- Dilayan mengikut kemampuan dan keupayaan hospital tanpa mengambil kira umur, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
- Diberi layanan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, mesra, jujur dan ikhlas.
- Warga emas, kanak-kanak dan OKU akan diberi keutamaan.
- Kehormatan pesakit sentiasa dijamin dan maklumat rawatan akan dirahsiakan selagi ia tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Memberi akuan penerimaan secara bertulis kepada pengadu dalam tempoh (1) hari bekerja selepas aduan diterima.
JABATAN KECEMASAN
- Kes Kritikal (ZON MERAH) - serta merta.
- Kes Separa Kritikal (ZON KUNING) - dalam masa 30 minit.
KEBERKESANAN
- Untuk melaksanakan Piagam Pelanggan dengan berkesan, pesakit adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi segala peraturan dan polisi hospital.
- Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Ketua Jabatan atau Penyelia yang bertugas.