraKerja

Pengenalan

Hospital Serdang, Selangor, adalah merupakan hospital yang menyediakan perkhidmatan penjagaan secondary dan tertiary bagi komuniti Daerah Putrajaya, Bangi, Serdang, Puchong, Kajang dan kawasan sekitarnya. Ia juga menjadi Teaching Hospital bagi Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia. Hospital ini menyediakan berbagai perkhidmatan klinikal dan akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital IT. Salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang diwujudkan adalah perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang terletak di bawah Jabatan Rehabilitasi.
Unit Pemulihan Carakerja diwujudkan bagi menawarkan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang komprehensif kepada pesakit-pesakit dari berbagai kondisi (Medikal, Surgikal, Ortopedik, Pediatrik dan sebagainya) agar mereka dapat mencapai tahap kefungsian yang optimum dari segi mental, fizikal, sosial dan ekonomi.

Visi

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Serdang menyokong visi Hospital Serdang menjadi pusat cemerlang, di mana penyertaan perkhidmatan Pemulihan Perubatan Carakerja memainkan pengaruh yang dibanggakan untuk menyumbang ke arah kecemerlangan penjagaan kesihatan melalui kewajiban bersama kepada profesion, organisasi, institusi dan juga dedikasi kepada kebajikan dan maruah manusia.

Misi

  • Mengambil bahagian dalam menyumbang kepada kesihatan umum melalui proses pemulihan ke arah individu yang berdikari dari segi fizikal, mental, sosial, pekerjaan dan pembentukan masyarakat Malaysia yang sihat dan produktif.
  • Memberi perkhidmatan berkualiti dan menunjukkan profesionalisme serta etika kerjaya yang murni dan prihatin selaras dengan masyarakat penyayang.
  • Mempercayai kualiti amalan perkhidmatan Pemulihan Perubatan Carakerja melalui latihan kemahiran dan kompeten yang berterusan sejajar dengan keperluan profesion, organisasi dan antarabangsa.
  • Menyediakan Jurupulih Perubatan Carakerja dan Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja yang berkepakaran dan kompeten dalam amalan perkhidmatan Pemulihan Perubatan Carakerja yang sejajar dengan budaya serta mengalakkan perlanjutan kepakaran klinikal dan mencapai kompetensi profesional yang tinggi.
  • Menjalinkan hubungan dan kerjasama pintar dan berkesan dengan profesion-profesion yang lain dalam pengurusan kesihatan melalui pengetahuan professional, “evidence based practice”, “clinical reasoning”, “research based practice”, “best practice” dengan mengambil kira pengaruh tren penjagaan kesihatan secara dalaman dan luaran di negara dan antarabangsa.
  • Mewujudkan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang mantap selaras dengan perkhidmatan lain dalam usaha meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pelanggan. Ia mampu mengupayakan (empowerment) kefungsian pelanggan dan keluarga (yang mengalami ketidakupayaan) tidak hanya meliputi persekitaran hospital malah sebagai persediaan untuk mereka kembali memenuhi keperluan hidup dalam komuniti.
  • Menjadikan Pemulihan Perubatan Carakerja sebagai satu bidang profesion yang dedikasi, komited dan disiplin serta mempunyai nilai-nilai kerjaya yang berorientasi wawasan ke arah mengujudkan satu budaya organisasi yang dinamik dan komited terhadap objektif, visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Adalah untuk memberi konsultasi, penilaian, rawatan pemulihan kaunseling dan nasihat kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor atau pakar dan agensi lain supaya pesakit dapat menjalankan kehidupan seharian secara berdikari.

