text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Ahli Lembaga Pelawat menjadi penghubung antara hospital dan komuniti dalam memberi penerangan positif kepada masyarakat.

Urusan Perlantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital

Keahlian Lembaga

  • Tiap-tiap hospital hendaklah mengadakan Lembaga Pelawat yang mengandungi di antara 10 hingga 25 ahli.
  • Seboleh-bolehnya Ahli Lembaga hendaklah terdiri daripada pelbagai agama, kaum, jantina dan mewakili badan-badan bukan kerajaan/NGO, pelbagai profesyen dan ketua masyarakat setempat.
  • Seseorang itu boleh dilantik menjadi ahli untuk satu lembaga pelawat.

Kriteria Pencalonan

Calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik hendaklah :

  • Seorang warganegara Malaysia, berumur tidak melebihi 65 tahun semasa tarikh pencalonan, sihat fizikal dan mental.
  • Tiada sebarang rekod jenayah termasuk tidak disabitkan di Mahkamah Syariah.
  • Bukan seorang yang di isytihar bangkrap
  • Bukan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Bermastautin di Daerah / Bahagian berkenaan.
  • Terdiri daripada mereka yang sedia memberi sumbangan tenaga secara sukarela dan mempunyai kelapangan masa serta mampu memberi teguran yang membina lagi berfaedah.

Syarat-Syarat Pelantikan

  • Ahli Lembaga Pelawat adalah dilantik bagi tempoh 3 tahun dan penamatan lantikan semua ahli adalah pada 31 Disember. Ahli Lembaga Pelawat boleh disambung keahliannya dengan persetujuan Y.B Menteri Kesihatan berdasarkan sumbangan yang aktif dan memuaskan. Ahli-ahli Lembaga Pelawat boleh dilantik semula untuk tempoh tiga tahun lagi.
  • Keahlian dalam Lembaga Pelawat adalah secara sukarela. Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan membayar elaun sebanyak RM100.00 kepada ahli-ahli yang menghadiri setiap kali Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat. Biangan mesyaurat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan tidak melebihi 12 kali setahun.

Prosedur Pelantikan

  • Hospital berkenaan hendaklah memulakan tindakan pelantikan dengan mengemukakan nama calon-calon sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh pelantikan semula kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan. Semua pencalonan hendaklah menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran I.
  • Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri akan memperakukan nama-nama calon seperti di (a) atau cadangannya sendiri kepada Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan.
  • Bahagian Pengurusan Kementerian Kesihatan akan memproses dan mengemukakan nama calon-calon yang diterima untuk pemilihan dan keputusan Y.B. Menteri Kesihatan.
  • Kad pengenalan Ahli Lembaga Pelawat akan disediakan apabila gambar diterima daripada hospital berkenaan dan diangkat untuk ditandatangan oleh Y.B. Menteri Kesihatan.
  • Kad yang telah ditandatangani oleh y.B. Menteri Kesihatan akan dihantar oleh Pejabat Y.B. Menteri kepada Bahagian Pengurusan, KKM yang mana akan mengambil tindakan untuk menghantar kad terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri. Seterusnya Jabatan Kesihatan Negeri akan menghantar kada tersebut kepada hospital untuk diedarkan kepada Ahli Lembaga Pelawat.
  • Selepas proses pelantikan selesai, Pengarah Hospital adalah dikehendaki memberi taklimat kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang baru mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab setiap Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
  • Setiap hospital hendaklah menyelenggarakan satu daftar / rekod pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital.
  • Carta aliran proses pelantikan ahli Lembaga Pelawat adalah sseperti di Lampiran 2.

