Visi
Memberikan perkhidmatan sokongan yang terbaik dakam semua bidang pengurusan kearah merialisasikan visi Hospital Serdang.
Misi
Bahagian Pengurusan Hospital Serdang berusaha memberikan Khidmat Sokongan yang berkualiti supaya semua program di Hospital Serdang dapat dilaksanakan dengan cemerlang.
Piagam Pelanggan
- Memproses bayaran bil bagi Perolehan Bekalan / Perkhidmatan dan kerja dalam tempoh 14 hari (9 hari di peringkat PTJ) dari tarikh tuntutan / bil diterima dengan sempurna
- Memproses bayaran kepada kakitangan berkaitan Tuntutan Perjalanan / Perpindahan, Bayaran Balik Rawatan Perubatan, Elaun Pakaian Istiadat/Menghadiri Majlis Rasmi, Tuntutan Keahlian Kelab Rekriasi, Elaun Pakaian Panas, Tuntutan Pengurusan Jenazah dan Elaun Bantuan Gaji Drebar dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
- Memproses bayaran Gaji dan Elaun dalam tempoh 14 hari dari tarikh Penyata Perubahan Pendapatan (Kew 8) dan dokumen sokongan yang lengkap diterima
- Memproses Bayaran Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (EKLWBB) dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen tuntutan yang lengkap diterima.
- Pesakit didaftarkan dalam masa 2-5minit sekiranya dokumen yang diperlukan mencukupi.
- Bayaran balik deposit hospital tunai (Refund) akan dibayar setelah pesakit discaj sekiranya memenuhi syarat.