text size :
text color :
Original Merah / Red Biru / Blue Hijau / Green
language :
Peralatan Web
Print

Menumpukan aspek penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak daripada peringkat bayi hinggalah peringkat umur 16 tahun.

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Serdang diwujudkan dalam tahun 2007 bagi mengendalikan dengan lebih baik perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik yang telah dimulakan semenjak pertengahan tahun 2006.

Pergigian Pediatrik adalah cabang kepakaran di bidang pergigian yang menumpu kepada segala aspek penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak daripada peringkat bayi hinggalah peringkat umur 16 tahun. Kanak-kanak istimewa dan yang bermasalah perubatan merupakan golongan yang menjadi keutamaan dalam perkhidmatan ini.

Jabatan ini menyediakan Klinik Pergigian Pediatrik sebagai klinik pesakit luar pakar yang beroperasi hampir setiap hari menggunakan kemudahan bersama sedia ada Klinik Pembedahan Mulut. Perundingan dan pelbagai jenis rawatan dilaksanakan di klinik ini. Di samping itu pesakit-pesakit dalam wad yang dirujuk juga akan menerima rawatan yang diperlukan. Bagi kes yang tertentu, rawatan dijalankan di Unit Rawatan Harian dan di dewan bedah.

Pendekatan menyeluruh adalah konsep yang diamalkan perkhidmatan ini di mana rawatan komprehensif diberikan dan diikuti dengan lawatan susulan yang berterusan. Oleh yang demikian diharap agar sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian dapat disemai di kalangan pesakit kanak-kanak ini.

Misi

Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui perkhidmatan kepakaran pergigian yang mudah dicapai dan berkesan, di samping memupuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan daripada peringkat kanak-kanak.

Visi

Melahirkan kanak-kanak sebagai individu yang sihat menyeluruh bersandarkan kepada kesihatan pergigian yang optimum melalui perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang cemerlang.

Ketua Jabatan

Dr. Bahruddin Bin Saripudin
Sambungan : 1191
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin

-Kes Dewan Bedah (Rawatan Harian)

Temujanji Rawatan Susulan
Selasa

-Kes Dewan Bedah Utama (Pesakit di Wad)

-Temujanji Rawatan Susulan
Rabu -Perundingan Rujukan Baru -Temujanji Rawatan Susulan
Khamis -Perundingan Rujukan Baru -Temujanji Rawatan Susulan
Jumaat

-Temujanji Rawatan Susulan (8.00pagi-12.15tgh)

-Temujanji Rawatan Susulan (2.45ptg-5.00ptg)

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 30 September 2013
 
Print

Menyediakan perkhidmatan perubatan pakar kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

Pengenalan

Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan peakit luar di klinik pakar kanak-kanak ( outpatient ) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik ( Pembedahan Jantung ), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.

Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

Visi

Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Misi

  • Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kos yang efektif kepada pesakit kanak-kanak di hospital dan komuniti dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan berasaskan kepada hasil penyelidikan perubatan (evidence-based medicine) dengan memberikan penekanan pada aspek kekeluargaan dan sosial.
  • Kami akan memantau perkhidmatan yang diberikan secara berterusan untuk memastikan ia setanding dengan terulung dan bertaraf dunia.
  • Kami akan menghormati dan melindungi hak-hak peribadi individu dalam penentuan, penjelasan, keyakinan dan harga diri dengan mengambilkira aspek kepercayaan dan budaya serta memperjuangkan hak kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan istimewa.
  • Kami akan bekerjasama dengan lain-lain kumpulan professional perubatan untuk memberikan perkhidmatan perubatan akut, kronik dan rehabilitasi kepada pesakit dalam, pesakit luar dan juga keluarga di rumah.
  • Kami akan bertanggungjawab secara professional terhadap pesakit, keluarga mereka dan komuniti.
  • Kami akan mengamalkan perkhidmatan perubatan dalam persekitaran dinamik yang mempromosikan pembelajaran berterusan dan perkembangan untuk semua ahli perubatan professional dan bertekad untuk menyokong, mengiktiraf dan menjaga satu sama lain dengan menghasilkan satu suasana persekitaran yang penuh rasa hormat-menghormati dan persefahaman.
  • Kami akan menyediakan satu sistem maklumat berteknologi tinggi untuk menghubungkan pesakit dalam dan pesakit luar dan juga perkhidmatan ambulatori.

