Visi
Melahirkan kanak-kanak sebagai individu yang sihat menyeluruh bersandarkan kepada kesihatan pergigian yang optimum melalui perkhidmatan Pergigian Pediatrik yang cemerlang.
Misi
Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui perkhidmatan kepakaran pergigian yang mudah dicapai dan berkesan, di samping memupuk sikap positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian yang berterusan daripada peringkat kanak-kanak.
Piagam Pelanggan
- Klinik Pergigian Pediatrik ini hanya menerima kes rujukan sahaja.
- Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan perundingan diikuti oleh temujanji susulan untuk rawatan.
- Temujanji yang diberikan akan berasaskan keutamaan dan kesusaian masa.
- Keutamaan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.
- Semua pesakit yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 30 minit selepas didaftarkan.
- Penjelasan sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami , pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkenaan.
- Segala maklumat berkaitan pesakit akan diberikan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.
- Semua pesakit akan mendapat layanan mesra dan bertimbang rasa serta menerima rawatan yang komprehensif dan berkualiti.