Penamatan Keahlian

  • Tiap-tiap Ahli yang ingin berhenti daripada menjadi Ahli Lembaga Pelawat hendaklah memberitahu (secara bertulis tidak kurang dari 30 hari) kepada Pengarah Hospital dan Pengerusi Lembaga Pelawat supaya tindakan untuk
  • Keahlian seseorang ahli dalam Lembaga Pelawat tamat dengan sendiri apabila beliau tidak lagi bermastautin di Daerah / Bahagian berkenaan.
  • Keahlian seseorang ahli dalam Lembaga Pelawat yang telah dilantik boleh ditamatkan keahliannya jika didapati maklumat di dalam borang permohonan adalah palsu.
  • Ahli-ahli yang gagal menghadiri mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebab-sebab yang munasabah akan dilucutkan keahliannya.
  • Ali Lembaga Pelawat yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan sehingga di lucut keahlian dengan persetujuan Y.B. Menteri Kesihatan.

Kuasa Y.B. Menteri Melantik Ahli Lembaga Pelawat

Y.B. Menteri Kesihtan berkuasa melantik mana-mana calon yang diperakukan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri.

Peranan, Tanggungjawab dan Peraturan Perjalanan Lembaga

Tugas Dan Fungsi

Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Pelawat ialah seperti berikut:-

Penghubung Antara Hosptial Dan Komuniti
Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan lomuniti. Ahli Lembaga boleh memainkanperanan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai.
Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga pelawata akan disanjung tinggi.

Mengadakan lawatan ke hosiptal
Mengadakan lawatan ke hosiptal untuk mendapatkan makluman mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi oleh Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga hendaklan menyediakan laporan mengenainya selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat ahli Lembaga Pelawat.

Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital
Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan Hospital umpamany dengan mengumpulkan buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni tanam, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.

Melibatkan Diri Dalam aktiviti Hospital
Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang membina. Dalam menjalankan semua tugas dan fungsi yang tersebut di atas, Ahli Lembaga tidak dibenarkan untuk mengganggu dalam sebarang urusan pentadbiran hospital dan rawatan pesakit.

Mesyuarat Dan Pengerusi Mesyuarat

  • Mesyuarat Lembaga Pelawat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan tidak melebihi 12 kali setahun dan dipengerusikan oleh seorang Ahli Lembaga yang telah dilantik dan turut dihadiri oleh Pengarah Hospital / wakil dan mana- mana pegawai yang ditetapkan oleh Pengarah Hospital berkenaan.
  • Pengerusi tiap-tiap Lembaga Pelawat Hospital hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Lembaga yang dipilih dalammesyuarat dimana kehadirannya tidak kurang dua pertiga daripada ahli- ahlinya. Sekiranya ketiadaan Pengerusi, seorang ahli lain boleh dilantik dari kalangan ahli Lembaga Pelawat sebagai pengganti untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat berkenaan.
  • Pengerusi Lembaga adalah bertanggungjawab di atas kelicinan perjalanan setiap Lembaga yang dipengerusikannya.

Urus Setia

  • Timbalan Pengarah (Pengurusan) / Bahagian Pengurusan Hospital akan bertindak sebagai urus setia untuk menguruskan perjalanan Lembaga. Alamat surat menyurat berkaitan Ahli Lembaga Pelawat boleh menggunakan di alamat (d/a) Hospital berkenaan.
  • Tugas-tugas urus setia adalah:
    • Menyelenggara rekod keahlian Lembaga Pelawat;
    • Memulakan tindakan untuk mengisi kekosongan kerana tempoh pelantikan baru atau perletakan jawatan.
    • Berbincang dengan Pengerusi Lembaga bagi menyediakan jadual lawatan
    • Mengaturkan mesyuarat dan lawatan
    • Mengambil nota-nota lawatan mesyuarat
    • Mengedarkan salinan nota-nota dan laporan mesyuarat atau lawatan kepada pihak-pihak berkenaan dan
    • Mendapatkan balik kad Pengenalan Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang masih berkuatkuasa daripada ahli-ahli yang tidak lagi menjadi Ahli Lembaga Pelawat bagi tempoh berkenaan