Objektif

  • Memberi khidmat rawatan dibidang perubatan Pediatrik yang berkualiti tinggi dan menyeluruh(Comprehensive Care) yang merangkumi aspek penggalakkan (promotive) pencegahan, penyembuhan dan pemuluhan (rehabilitative) bagi pesakit dan keluarga mereka berdasarkan konsep mesra kanak-kanak (Child Friendly Concept).
  • Memberi khidmat perubatan pediatrik yang bertahap tinggi dan berkualiti sebagaimana yang teal ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Pediatrik Hospital Serdang melalui pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga, penjaga dan juga melakukan audit dari masa ke semasa keatas perkhidmatan yang diberikan.
  • Memastikan tahap pengetahuan dan juga keupayaan (skill) setiap kakitangan Jabatan Pediatrik berada ditahap yang tinggi dan sentiasa berkembang mengikut kehendak semasa melalui program pendidikan perubatan yang berterusan (Continuous Medical Education Programs) penyediaan sasaran latihan diperingkat jabatan dan juga menerpakan budaya kerja cemerlang, perasaan bangga dan dihargai (pride and honour) didalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mewujudkan satu suasana persekitaran yang selesa untuk kakitangan Pediatrik, pesakit serta keluarga mereka demi mencapai objektif perkhidmatan berkualiti.
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan perubatan dan kesihatan yang lain dari Universiti Putra Malaysia agar dapat menghasilkan satu hubungan yang bermakna menjadikan jabatan ini pusat latihan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar perubatan lanjutan siswaswazah yang cemerlang.

Perkhidmatan Yang Disediakan:

  1. RAWATAN PESAKIT LUAR
    1. 1.1 Klinik Pakar Kanak-Kanak General
    2. 1.2 Klinik Pakar Kanak- kanak Subspecialty Kardiologi, Respiratori, Neonatalogi
    3. 1.3 Rawatan Harian ( Daycare )
    4. 1.4 Rawatan Kecemasan ( Paediatric Emergency)
  2. RAWATAN PESAKIT DALAM
    1. Unit Rawatan Rapi Bayi (Neonatal)
    2. Unit Rawatan Rapi Pediatrik dan Unit Rawatan Rapi Pediatrik Kardiologi
    3. Rawatan General – Wad 5A dan 5B
    4. Rawatan Pediatrik Kardiologi – Wad 6D
  3. RAWATAN SUSULAN KOMUNITI
  4. SEKOLAH DALAM HOSPITAL
  5. PENDIDIKAN PERUBATAN BERTERUSAN DAN LATIHAN
  6. PENYELIDIKAN

Statistik

Galeri

Ketua Jabatan

HOD Pediatrik DrRohaizah

Dr. Rohaizah Binti Borhan
Sambungan : 1998
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Aktiviti Harian

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin Passover round 8.00am
GRAND ROUND 5A/  KLINIK PAKAR
WARD ROUND / KLINIK PAKAR
Houseman Teaching : 2.00 – 4.00pm
Selasa Passover round 8.00 am
Neonatology CME  8.30am
 WARD ROUND /
KLINIK PAKAR/ CARDIOLOGY  ICL
WARD ROUND / KLINIK PAKAR
CME Jabatan/
Baby mom discussion
Rabu Passover round 8.00am
GRAND  ROUND NICU
WARD ROUND /
 KLINIK PAKAR
Week  1 – MesyuaratJabatan
Week 2 – Mortality Meeting
Week 3 – CME Jabatan
Week 4 – Paed-Xray Conference
Khamis Passover round 8.00 am
Hospital CME – 8.00am
WARD ROUND / KLINIK PAKAR
CME Jabatan 1.00-2.00pm
WARD ROUND / KLINIK PAKAR/
CME MO
Houseman NRP /assessment
Jumaat Passover round 8.00 am
Journal read NICU
GRAND ROUND  CARDIO
WARD ROUND /
KLINIK PAKAR
WARD ROUND / KLINIK PAKAR
Houseman
Assessment

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 30 September 2013
 
Print

Menyediakan perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi untuk pesakit, ibu-ibu mengandung dan bayi baru lahir.