  • Aktiviti-Aktiviti Bagi Setiap Fungsi Utama Jabatan:
    • Menguatkan fungsi-fungsi anggota (to improve and maintain physical function).
    • Aktiviti-aktiviti kehidupan harian (activities of daily living).
    • Pemulihan domestik.
    • Penilaian dan latihan kognitif dan persepsi.
    • Penilaian dan latihan kerusi roda, alat-alat bantuan dan adaptasi.
    • Rawatan dengan menggunakan splint.
    • Rawatan "pressure garment" atau "elastic compression bandage".
    • Kaunseling, nasihat dan pendidikan pesakit.
    • Penilaian dan latihan pekerjaan.
    • Pemulihan jantung.
    • Pemulihan kanak-kanak bermasalah fizikal, mental dan psaikososial (psaikiatrik).
    • Pemulihan psaikososial dan kesihatan mental.

Unit Terapi Pertuturan

Pengenalan

Unit Terapi Pertuturan adalah perkhidmatan di bawah Jabatan Rehabilitasi. Lokasi berada di tingkat 3 dalam Klinik ENT/ Otorinolaringologi bersebelahan Klinik Mata. Unit ini telah mula beroperasi sejak Disember 2005. Skop perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa ialah menjalankan saringan dan  ujian penilaian bahasa-pertuturan, mengenalpasti, membuat diagnosa, merancang dan menjalankan intervensi ke atas individu yang mengalami masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi pada semua peringkat umur.
Masalah pertuturan, bahasa dan komunikasi ini merangkumi masalah atau kecelaruan komunikasi perolehan (cth: afasia), masalah kelancaran pertuturan dan kegagapan, masalah suara, masalah pembelajaran dan kognitif-komunikasi, masalah penelanan (swallowing) dan masalah pendengaran prelingual dan postlingual.
Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan khidmat rundingan dan kaunseling kepada ibubapa atau individu yang bermasalah pertuturan dan komunikasi, membuat rujukan kepada profesional yang berkaitan jika didapati individu tersebut mempunyai masalah lain dan juga melatih penggunaan kaedah komunikasi alternatif dan augmentatif kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.

Misi

  • Membolehkan kanak-kanak dan dewasa mempunyai kemahiran komunikasi yang mencukupi untuk berinteraksi.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan rasa putus-asa/marah pesakit akibat tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan..
  • Mengurangkan kesan negatif akibat kelewatan bahasa dan pertuturan terhadap kemahiran membaca dan pencapaian akademik di sekolah bagi pesakit kanak-kanak.
  • Menitikberatkan pengesanan awal kanak-kanak bermasalah bahasa dan pertuturan.
  • Mewujudkan kawasan perkhidmatan yang mesra pelanggan, selesa dan relaks untuk pesakit dan penjaga.
  • Memberi kerjasama sepenuhnya dengan profesyen lain dalam komuniti untuk menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang terbaik bagi pesakit.
  • Mempromosi dan mengembangkan peranan Terapi Pertuturan dari segi praktikal/klinikal, pendidikan dan penyelidikan selari dengan kehendak masyarakat dan perubahan yang berlaku dalam penjagaan kesihatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Klinikal
    • Menjalankan penilaian/ saringan terhadap orang dewasa atau kanak-kanak.yang mempunyai :
      • Masalah perkembangan dan perolehan bahasa
      • Masalah suara
      • Masalah sebutan dan pertuturan
      • Masalah pembelajaran dan kognitif
      • Masalah Dysphagia & Feeding
      • Masalah pendengaran prelingual dan poslingual
    • Membuat diagnosis dan prognosis berdasarkan analisis penilaian.
    • Menyedia dan memberi latihan penggunaan kaedah komunikasi alternative (AAC) kepada pesakit yang memerlukannya.
    • Merancang rawatan dan kekerapan masa yang sesuai dan terbaik untuk pesakit.
    • Merancang kesesuaian pesakit untuk menerima rawatan terapi pertuturan dan bahasa secara individu atau berkumpulan.
    • Dokumentasi maklumat dan perkembangan bahasa dan pertuturan pesakit.
    • Monitor perkembangan pertuturan dan bahasa pesakit.
    • Memodifikasi rawatan berdasarkan respon pesakit.
  • Pendidikan Pesakit
    • Memberi pendidikan dan kaunseling berkaitan pemulihan komunikasi pesakit.
    • Memberi program pemulihan di rumah (Home-Based Program)

