KETUA JABATAN Dr. Jamalul Azizi Abdul Rahaman |
PENGENALAN Perkhidmatan Pulmonologi (Respiratori) di Hospital Serdang bermula pada 1.11.11. sebagai sebuah Unit di bawah Jabatan Perubatan Am. Pada tahun 2019, perkhidmatan Pulmonologi Hospital Serdang dinaiktarafkan sebagai sebuah Jabatan. Jabatan Pulmonologi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif untuk pesakit luar dan dalam. Di Hospital Serdang, Pakar-pakar Pulmonologi Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bekerja sebagai satu pasukan. Pesakit yang disyaki mengidap kanser paru-paru dan ‘central airway obstruction’ akan diberi keutamaan dan dikendalikan seberapa segera yang boleh. Jabatan ini juga adalah pusat latihan Sarjana Perubatan (Masters), fellowship bidang pulmonologi dan pusat rujukan ‘interventional pulmonology’ di Malaysia. Pakar-pakar dari luar negara seperti India, Indonesia dan Amerika Syarikat telah datang untuk menjalani latihan ‘interventional pulmonology’ di Jabatan Pulmonologi. Jabatan Pulmonologi merupakan pusat rujukan Kebangsaan bagi rawatan penyakit asma dan emphysaema (COPD) secara kaedah bronkoskopi serta menggunakan kaedah laser untuk rawatan kanser paru-paru di dalam saluran pernafasan (laser-assisted). Di samping itu, perkhidmatan ‘pulmonary hypertension’ dan transplan paru-paru telah dimulakan pada awal tahun 2019 dan akan terus dikembangkan lagi. Jabatan Pulmonologi adalah pusat rujukan utama bagi kes-kes respiratori di negeri Selangor. Kes-kes respiratori yang kompleks juga diterima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang (fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta). Jabatan Pulmonologi mempunyai laman facebook yang dikenali sebagai ‘Serdang Pulmonology’/@SerdangLungCentre. Segala aktiviti Jabatan boleh diikuti di laman facebook ini. |
PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR: Klinik:
Memberi perkhidmatan runding cara melalui klinik-klinik berikut:
- Klinik Pulmonologi Umum (Asma, COPD, bronchiectasis, lung fibrosis) - Klinik 'Sleep Medicine' - Klinik Tuberculosis - Klinik Bronkoskopi (di Unit Torasik Endoskopi, Rawatan Harian) - Klinik 'lung nodule' (lung cancer) - Klinik Pulmonary Hypertension - Klinik Transplan paru-paru
Makmal Pulmonari Fisiologi:
Memberi perkhidmatan ujian-ujian non-invasif seperti berikut: - Spirometry - general respiratory function test (GRFT) - Bronchial Challenge test (BCT) - Cardiopulmonary exercise testing (CPET)
PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM:
Memberi rawatan kepada pesakit-pesakit respiratori umum seperti asma, COPD, pneumonia dan tuberculosis. Pesakit kanser paru-paru akan dikendalikan bersama Jabatan Kardiotorasik, Institut Kanser Negara (IKN), Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi. Menjalankan rawatan invasif pulmonologi seperti berikut: - rigid bronchoscopy - tumour debulking - airway dilatation - Laser - argon plasma coagulation (APC) - transbronchial needle aspiration - airway stenting - topical mitomycin C - bronchoscopic lung volume reduction (BLVR) - talc poudrage pleurodesis - EBUS (endobronchial ultrasound) - bronchial thermoplasty - Indwelling pleural catheter (IPC)
Makmal Sleep: Menjalankan prosedur sleep study, cPAP dan BiPAP trial
UNIT RAWATAN HARIAN:
2.30pm – 5.00pm Hari Klinik Isnin Tuberculosis Selasa Lung Nodule/Cancer Rabu Sleep disorders
8.00am – 12.00noon Hari Klinik Jumaat General Pulmonology Pulmonary hypertension Lung Transplant
AKTIVITI Jadual Aktiviti/CME Jabatan Pulmonologi
|
Objektif
VisiMenjadi pusat sumber utama bagi meningkatkan kesihatan paru-paru di Negeri Selangor dan menjadi pusat kecemerlangan bidang pulmonologi di Malaysia dan rantau Asia. MisiMenyediakan dan mempromosikan penjagaan pesakit yang terbaik melalui pendidikan dan penyelidikan berterusan serta meningkatkan kemahiran pengetahuan kesihatan paru-paru di kalangan pesakit dan orang awam. Piagam Pelanggan
|