Pengenalan

Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Serdang menyediakan perkhidmatan rawatan sekunder kepada ibu-ibu mengandung,kelahiran bayi,rawatan asas bayi-bayi baru lahir dan juga pesakit-pesakit ginekologi. Jabatan ini mula beroperasi semenjak 25hb.November 2005 , dimulakan dengan perkhidmatan asas sehingga kini sudah diperkembangkan perkhidmatan ke arah rawatan tertiari dengan adanya jaringan perkhidmatan subkepakaran Maternal-Fetal ,Uro ginekologi, Reproduktif dan Gine Onkologi dengan adanya perkhidmatan pakar-pakar subkepakaran dari Hospital Kelang,Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang.

Kerjasama dengan Jabatan O&G Universiti Putra Malaysia ( UPM ) juga membantu meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan, ditambah lagi dengan perkhidmatan subkepakaran yang disediakan seperti Reproduktif ( Untuk kes-kes ‘ Infertility’ ) dan Maternal Fetal.

Liputan perkhidmatan jabatan ini meliputi tiga daerah dalam Negeri Selangor iaitu Petaling , Sepang dan Hulu Langat dengan penduduk yang berjumlah 2 million . Jabatan juga menerima banyak rujukan-rujukan dari Klinik-Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta dari luar kawasan liputan seperti Putrajaya,Nilai,Shah Alam,Petaling Jaya,Cheras,dan lain-lain kawasan dari Lembah Kelang.

Peruntukan dan penyediaan perkhidmatan kami adalah selaras dengan pekeliling perbendaharaan bil.11 tahun 1988 dan perlembagaan memberi kuasa kepada hospital Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Obstetrik dan Ginekologi untuk menyediakan perkhidmatan kepakaran Obstetrik dan Ginekologi, Akta Perubatan (1971), Akta Racun (1952), dan Fees Ordinance ( 1982 ). Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan O&G yang terbaik untuk memastikan hasil rawatan berkesan,efisien dan selamat dengan memastikan perkhidmatan diberi oleh kakitangan terlatih,menggunakan kaedah prosedur terkini, peralatan yang cukup dan dipercayai dengan kaedah pemantaun berterusan juga dalam keadaan sekitaran yang kondusif bersesuaian dan mengikuti piawaian standard Kebangsaan dan Antarabangsa , berlandaskan polisi , standard proses kerja dan Garis panduan Jabatan.

Sehingga kini Jabatan sudah beroperasi selama 6 tahun dan adalah salah satu penyumbang terbesar bilangan pesakit hospital ini. Kelahiran saban tahun meningkat sebanyak 10-20%. Tahun 2011 menyaksikan kelahiran seramai 9920 bayi dengan kelahiran 30-40 bayi sehari dan hampir 900 bayi lahir sebulan.

Misi

Memberi rawatan terbaik melalui perkhidmatan beretika dan berkualiti menerusi budaya kerja korporat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memenuhi keperluan dan ekspektasi pelanggan.

Visi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi komited dalam menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi yang bermutu tinggi, oleh kakitangan terlatih menggunakan tekanologi yang sesuai, kemudahan yang mencukupi dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta mesra pelanggan bagi mencapai hasil yang memuaskan terutama dalam mengurangkan mortaliti dan morbiditi ibu dan bayi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

