Jabatan Anaestologi Kardiotorasik & Perfusi

 KETUA JABATAN 
Zuhrah Binti Zakaria
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PENGENALAN

Unit Kardiotorasik Anestesiologi & Perfusi (KAP) merupakan unit yang bernaung di bawah Direktorat Pembedahan dan merupakan sebahagian daripada Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi Hospital Serdang.Unit ini terletak di sayap timur aras empat Hospital Serdang dan mula beroperasi pada tahun 2006 dengan tenaga kerja cuma seramai satu (1) orang pakar perunding, dan dua (2) orang penolong pegawai perubatan perfusi.


Pesakit pertama perkhidmatan ini adalah merupakan pesakit dewasa yang menjalani pembedahan VSD Closure dengan bantuan pasukan daripada Hospital Pulau Pinang pada Julai 2007.


Pada masa ini, Unit Kardiotorasik Anestesiologi & Perfusi (KAP) telah berkembang dan mempunyai 4 orang pakar perunding kanan, 4 orang pakar, 7 orang pegawai perubatan, 13 orang penolong pegawai perubatan dan 3 orang pembantu perawatan kesihatan.

 

Unit KAP menyediakan perkhidmatan-perkhdimatan seperti berikut:
  1. Perkhidmatan Anestesia Kardiotorasik
    • Pembedahan Jantung Dewasa
      1. Coronary artery bypass grafting (on-pump)
      2. Heart valve repair and replacement
    • Pembedahan Jantung Kongenital
      1. Pediatric – simple and complex congenital heart surgery
        - Transposition of great arteries (TGA)
        - Tetralogy of fallot (TOF)
        - Atrio-ventricular septal defect (AVSD)
        - Total/Partial Anomalous Pulmonary Venous Drainage (TAPVD)
        - Coarctation of aorta (CoA)
        - Patent Ductal Arteriosus (PDA)
        - Pulmonary Artery Banding (PA Banding)
        - Permanent pacemaker implantation
      2. Adult
        - Atrial septal defect (ASD)
        - Ventricular septal defect (VSD)
    • Thoracic Surgery
      1. Surgery for lung diseases
      2. Surgery for mediastinal diseases
      3. Minimally invasive thoracic surgery (Video Assisted Thoracic Surgery (VATS) )
        - Lobectomy
        - Bullectomy
        - Decortication
        - Sympathectomy (ETS)
    • Vascular Surgery
      1. 1Surgery of the aorta – aneurysm, dissection
      2. Pulmonary Embolism
      3. Renal cell carcinoma
    • Perkhidmatan Anestesia Kardiotorasik di luar bilik bedah (ICL)
      - Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI)
      - Thoracic endovascular aortic repair (TEVAR)
      - Pediatric procedure under Anaesthesia
  2. Perkhidmatan Perfusi
    Sebagai perkhidmatan klinikal yang menggunakan mesin jantung paru-paru (heart-lung machine) kepada pesakit- pesakit yang akan menjalani pembedahan pintasan jantung terbuka, pembedahan injap jantung dan pembedahan kompleks torasik. Perkhidmatan ini diselia oleh penolong pegawai perubatan di bawah pemantauan pakar perunding anestesiologi.
  3. Perkhidmatan Rawatan Intensif Kardiotorasik
    Sebagai perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan penjagaan rapi kepada pesakit yang telah menjalani pembedahan jantung dan paru-paru di Hospital Serdang. Pesakit seterusnya akan diberi alat bantuan pernafasan dan sekiranya perlu alat bantuan rentak jantung, pesakit dipantau dengan rapi di unit rawatan rapi oleh Pakar Perunding, Pakar dan Pegawai Perubatan Kardiotorasik Anestesiologi & Perfusi. Di sini pesakit-pesakit akan menjalani rawatan rehabilitasi awal supaya dapat pulih dengan segera.
  4. Perkhidmatan Anestesia di Invasive Cardiac Laboratory (ICL).
    Unit KAP juga memberikan perkhidmatan anestesia kepada pesakit-pesakit dewasa dan pediatrik untuk kes-kes interventional di ICL.
  5. Perkhidmatan Transoesophageal Echocardiography (TOE).
    Perkhidmatan ini dimulakan selaras dengan perkhidmatan anestesia kardiotorasik dan perfusi. Fungsi utama perkhidmatan ini diwujudkan adalah untuk memantau situasi sebenar keadaan jantung sebelum, semasa dan selepas pembedahan bagi memastikan kelancaran pembedahan. Perkhidmatan ini juga dipanjangkan ke Unit Rawatan Intensif Kardiotorasik dan wad-wad lain sekiranya mendapat rujukan.
  6. Perkhidmatan Extracorporal Membrane Oxygenation (ECMO).
    Perkhidmatan ini dimulakan pada tahun 2012. Ianya disediakan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan ECMO, sejenis mesin yang menjalankan tugas sementara sebagai jantung dan paru-paru. Perkhidmatan ini disediakan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk kepada unit kami di Hospital Serdang.
  7. Perkhidmatan Unit Respiratori Hemodinamik (RHU).
    Fungsi perkhidmatan ini adalah untuk menyelenggara mesin-mesin ventilator. Perkhidmatan ini dijalankan bersama-sama dengan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi. Setelah berpindah ke Pusat Jantung Hospital Serdang, Unit KAP akan memberikan perkhidmatan RHU secara berasingan untuk keseluruhan Pusat Jantung Hospital Serdang.
  8. Perkhidmatan Klinik Kardiotorasik Anestesia.
    Buat masa ini, perkhidmatan ini dijalankan secara langsung dengan melihat pesakit di wad. Perkhidmatan ini akan disediakan di Klinik Kardiotorasik Anestesia setelah berpindah ke Pusat Jantung Hospital Serdang. Fungsi perkhidmatan ini adalah untuk menjalankan pemeriksaan pra pembedahan kepada pesakit-pesakit yang bakal menjalani pembedahan. Ini adalah untuk memastikan pesakit-pesakit adalah berada dalam keadaan kesihatan optimum sebelum menjalani pembedahan.
  9. Perkhidmatan Acute Pain Service (APS).
    APS merupakan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit-pesakit dalam pengurusan kesakitan sebelum, semasa, dan selepas pembedahan dengan peralatan dan perubatan yang terkini.
  10. Latihan Simulasi
    Buat masa ini, latihan atau kursus simulasi hanya disediakan untuk Advanced Cardiac Life Support (ALS) sahaja. Latihan ini dijalankan oleh Unit KAP di Hospital Serdang untuk melatih kakitangan Hospital Serdang memberikan rawatan akut resusitasi semasa kecemasan. Walaubagaimanapun, latihan simulasi ini akan dikembangkan dan digunakan untuk latihan simulasi seperti (TOE, Ultrasound, Heart Lung Machine, Airway) bagi meningkatkan kemahiran kakitangan perubatan Hospital Serdang dalam prosedur resusitasi.
  11. Pusat Latihan Profesional
    Unit KAP di Hospital Serdang merupakan pusat latihan untuk:
    - Sarjana Perubatan Anestesia (Blok Posting Kardiotorasik Anestesia) - Fellowship in Cardiothoracic Anesthesiology and Perfusion - Advanced Diploma in Cardiovascular Perfusion - Post basic peri-anaesthesia
  1. Advanced cardiac life support (ALS) – 3 kali setahun
  2. Advanced haemodynamic monitoring (AHM)
  3. Hari Keluarga unit KAP
  4. MASCAP education series
  5. Aktiviti sosial bersama anak yatim dan asnaf
 