Peraturan-Peraturan Lawatan

  • Seelok-eloknya lawatan hendaklah di buat sebulan sekali tetapi jika ini tidak dapat dilaksanakan maka lawatan hendaklah dibuat tidak kurang 3 bulan sekali.
  • Bilangan Ahli Lembaga dalam setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi 5 orang setiap kumpulan.
  • Ahli Lembaga tidak dibenarkan menghantar wakil dalam apa juga keadaan.
  • Ahli Lembaga adalah dilarang membuat sebarang kenyataan dalam akhbar berkaitan dengan hasil lawatannya.
  • Jadual lawatan hendaklah disediakan terlebih dahulu dan disdarkan kepada semua Ahli Lembaga. Tarikh dan waktu lawatan akan diaturkan oleh urus setia.
  • Semasa Ahli Lembaga membuat lawatan di Hospital, Pengarah atau Timbalan pengarah, Ketua jururawat, Penyelia Hospital dan seorang doktor / pakar yang ditentukan oleh Pengarah Hospital hendaklah turut serta.
  • Hasil lawatan hendaklah dibentang dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.
  • Ahli Lembaga Pelawat boleh memeriksa dan membuat lawatan ke mana-mana Jabatan dan Unit dalam hospital termasuklah wad-wad pesakit kecuali lawatan tersebut hendaklah tidak mengendalakan kerja dan tidak pula menghalang pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit yang ada di dalam wad.
  • Tempat-tempat berikut adalah di larang untuk dilawati oleh Ahli- Ahli Lembaga Pelawat:
    • Dewan Pembedahan
    • Dewan / Bilik Bersalin,
    • Bahagian Kesucian Hama
    • Wad Pengasingan
  • Ahli Lembaga Pelawat boleh mendapatkan maklumat-maklumat daripada pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan juga pesakit-pesakit yang di dalam wad mengenai makanan, kebersihan, layanan kakitangan-kakitangan hospital, pakaian, tempat tidur dan lain-lain kemudahan yang di beri.
  • Catatan-catan dan rekod tiap-tiap pesakit da rekod-rekod lain hospital tidak boleh diperiksa oleh Lembaga Pelawat.
  • Setiap Ahli Lembaga tidak boleh membincangkan dengan pesakit-pesakit tentang selok-belok dan teknik rawatan.

Senarai Ahli Lembaga Pelawat

Pengerusi
En. Mohd Sarifuddin bin Johan

Timbalan Pengerusi
En. Liew Yew Fook

Setiausaha
Dr. Mahendran Maniam, PPN

Bendahari
Puan Chin Ah Yim

Ahli-ahli

* YB Senator Puan Chew Lee Giok
* Prof Dato' Dr. Abdul Razak bin Omar
* En. Lee Sau Peng
* Dato' Teo Geck Heng
* Dato' Sundaram A/L Narasiah
* En. Thirunavukarasu A/L Sundram
* Dr. Kwan Kow
* En. Hong Tian Hoon
* Puan Tan Siew Giok
* En. Fong Lam Sang
* En. Wong Kee Thiem
* Ir Rosli bin Idrus
* Cik Siti Nozilah bt Sakimin

Laporan Lawatan Lembaga Pelawat

  • Laporan hendaklah disediakan bagi setiap lawatan yang dibuat dan dikemukakan kepada pihak Pengurusan Hospital.
  • Laporan hendaklan mangandungi pandangan, teguran, masalah-masalah, perkara-perkara yang ditimbulkan semasa lawatan dibuat dengan ulasan, cadangan dan syor untuk mengatasinya (jika ada) mengikut format yang ditetapkan.
  • Semua laporan Lembaga Pelawat adalah bertaraf SULIT dan tidak boleh dibincang dengan orang awam atau disediakan kepada pihak media.
  • Pengarah Hospital hendaklah mengemukakan laporan lawatan termasuk ulasan tersebut kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan.

Kelas Pendidikan Kesihatan

http://hserdang.moh.gov.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/slide.slide_kpk_asmagk-is-122.pnglink
http://hserdang.moh.gov.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/slide.slide_kpk_darahgk-is-122.pnglink
http://hserdang.moh.gov.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/slide.slide_kpk_diabetesgk-is-122.pnglink
http://hserdang.moh.gov.my/modules/mod_image_show_gk4/cache/slide.slide_kpk_renalgk-is-122.pnglink
«
»
Last Updated on Isnin, 30 September 2013 16:42