1.Rawatan Pesakit Luar di Klinik Pakar :
  1. Antenatal
  2. Postnatal
  3. Ginekologi
  4. ‘Detailed’ Ultrasound
  5. Klinik ‘Maternal Fetal’
  6. Rawatan Harian Obstetrik
  7. Klinik ‘Combined’
  8. Klinik ‘Prepregnancy’
  9. Klinik ‘Wellness’
  10. Klinik Kolposkopi
  11. Klinik Histeroskopi
2.‘Patient Admission Centre’ (PAC)
3.Panggilan Ambulan untuk kes Materniti
4.Rawatan Pesakit Dalam :
  1. Rawatan Bersalin
  2. Rawatan Observasi untuk kes berisiko tinggi.
  3. Rawatan Bayi Baru Lahir termasuk saringan bayi baru lahir, pemberian imunisasi Hepatitis dan BCG , implementasi ‘Baby Friendly Hospital Initiative’ dan observasi bayi.
  4. ‘External Cephalic Version’ ( ECV )
  5. Pengumpulan darah tali pusat untuk ‘Cord Blood Stem Cell ‘
  6. Wad Obstetrik ( 5E dan 5F – Integrasi Antenatal dan PostNatal )
  7. Wad Ginekologi ( 6B)
  8. Wad 8B ( Kelas pertama )
5.Pembedahan Obstetrik dan Ginekologi
6.Pembedahan Harian Ginekologi
7.Rawatan ’Early Pregnancy Disorder’ (EPAU)
8.Rawatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Sexual Child and Neglect (SCAN) di Jabatan Kecemasan.
9.Rawatan Ginekologi di Jabatan Kecemasan.
10.Rujukan ’Interdepartmental’
11.Pendidikan Kesihatan Antenatal / Penyusuan Susu Ibu / Pemakanan
12.Perkhidmatan Kaunseling Penyusuan Susu Ibu / ‘Bereavement’/Perancangan Keluarga.

Kemudahan Yang Disediakan

LOKASIBilik / KawasanPeralatan
Klinik Pakar

Ruang Penilaian Jururawat

Makmal ((Pemeriksaan Air Kencing)

Pejabat

Bilik Fail

Bilik rundingan (8)

Bilik prosedur (1)

Bilik Rawatan( 1)

Bilik Ultrasound

Rawatan Harian Obstetrik

Bilik Laktasi

Ruang Menunggu ( 2)

Bilik Pendidikan Kesihatan

Mesin ultrasound

Mesin CTG

Kolposkopi

Histeroskopi

Wad-wad

WAD 5E ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 5F ( 28 katil + 9 katil ‘pseudobed’ )(Wad Kelas 2 dan 3 )

Bilik Transit ( 10 katil )(Kelas 3)

WAD 6B ( 28 katil )(Wad Kelas 2 dan 3 )

WAD 8B ( 28 katil ) ( Wad Kelas 1 )

Integrasi Antenatal dan Postnatal

Integrasi Antenatal dan Postnatal

 

Kongsi sama dengan Pembedahan Perempuan .

Multidisiplin

Kompleks Dewan Bersalin

PAC

BILIK BERSALIN (SUITES)

DEWAN BEDAH MATERNITI ( MOT )

12 katil

18 bilik individu ( 2 bilik kongsi 1 bilik air)

2 dewan bedah Materniti

Dewan Bedah Utama

Dewan Bedah 8

Dewan Bedah 1

Peruntukan untuk kes pembedahan Ginekologi

Peruntukan untuk kes kecemasan ( multidisiplin )

Dewan Bedah Harian Dewan Bedah 18 Peruntukan untuk kes bedah Harian Ginekologi

Galeri

Ketua Jabatan

Dr. Wan Hamilton Binti Wan Hassan
Sambungan : 1996
Emel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Operasi

Hari8:00pg - 1:00ptg2:00ptg – 5:00ptg
Isnin Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Pendidikan Antenatal / Orientasi Pesakit / Penyusuan Susu Ibu(10:00 – 10:45 pagi )
Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Postnatal
Klinik ‘Detail scan dan Doppler’
Rawatan harian Obstetrik
Selasa Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Ginekologi ( Baru dan Susulan )
Klinik Pre pregnancy ( Minggu Ketiga setiap bulan )
Klinik Wellness untuk kakitangan ( Minggu pertama)
Rawatan Harian Obstetrik
Rabu Klinik Ginekologi ( Susulan)
Klinik Kolposkopi ( Minggu pertama dan ketiga)
Klinik Histeroskopi ( Minggu Kedua dan Keempat)
Rawatan Harian Obstetrik
Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Combined
Khamis Klinik Antenatal ( Baru dan Susulan )
Klinik Detail Scan ( oleh Pakar Maternal Fetal ) (Minggu kedua dan keempat)
Rawatan Harian Obstetrik
Klinik Post natal
Rawatan Harian Obstetrik
Jumaat Rawatan Harian Obstetrik Rawatan Harian Obstetrik

Direktori

Talian Utama : +603-8947 5555
Fax : +603-8947 5050

Jabatan Berkaitan

Last Updated on 04 Mac 2014