Ketua Jabatan Dr. Jamalul Azizi bin Abdul Rahaman drjaziziThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 1860 |
PENGENALAN Perkhidmatan Unit Pulmonologi (Respiratori) Hospital Serdang bermula pada 1.11.11. Ianya adalah perkhidmatan baru di bawah Jabatan Perubatan Am. Unit Pulmonologi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pesakit luar dan dalam. Di Hospital Serdang, Pakar Pulmonologi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerja sebagai satu pasukan. Pesakit yang disyaki mengidap kanser paru-paru akan diberi keutamaan dan akan dikendalikan seberapa segera yang boleh. Unit ini juga adalah pusat latihan fellowship bidang pulmonologi di Malaysia. |
Unit Pulmonologi Hospital Serdang akan mencapai visinya melalui sistem pengurusan berkualiti yang memastikan pasukan yang profesional, komited dan penyayang. Perkhidmatan Pesakit Luar Klinik: Memberi perkhidmatan rundingcara melalui klinik-klinik berikut:
Makmal Pulmonari Fisiologi: Memberi perkhidmatan ujian-ujian non-invasif seperti berikut:
Perkhidmatan Pesakit Dalam Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit respiratori umum seperti asma, COPD, pneumonia dan tuberculosis. Pesakit kanser paru-paru akan dikendalikan bersama Jabatan Kardiotorasik, Institut Kanser Negara (IKN), Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi. Menjalankan rawatan invasif pulmonologi seperti berikut:
Unit Rawatan Harian Menjalankan prosedur flexible bronchoscopy dan pleuroscopy. Unit Pulmonologi juga menggunakan Unit Rawatan Harian sebagai Klinik Bronkoskopi untuk menilai kes-kes yang dirujuk khusus untuk rawatan invasif intervensi pulmonologi. WAKTU OPERASI (AKTIVITI MINGGUAN)
Unit Pulmonologi mengadakan mesyuarat bersama IKN sebulan sekali di IKN untuk mengendalikan kes-kes kanser paru-paru. Pakar Pulmonologi mengadakan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang setiap minggu (Selasa petang) untuk mengendalikan kes-kes bronkoskopi/pleuroskop |
|