 

Waktu Operasi Klinik Kardiotorasik

Rabu

2.00 ptg - 4.30 ptg

Klinik Rujukan Pakar & Rawatan Ulangan

Khamis

8.00 pg - 12.30 ptg

Klinik Preadmission

Isnin - Khamis

8.00 pg - 12.30 t/hari

Klinik Antikoagulasi (Klinik INR)

Isnin -khamis

2.00ptg - 4.30 ptg

’Dressing’ dan ’procedure’.

Jumaat

8.00 pg - 12.00 t/hari

Klinik Rawatan Ulangan

Jumaat

2.00ptg - 4.30 ptg

Aktiviti Jabatan

 

Waktu Operasi Dewan Bedah Kardiotorasik (COT)

Hari

Pembedahan

Isnin

Pembedahan Elektif COT2 & COT4

Selasa

Pembedahan Elektif COT2 & COT4

Rabu

Pembedahan Elektif COT2& COT4

Khamis

Pembedahan Elektif COT2 & COT4

Jumaat

Pembedahan Elektif COT2 & COT4

Isnin – Ahad

Pembedahan Kecemasan pada bila-bila masa sahaja

 

Objektif

 Objektif utama unit ini adalah untuk memastikan pemberian anestesia dan perfusi kepada pesakit-pesakit berada pada tahap optimum dan selamat oleh kakitangan yang berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing, agar perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit adalah yang terbaik.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dan latihan setaraf antarabangsa dalam bidang kardiotorasik anestesia dan perfusi, yang akan dicapai melalui kemudahan fasiliti peralatan perubatan dan latihan menggunakan teknologi yang terkini.

Misi

Kami berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan kardiotorasik anesthesia dan perfusi di tahap yang optimum, selamat, berkualiti dan terkini kepada pesakit.
Kami akan memastikan kakitangan berada dalam persekitaran yang kondusif supaya perkhidmatan dapat disampaikan dengan sikap profesional, cekap serta penyayang. Kami akan menerajui latihan dalam bidang kardiotorasik anestesia dan perfusi di peringkat kebangsaan dan setaraf antarabangsa.

Piagam Pelanggan

  1. Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  2. Pelanggan berhak menerima perkhidmatan yang terbaik setaraf antarabangsa
  3. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan yang diberikan di unit rawatan rapi jantung.
  4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin.
  5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan kepada semua pelanggan.

 

 

 

  • Last Modified: 20 January 2022.