Jabatan Pediatrik

 

KETUA JABATAN

Dr. Rohaizah Binti Borhan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1853

 

PENGENALAN

Jabatan Pediatrik memulakan perkhidmatan di Hospital Serdang pada Oktober 2005. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan kanak-kanak akut dan kronik. Ia meliputi kes-kes perawatan bayi yang baru dilahirkan ( neonatal ) sehingga kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 12 tahun, mereka akan dirawat mengikut keadaan dan keperluan penyakit. Bagi kes-kes tertentu perawatan perubatan diberikan sehingga remaja berumur 18 tahun.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan peakit luar di klinik pakar kanak-kanak ( outpatient ) dan juga pesakit dalam (in patient). Secara amnya Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan pediatrik `secondary’ kepada pesakit kanak-kanak akut dan kronik. Kami juga memberikan perkhidmatan perubatan `tertiary’ untuk subkepakaran Kardiologi dan Kardiothorasik ( Pembedahan Jantung ), Neonatologi, Respiratori dan Perawatan Rapi Pediatrik.


Jabatan Pediatrik mempunyai 2 buah wad kanak-kanak general yang mempunyai 28 buah katil setiap satu, sebuah wad Kardiologi kanak-kanak 28 buah katil, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) 38 buah katil dan Unit Rawatan Rapi Kardiologi pediatrik (PCICU) dengan 5 buah katil. Jabatan ini juga dilengkapi dengan makmal tidur dan menjadi pusat rujukan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tidur.

 

 

Perkhidmatan Pesakit Luar (Aras 2, Pintu 2)

  • Klinik Pakar Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan pelbagai masalah kesihatan kanak- kanak umum, perkembangan dan tumbesaran.
  • Klinik Pakar Kardiologi Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan penyakit jantung kanak-kanak.
  • Klinik Pakar Respiratori Pediatrik - menyediakan khidmat runding cara dan perawatan penyakit pulmonologi kanak-kanak.
  • Klinik Obesiti Pediatrik - menyediakan program intervensi menangani masalah obesiti kanak-kanak dengan gabungan khidmat bersama dari Unit Fisioterapi, Diet, dan Kaunseling
  • Klinik Tuberkulosis (TB) Pediatrik - menyediakan khidmat khusus perawatan Tuberkulosis
  • Klinik Suspected Child Abuse Neglect (SCAN)
  • Klinik Bereavement
  • Klinik Post COVID-19

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Wad Pediatrik ( General ) 5A (Aras 5)
  • Wad Pediatrik ( Multidiscipline ) 5B (Aras 5)
  • Wad Pediatrik ( Kardiologi ) 6D (Aras 6)
  • Neonatal Intensive Care Unit (NICU) (Aras 2)
  • Special Care Nursery (SCN) (Aras 2)
  • Paediatric Cardiac Intensive Care Unit (PCICU) (Aras 4)
  • Pembedahan Kardiothorasik Pediatrik

Perkhidmatan Pesakit Unit Rawatan Harian (Aras 4)

  • Unit rawatan harian semia (Daycare Unit)
  • Prosedur Radiologi Pediatrik
  • Prosedur Respiratori Pediatrik

Perkhidmatan Pesakit Ambulatori Respiratori Pediatrik

  • Home Oxygen Program
  • Home Ventilation Program
  1. Bermula bulan Mac 2020, Klinik Pakar Pediatrik telah melaksanakan sistem temujanji secara berperingkat untuk menambah baik aliran pesakit dan mengelakkan kesesakan. Pesakit adalah dimohon untuk mengikuti temujanji yang telah diberikan.
  2. Hanya seorang ibu/bapa/penjaga dibenarkan untuk menemani pesakit sewaktu temujanji di klinik/Unit Rawatan Harian dan juga ketika menerima rawatan di wad. Semasa kemasukan ke Unit Rawatan Harian atau wad, pesakit dan peneman akan menjalani ujian saringan RTK Ag Covid 19.
  3. Bermula Ogos 2021, semua pesakit Talasemia akan menjalani transfusi darah di Wad Pediatrik, 6D (aras 6) buat sementara waktu sehingga Unit Rawatan Harian (Daycare Ward) kembali beroperasi seperti sediakala.
 
 
  1. Antara aktiviti dalaman Jabatan
    • Daily morning passover
    • Ward rounds
    • Grand ward round
    • Continuous Medical Education (CME) setiap Selasa dan Rabu
    • Perbincangan Kes Morbiditi & Mortaliti Jabatan setiap bulan
    • Journal read setiap Jumaat
    • Paediatric Radiology Conference setiap Rabu
    • Mesyuarat Jabatan setiap 3 bulan
    • Mesyuarat antara Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi setiap 3 bulan
    • Mesyuarat SCAN TEAM setiap 3 bulan
  2. Aktiviti Latihan Peringkat Hospital/ Negeri/ Negara anjuran Jabatan
    • Bengkel Asma
    • Bengkel 20 jam Penyusuan Susu Ibu
    • Bengkel SCAN
    • Bengkel Ekokardiografi
    • Bengkel Neonatal Resuscitation Programme (NRP)
    • Kursus Talasemia
 

Objektif

 Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Visi

Jabatan Pediatrik Hospital Serdang akan menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh kepada pesakit pediatrik di dalam hospital dan komuniti, menyediakan program pendidikan perubatan (Continuous Medical Education) dan penyelidikan melalui satu perkumpulan perubatan yang dapat memberi perkhidmatan secara professional dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang perawatan perubatan dengan persekitaran yang dinamik dan dengan rasa hormat menghormati serta penuh sokongan kepada semua yang terlibat.

Misi

  • Berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pesakit kanak-kanak dengan penggunaan teknologi yang sesuai dan berasaskan kepada hasil penyelidikan perubatan (evidence-based-medicine) dengan memberikan penekanan pada aspek kekeluargaan dan sosial.
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dalam persekitaran dinamik yang mempromosikan pembelajaran berterusan untuk semua kakitangan perubatan dan meyokong, serta menjaga satu sama lain bagi menghasilkan satu suasana persekitaran yang penuh rasa hormat -menghormati dan persefahaman.

Piagam Pelanggan

PESAKIT LUAR

  1. Pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa kurang daripada 60minit selepas urusan pendaftaran kecuali untuk kes-kes tertentu.
  2. Pesakit yang dirujuk akan diberi tarikh temujanji di klinik dalam jangkamasa 4-6minggu dari tarikh pesakit datang ke klinik untuk mendapatkan tarikh temujanji kecuali kes-kes tertentu.

PESAKIT DALAM

  1. Pesakit yang tidak kritikal akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam jangkamasa 60minit selepas kemasukan wad.
  2. Pesakit yang kritikal akan diperiksa dengan serta-merta oleh Pegawai Perubatan sebaik dimasukkan ke wad.

 

 

  • Last Modified: 20 January 2022.