Galeri

Ketua Jabatan

 


Dr Saari bin. Mohamad Yatim
Sambungan : 1382
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP) 
- Program Rehabilitasi Harian (PLPP) 
- IDR CRP 
- Klinik Rehabilitasi Generik

- “Journal Club”/Rondaan wad dan lihat kes rujukan (HSDG) 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP)- Re-assessment

Selasa

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Klinik Perubatan Rehabilitasi Neurorehabilitasi, Generik & Pediatrik Rehabilitasi

- Rondaan wad kes rujukan 
- IDR pesakit dalam 
- Penilaian pesakit baru untuk CRP

Rabu

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi 
- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP) 
- Klinik Rehabilitasi Generik

- Program Rehabilitasi Kardiak (CRP)- Re-assessment 
- Rondaan wad dan lihat kes rujukan (HSDG)

Khamis

- Rondaan wad perubatan rehabilitasi
- Klinik Rehabilitasi Amputee, Generik dan Musculoskeletal 
- Program Rehabilitasi Harian (PLPP)

- Program Chronic Pain 
- Penilaian pesakit baru untuk CRP GWR

Jumaat

- Rondaan wad Klinik Diabetic 
- Foot dan Wound Care, dan Klinik Generik

- CME Jabatan /IDR CRP

Lokasi

Aras 1

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 09 Oktober 2013
 
Print

The Department of General Medicine [DOM] is designated a secondary care service provider to serve the general medical service needs

Introduction

The Department of General Medicine [DOM] at Serdang Hospital is designated a secondary care service provider to serve the general medical service needs of the population in the districts of Sepang, Petaling and Hulu Langat, currently estimated to exceed 1.5 million. The region and the contiguous sub-districts [the Mukims of Serdang, Dengkil, Puchong, Petaling and Bangi as well as Putrajaya and Kajang.] are currently estimated to be home to about 15% of Selangor’s population. These sub-districts are some of the most rapidly developing mukims in the state with a population growth estimated at 6% per annum. The hospital will also form an integral part of the clinical teaching facility of Universiti Putra Malaysia [UPM]. In line with this ultimate dual role, the department will, in due course, serve as a centre of excellence in the clinical management of  medical problems, whilst promoting active scientific medical research and quality management system  in general medicine.

The respiratory subspeciality services under the Department of General Medicine started on 1st November, 2011. The respiratory unit is also one of the training centres for respiratory fellowship in the Ministry of Health.

Further information about the respiratory unit can be obtained from the link:

http://hserdang.moh.gov.my/respiratory

Mission

  • We are committed to be responsive to the healthcare needs of the society we serve, through excellence in all our endeavours focused on providing an efficient, high quality, comprehensive and holistic clinical service in general medicine.
  • We strive continuously to improve patient care by working in close partnership with our colleagues, fellow healthcare teams, our patients, their families and the community at large.
  • We are dedicated to enhancing the quality of life of our patients through personalised care plans in a manner that is sensitive to their cultural, racial and religious differences in an environment of compassion, understanding and friendliness. In the provision of care, we shall not discriminate on basis of race, religion, colour, age, sex, social status disability, sexual preference or nationality.
  • We endeavour in clinical research of outstanding quality into the causes and cures of medical conditions and diseases. We contribute to a healthier Malaysia through creation of a knowledgeable workforce by providing continuing medical education and training of the physicians of tomorrow through active involvement in the training of undergraduate and post-graduate students.

Vision

We aspire to be amongst the finest centres for General Medicine in the nation.

Ketua Jabatan

Dr. Muhaini Binti Othman
Sambungan : 1983
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 30 September 2013